Banyak sebenarnya hidangan nasi goreng yang ada salah satunya adalah nasi goreng tomyam. Jika anda peminat makanan seafood anda pasti suka dengan resepi nasi goreng tomyam yang kami nak kongsikan ini.
Jom kita try!
1. Resepi Nasi Goreng Tomyam
Bahan-bahan
- Udang / sotong
- Bawang blend/ tumbuk ( bawang merah & putih)
- Satu sudu cili blend
- Daun limau purut
- Serai dihiris
- Cili padi
- Kiub pati tomyam
- Kubis bunga dan carrot
Cara nak buat Nasi Goreng Tomyam
- Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili kisar. Agak dah naik bau tu, masukkan kiub, daun limau dan serai kacau sebati.
- Masukkan sedikit air kalau pekat masukkan udang dah nak dekat kering, masukkan nasi kacau sekejap, masukkan sotong dan sayur.
- Masukkan perasa garam letak sikit sebab kiub dah rasa masin juga.
Sumber: Noorhafizah Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Nasi Goreng Tomyam Sotong
Bahan-bahan
Bahan kisar
- 2biji bawang besar
- 6ulas bawang putih
- 3pc daun limau purut
- 2sdb perencah tomyam
- 1pati kiub tomyam
- 2btg serai
- 10biji cili api
- Sos sotong
Bahan lain
- Sotong
- Nasi
- Sayur
- Garam
- Perasa
- Daun ketumbar
Cara nak buat Nasi Goreng Tomyam Sotong
- Perap sotong dengan bahan kisar, hirisan daun ketumbar dan garam perap dalam 30minit dan grill.
- Tumis bahan blend letak hirisan daun limau purut masak sampai pecah minyak.
- Kalau nak letak ayam/daging/udang terpulang. Letak sayur dan nasi garam + perasa. Goreng sampai nasi berderai dan masak.
Sumber: Nadia dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Nasi Goreng Tomyam Pedas Berdesik
Bahan-bahan
Bahan A
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 1 sudu makan cili kering
- 2 sudu makan perencah tomyam Thai
Bahan B
- 5 ekor udang
- 1-2 ekor sotong
Bahan C
- Baby corn
- Kubis bunga
- Carrot1 batang
- Serai 2 helai
- Daun limau purut
Bahan D
- Nasi 3 cawan
Cara nak buat Nasi Goreng Tomyam Pedas Berdesik
- Blend bahan A. Hiris bahan B dan C. Tumis bahan A sehingga sedikit garing.
- Masukkan udang dan sotong. Kacau sebentar sahaja bagi mengelakkan udang dan sotong liat.4.
- Masukkan bahan garam, bahan C dan nasi. Kacau hingga sedikit garing.
Sumber: Farrah Wahida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Nasi Goreng Tomyam Simple
Bahan-bahan
- 5-6 ulas cili api tumbuk dengan segenggam ikan bilis
- Carrot sebiji sagat halus
- Crabstick 3-4 btg potong halus (optional)
- 1sdk pes tomyam
- Perasa knor cukup rasa
Cara nak buat Nasi Goreng Tomyam Simple
- Panaskan minyak goreng cili api tumbuk dengan ikan bilis bagi agak garing masukkan crabstick goreng sebentar masukkn pes tomyan dan knor cukup rasa.
- Masukkan nasi 2 senduk dan carrot, goreng sampai sebati . Siap.
Sumber: Suhaila Mohd Yusoff dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Resepi ini sesuai di makan sama ada tengahari atau malam.
Jom semak juga resepi nasi goreng ayam (Simple Tapi Padu)
Selamat mencuba!