4 Resepi Cek Mek Molek (Kuih Dari Pantai Timur)

Salah satu kuih tradisi dari Pantai Timur ialah cek mek molek. Agak jarang kita nampak di jual disini. Resepi cek mek molek ini diperbuat dari keledek dan mempunyai inti gula merah memang enak dinikmati.

Jom kita try!

1. Resepi Cek Mek Molek Frozen

Bahan-bahan

  • 1/2 kg ubi keledek kuning (dikupas kulit & direbus dengan sedikit garam)
  • 3 cwn tpung gndum

Cara nak buat Cek Mek Molek Frozen

  1. Tumbuk ubi keledek yang dah disejukkn selepas direbus tadi hingga hilang ketul@lumat.
  2. Masukkan tepung gandum dan gaul rata baru uli last sekali sambil uli letak sedikit minyak masak untuk bagi tekstur cek mek licin elok.
  3. Bentukkan terus jangan lupa letak gula doh kena buat sampi habis nanti masam dah.
  4. Dah bentukkan boleh goreng dengan minyak yang boleh tenggelamkan cek mek smasa menggoreng tak perlu balikkan nanti bocor air gulanya dah garing angkat toskan (goreng dengan api sederhana & sehingga garing).
  5. Kalau nak frozenkan goreng separuh masak.

Sumber: Syidah Saiful dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Cek Mek Molek Jelita

Bahan-bahan

  • 1.5kg Ubi keledek dikupas (jenis garnet paling senang nak jadi, tak lembik – kulit kemerahan, isi oren)
  • 1 besar sudu tepung ubi
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu besar marjerin
  • Gula untuk inti

Cara nak buat Cek Mek Molek Jelita

  1. Rebus ubi dengan 2 sudu kecil garam dan 1 1/2 cawan air sehingga hampir kering.
  2. Lenyekkan ubi dengan pelenyek atau tumbuk dengan lesung batu. Kemudian sejukkan ke suhu bilik.
  3. Masukkan 2 sudu gandum, 1 sudu tepung ubi & 1/2 sudu marjerin. Uli sehingga sekata.
  4. Bulat-bulatkan adunan (tanpa gula) mengikut kesesuaian saiz yang dikehendaki dan letakkan di dalam peti ais selama 2@3 jam.
  5. Selepas 2@3 jam, panaskan minyak, pastikan kuantiti minyak yang digunakan akan menenggelamkan keseluruhan Cek Mek.
  6. Leperkan adunan bulat tadi dan masukkan gula. Bentukkan Cek Mek secara membujur dan tajam di hujung (kuantiti gula adalah terpulang kepada kesukaan masing-masing).
  7. Masukkan Cek Mek ke dalam minyak panas, api hendaklah agak kuat. Pusing-pusingkan Cek Mek tanpa henti ketika api kuat sehingga membentuk satu lapisan kulit di bahagian luar Cek Mek**
  8. Setelah Cek Mek kelihatan membentuk lapisan kulit, barulah perlahankan api**
  9. ***Tips ini adalah bagi mengelakkan Cek Mek mengembang dan menggelembung tidak sekata serta mengelakkan dari pecah dan keluar air gula jika menggoreng dengan api perlahan dari awal.

Sumber: Ju Mohamad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Cek Mek Molek Mudah

Bahan-bahan

  • 1 kg ubi keledek oren/ stelo
  • Gula pasir
  • 2 cawan Tpg gandum
  • Sesudu garam
  • 1 sb marjerin/butter

Cara nak buat Cek Mek Molek Mudah

  1. Rebus ubi hingga empuk.Toskan
  2. Lenyek ubi sampai hancur dan masukkan garam halus. .Masukkan tepung gandum uli bagi rata. Masukkan marjerin atau butter. Uli sampai doh rata.
  3. Bulat-bulatkan sekepal tangan lebih kurang 30gm. Jangan besar sangat/ Leperkan dan tekan di tengah bagi bentuk lekuk. Masukkan sesudu gula dan tutup rapat. Golek-golekkan atas tapak tangan untuk membentuk bujur dan tirus seperti ubi stelo/keledek
  4. Goreng dengan api sederhana. Sentiasa alihkan agar sekata kekuningannya.

Sumber: Mazah Dollah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Cek Mek Molek 5 Bahan

Bahan-bahan

  • Ubi keledek merah (rebus lenyek)
  • Tepung beras
  • Tepung gandum
  • Garam
  • Gula pasir

Cara nak buat Cek Mek Molek 5 Bahan

  1. Cara pertama lenyek ubi. Masuk tepung sedikit demi sedikit. Agak adunan lembut dan tak melekat. Bentukkan kuih.
  2. Letak gula pasir sebagai inti. Jangan banyak sangat dan goreng.

Sumber: Nur Syaidatul Fazreen dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Kuih ini perlu teliti semasa menggorengnya untuk mengelakkan inti gula tersebut keluar dari kuih.

Jom semak juga resepi kuih basong ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment