4 Resepi Karipap Kentang (Dapat Kulit Rangup)

Sedap betul kan dapat makan karipap bersama secawan kopi panas. Memang healing rasanya. Kali ini kami nak kongsikan resepi karipap kentang untuk anda dijadikan sebagai hidangan minum petang.

Jom kita try!

1. Resepi Karipap Kentang Bilis Lada Hitam

Bahan-bahan

Bahan inti

  • Bilis tumbuk
  • Lada hitam
  • Bawang putih
  • Bawang merah dadu
  • Kentang
  • Daun bawang & daun sup

Bahan kulit karipap

  • 3 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam (masukkan dlm tepung)

Cara nak buat Karipap Kentang Bilis Lada Hitam

Inti

  1. Tumis bilis bawang dan lada hitam kemudian masukkan kentang perasakan.
  2. Masak sampai inti empuk dan last sekali masukkan daun bawang & daun sup.

Kulit karipap

  1. Panaskan sesenduk minyak masak, masukkan 3 sudu besar planta.
  2. Tuang dalam tepung gaul rata tambahkan air sejuk adun sampai jadi doh.

Sumber: Puspa Hanim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Karipap Kentang Ayam

Bahan-bahan

Bahan Doh

  • 1kg tepung
  • 5 sudu besar marjerin
  • ½ cawan minyak masak
  • Garam ( anggaran 1/2 sudu besar)
  • Air secukupnya

Bahan inti

  • 2kg kentang (potong dadu)
  • 2 biji bawang kecil
  • 3 biji bawang putih
  • 1 mangkuk daging ayam (racik halus)
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk kari
  • Daun sup
  • Cili kisar

Cara nak buat Karipap Kentang Ayam

Doh

  1. Panaskan minyak masak & marjerin sehingga cair.
  2. Tuang sedikit demi sedikit ke dalam tepung.
  3. Larutkan garam ke dalam air dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
  4. Perap doh karipap lebih kurang 1-2 jam.

Inti

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah, putih dan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak..
  2. Masukkan daging ayam dan kentang.
  3. Masukkan garam, gula dan serbuk kari dan masak sehingga kentang empuk.
  4. Taburkan daun sup ( optional).

Sumber: Nur Nadiah Saiman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Karipap Kentang

Bahan-bahan

Bahan kulit

  • 2 cwn tpg gandum
  • 2 sb majerin pelangi
  • 1/2 cwn minyak panas
  • 1/2cwn air sejuk
  • Secubit garam

Ramas sebati sehingga jadi serbuk roti

Campurkan

  • 1/2cwn air sejuk
  • Secubit garam

Uli sampai semua adunan sebati dan rehatkan 1/2jam

Bahan inti

  • Tumis
  • Bwg besar
  • Bwg putih
  • Daun kari

Cara nak buat Karipap Kentang

  1. Masukkan serbuk kari.
  2. Campur air.
  3. Masukkan kentang.
  4. Air paras kentang.
  5. Tunggu sampai kentang masak.
  6. Perasakan sesuai selera.
  7. 1 sb tepung bancuh dengan air.
  8. Gaul sebati.
  9. Sehingga air merenih kentang pekat.

Sumber: Kusuma Adnan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Kulit Karipap Rangup

Bahan-bahan

  • Gandum 1kg
  • Minyak masak 3 senduk(panaskan)
  • Majerin satu sudu besar
  • Air sejuk
  • Garam sedikit

Bahan inti kentang sedap

  • Kentang (potong dadu)
  • Serbuk kari babas
  • Bawang kuning hiris(holland)
  • Daun sup

Cara nak buat Kulit Karipap Rangup

Kulit karipap

  1. Masukan gandum ,majerin sesudu dan minyak masak yang di panaskan 3 senduk kacau guna sudu, letak garam sedikit dan last sekali masukkan air sejuk sedikit uli sampai doh tak lekat pada tangan.

Inti kentang

  1. Panaskan minyak, goreng bawang holland sampai naik bau masukkan kentang dan air ikut paras kentang dan bila air dah nak kering masukkan serbuk kari babas kacau perasakan dengan gula garam, last sekali masukan daun sup.

Sumber: Fatin Izzati dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi di atas dapat memberi sedikit idea untuk anda.

Jom semak juga resepi apam kampung ini sesuai juga untuk minum petang.

Selamat mencuba!

Leave a Comment