4 Resepi Ayam Masak Lemon (Mudah Tapi Menyelerakan)

Kalau nak tahu resepi ayam masak lemon asalnya adalah resepi dari Kaum Cina. Resepi ini tak ada banyak kuah api yang menariknya rasa lemon sangat sebati dengan ayam yang digoreng. Jika anda kali pertama dengar, rugi tak baca sampai habis.

Jom kita try!

1. Resepi Ayam Lemon Chinese Style

Bahan-bahan

  • 2 dada ayam-bersih dan keringkan

Bahan perap

  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • sedikit pepper
  • 1 biji telur
  • bahan salut:
  • campurkan
  • 5 sudu besar tepung
  • 5 sudu besar breadcrumbs

Bahan sos

  • 1 sudu besar sos plum
  • 3 1/2 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu besar cuka
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu teh tepung jagung
  • Minyak secukupnya

Cara nak buat Ayam Lemon Chinese Style

  1. Perap ayam dengan bahan perap selama 2 jam atau semalaman.
  2. Salut dengan bahan salut dan goreng hingga garing atau kekuningan. Potongkan ayam dan letak atas pinggan hidangan.
  3. Campur semua bahan sos, didihkan hingga pekat. Curah atas ayam tadi dan siap.

Sumber: Huda Yaacob dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Ayam Masak Lemon

Bahan bahan

Bahan ayam

  • Tepung serbaguna Bestari Spicy
  • Tepung jagung
  • Tepung gandum
  • Tepung kastard

Bahan Sos Lemon

  • 1 cawan air
  • 2 sudu gula
  • 1½ sudu tepung jagung
  • 2 sudu makan perahan jus lemon
  • 1 sudu madu
  • Sedikit garam
  • Sedikit ajinamoto@kiub ayam
  • 2 hirisan lemon
  • Parutan kulit lemon
  • Sedikit kunyit (nak bagi sos kaler kuning)

Cara nak buat Ayam Masak Lemon

Ayam goreng

  1. Perap ayam yang dipotong bersama telur, garam dan ajinamoto.
  2. Sebelum menggoreng, salut sekali lagi tepung yang kering sebelum masukkan ayam ke dalam kuali.
  3. Goreng dengan api yang perlahan.

Sos Lemon

  1. Bancuhkan semua sekali bahan untuk membuat sos di dalam satu bekas.
  2. Panaskan kuali dan masak sos tadi dengan api perlahan sehingga pekat.
  3. Tuangkan sos ke atas ayam goreng tadi Sedia untuk dihidang.

Hiasan

  1. Daun ketumbar dan cili.

Sumber: Siti Khadijah Binti Mohammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Ayam Sos Lemon Mudah

Bahan-bahan

  • Ayam dipotong dadu
  • Tepung bistari
  • Telur sebiji
  • Buah lemon sebiji
  • Bijan

Cara nak buat Ayam Sos Lemon Mudah

  1. Ayam direndam dalam air bancuhan tepung bistari bersama telur tunggu dalam 15 minit dan salut dengan tepung bistari pula untuk digoreng.
  2. Sediakan minyak untuk menggoreng pastikan minyak betul panas dan api sederhana goreng sehingga kekuningan.
  3. Dah masak sediakan pinggan boleh curahkan sos lemon atas ayam tabur bijan dan hiris lemon sekali.

Sumber: Sarimah Salleh dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Ayam Masak Lemon Madu

Bahan-bahan

  • Ayam seekor dipotong 12 (bersihkan)
  • Halia muda (diracik halus)
  • Bawang holand 1 bj (dipotong bulat)
  • Bawang putih 5 ulas (dicincang halus)
  • Cili kering kisar 3 sudu besar
  • Madu 2/3 cawan
  • Lemon 2 biji (1 bj dipotong nipis, 1 bj diperah airnya)
  • Garam, serbuk kunyit, 2 sudu besar tepung jagung & sedikit serbuk perisa
  • Air 1 cawan & minyak masak utk menggoreng dan menumis
  • Sedikit bijan yang telah disangai

Cara nak buat Ayam Masak Lemon Madu

  1. Gaulkan ayam yang telah dibersihkan bersama serbuk kunyit, garam dan tepung jagung.
  2. Goreng separuh garing.
  3. Tumis hingga wangi bawang holland, bawang putih & halia.
  4. Masukkan cili kering kisar, kacau rata hingga hampir garing.
  5. Masukkan sedikit air, madu dan lemon kacau rata.
  6. Masukkan bancuhan air tepung jagung.
  7. Masukkan ayam, garam & serbuk perisa.
  8. Mesrakan rasa, kecilkan api.
  9. Biarkan seketika dan sesekali kacau dan masukkan hirisan lemon & taburkan bijan.
  10. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Anne IdZahra dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi ini memberi sedikit manfaat untuk anda.

Jom lihat juga resepi ayam 3 budak gemok yang simple ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment