4 Resepi Kuih Puteri Ayu (Tekstur Gebu Sesuai Dengan Nama)

Kuih melayu memang tak lapuk dek zaman kan? Masih diminati sehingga sekarang, salah satunya adalah kuih puteri ayu. Sesuai dengan namanya kuih ini mempunyai tekstur yang cantik dan gebu. Jom baca resepi kuih puteri ayu ini.

Jom kita try!

1. Resepi Puteri Ayu

Bahan-bahan

  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 2 sudu kecil baking powder
  • Pewarna hijau
  • Kelapa parut yang digaul dgn garam dan sedikit tepung ubi

Cara nak buat Puteri Ayu

  1. Blend gula, ovalette dan telur hingga gebu.
  2. Masukkan santan, pewarna hijau dan blend lagi.
  3. Tuangkan dalam bekas dan masukkan tepung serta baking powder.
  4. Gaulkan hingga sebati dan biarkan rehat seketika.
  5. Acuan sapu minyak. tekankan kelapa dalam acuan dan letakkan bancuhan tadi.
  6. Kukus dalam 15-20 minit (air kukusan dipanaskan dahulu).
  7. Tanggalkan dari acuan ketika masih suam supaya tak melekat.

Sumber: Wan Rasifah Miarhamzah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Puteri Ayu Gebu

Bahan-bahan

Bahan blend

  • 1 cwn gula
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar ovelate
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • 1 sudu kecil perisa pandan

**tips warna cantik campurkan setitis pewarna kuning

Bahan ayak

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 cwn santan

Cara nak buat Puteri Ayu Gebu

  1. Selepas adunan kembang masukkan bahan ayak dan santan kaup balik sehingga sebati siap untuk di kukus.

Sumber: Jema Md Nor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Kuih Puteri Ayu Mudah

Bahan-bahan

  • 2 biji telur gred A@B
  • 1/2 sudu besar ovelet
  • 1 cawan santan@susu cair
  • 3/4 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • anPerisa pandan dan pewarna hijau

Cara nak buat Kuih Puteri Ayu Mudah

  1. Pukul telur, ovalet dan gula hingga gebu.
  2. Masukkan perisa,pewarna hijau dan santan berselang seli dgn tepung gandum (2 kali selang).
  3. Kukus 8-10 minit api sederhana.

Sumber: Siti Azura Alias Ct dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Puteri Ayu Cheese

Bahan-bahan

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula castor
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan atau susu cair
  • 1 sudu teh ovalette
  • Pewarna pilihan
  • Sedikit esen vanilla atau perisa pilihan

Bahan cream cheese

  • 250 gm cream cheese
  • 80 gm gula castor
  • 25 ml air
  • 20 gm tepung gandum
  • 1 biji telur

Satukan semua bahan cheese dan pukul hingga licin dan sebati. Ketepikan.

Cara nak buat Puteri Ayu Cheese

  1. Pukul telur, esen vanilla dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan ovalette dan pukul lagi hingga pekat dan gebu.
  3. Masukkan santan atau susu cair & tepung dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
  5. Jika nak perisa yang berlainan, boleh letakkan perisa untuk setiap bahagian.
  6. Sediakan acuan puteri ayu secukupnya. Oleskan acuan dengan sedikit minyak masak.
  7. Didihkan air di dalam kukusan.
  8. Isikan adunan cream cheese ke dalam acuan dan kukus selama 2 minit dengan api sederhana.
  9. Setelah itu, letakkan adunan berwarna hingga penuh dan kukus lagi lebih kurang 7-10 minit dengan api sederhana. Setelah masak, keluarkan dari acuan.
  10. Jangan lupa untuk balut tutup kukusan supaya air kukusan tidak menitis atas kuih
  11. Gunakan api yang sederhana untuk mendapatkan kuih puteri ayu yang lembut, cantik dan gebu.

Sumber: Kenchana Jiwa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Semakin kreatif orang kita kan dalam mengolah resepi kuih melayu ini?

Jom semak juga resepi kuih dangai bakar juga kuih lama orang melayu.

Selamat mencuba!

Leave a Comment