4 Resepi Nugget Ayam

Kalau anda seorang yang menjaga pemakanan, resepi nugget ayam ini sesuai untuk anda cuba sendiri kerana menggunakan bahan yang anda tahu selamat dan sihat. Anak-anak pun boleh makan sekali.

Jom kita try!

1. Resepi Nugget Ayam Homemade Mudah

Bahan-bahan

  • Isi ayam
  • Lada sulah
  • Sikit garam
  • Tepung gandum

Cara nak buat Nugget Ayam Homemade Mudah

  1. Blend kesemua bahan dan masukkan dalam loyang dan kukus.
  2. Siap kukus boleh potong ikut bentuk kesukaan.
  3. Celup telur dan celup breadcrumbs boleh goreng.

Sumber: Haniza Ishak dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Nugget Ayam Sihat

Bahan-bahan

  • Blend dada ayam (dalam 3 genggam),
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu lada sulah
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih

Cara nak buat Nugget Ayam Sihat

  1. Siap blend, letak dalam bekas dan campur 4 sudu tepung gandum (jika alah gluten boleh guna tepung kelapa).
  2. Letak sedikit minyak zaitun @ minyak masak. Masuk 1/2 sudu kecil garam & gaul sebati. 3.
  3. Letak dalam bekas dan kukus dalam 20 minit. Dah siap kukus, potong kecil, celupkan dalam telur yang dicampur secubit garam.
  4. Salut dengan breadcrumbs. Dan goreng nugget macam biasa.

Sumber: Nor Zuriana Mohammad

3. Resepi Nugget Ayam Versi Tempura

Bahan-bahan

  • Ayam kisar 800g
  • Telur 2 biji1.5 cawan
  • Lobak 1/2 batang (rebus hingga lembut)
  • Brokoli 100g (rebus hingga lembut)
  • Serbuk lada 3sk
  • Garam 3 sk (kalau kurang tambah)
  • Serbuk perasa mushroom (organik non msg)
  • Bawang putih 4 ulas tumbuk halus
  • *Tepung ubi 1/2 cawan
  • *Tepung gandum 3 cawan (kalau taknak guna nasi sejuk, boleh guna breadcrumbs putih, anggaran 6 -8 sudu besar)

Bahan salutan tepung

  • Tepung gandum 1 cawan
  • Tepung bestari ori 1 cawan
  • Breadcrumbs secukup nya
  • Air sejuk secukup nya untuk bancuh tepung(Tepung bestari boleh ganti tepung jagung, tapi tambahkan garam dan serbuk lada sesuaikan garam secukupnya)

Cara nak buat Nugget Ayam Versi Tempura

  1. Campur semua bahan nuget kecuali tepung ubi dan gandum, kemudian baru gaul dengan tepung. Sekiranya terlalu lembik, boleh tambah tepung gandum.- sediakan air rebusan untuk rebus sebentar nugget.
  2. Basahkan tangan dengan air, kemudian bentukkan nugget masukkan nugget yang dah bentukkan ke dalam air mendidih.
  3. Apabila dah kental angkat nugget dan masukkan dalam air sejuk dah siap semua toskan hingga kering.

Tepung salutan

  1. Satukan tepung gandum dan tepung bestari original bancuh dengan air sejuk hingga sebati dan pekat (macam nak buat pisang goreng).
  2. Masukkan nugget tadi kedalam adunan salutan dan goreng hingga garing.
  3. Untuk bread crumbs, celupkan nugget ke dalam adunan tepung bancuh tadi. Kemudian baru golekkan ke dalam breadcrumbs.

Sumber: Rahimah Anuar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Nugget Tempura Ayam

Bahan-bahan

  • *Isi Ayam
  • *Bawang Besar
  • *Bawang Putih
  • *Telur
  • *Serbuk Hilal
  • *Serbuk Maggi Cukup Rasa
  • *Sedikit Garam
  • *Serbuk Lada Hitam
  • *Sedikit Air
  • *Tepung Jagung
  • Tepung serbaguna (beli kedai ECO aje)

Cara nak buat Nugget Tempura Ayam

  1. Blend semua yang bertanda *
  2. Loyang terlebih dahulu sapukan minyak/butter.
  3. Masukkan bahan yang diblend ke dalam loyang dan kukus selama 30minit.
  4. Siap kukus, angkat & potong mengikut citarasa sendiri.
  5. Bancuh tepung serbaguna dengan air & jangan terlalu likat/cair.
  6. Celup & goreng dalam minyak yang panas.

Sumber: Che Ros dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Resepi ini anda sendiri boleh tentukan bahan yang selamat dan sihat.

Jom lihat juga resepi homemade Pizza lembut (Mudah & Jimat, Anak Suka)

Selamat mencuba!

Leave a Comment