4 Resepi Ayam Varuval

Ayam varuval ialah hidangan tradisional masyarakat India, khususnya kaum Tamil, yang sangat popular di Malaysia, terutamanya di restoran mamak dan rumah masyarakat India. “Varuval” bermaksud goreng kering, jadi ayam varuval merujuk kepada ayam masak kering dengan rempah pekat, tanpa kuah yang banyak. Hidangan ini terkenal dengan aroma rempah yang kuat, rasa pedas dan berempah, serta warna kehitaman yang menarik hasil daripada tumisan rempah yang lama hingga pecah minyak.

Ayam diperap terlebih dahulu dengan serbuk kari, serbuk cili, halia, bawang putih, garam dan jus limau, kemudian ditumis bersama bawang besar, daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang dan rempah lain. Masakan ini dimasak hingga air ayam kering dan rempah benar-benar melekat pada ayam, menjadikannya berminyak, kering dan beraroma tajam. Ayam varuval sesuai dimakan dengan nasi putih atau nasi briyani.

1. Resepi Ayam Varuval

Bahan-bahan

Bahan perapan

  • 1/2 ekor ayam – dipotong sederhana
  • 5 ulas bawang putih – tumbuk/kisar
  • 2 inci halia – tumbuk/kisar
  • Serbuk kari – secukupnya
  • Serbuk kunyit – secukupnya
  • Garam secukup rasa

Bahan lain

  • 2 sudu kecil jintan manis (kasar)
  • 6-10 biji cili kering – gunting kasar
  • 5 ulas bawang putih – hiris
  • 1 inci halia – tumbuk atau hiris
  • 2-3 labu bawang besar – hiris
  • 1 biji tomato – potong dadu
  • 3 tangkai daun kari nak lebih pon boleh
  • 3 sudu cili blenx/boleh juga guna serbuk cili (nak pedas lebihkan lagi)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara nak buat Ayam Varuval

  1. Perap ayam bersama bahan perapan selama 1 jam.
  2. Goreng ayam yang dah diperap sehingga masak (golden color) dan angkat.
  3. Goreng jintan manis seketika. Angkat dan ketepikan.
  4. Goreng dengan sedikit minyak bawang putih, cili kering dan daun kari sehingga bawang keemasan & wangi. Angkat dan ketepikan.
  5. Menyengat bau dia tau.
  6. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bawang merah, halia dan tomato sehingga bawang bertukar warna (layu).
  7. Dan masukkan cili blend dan tumis sehingga terbit minyak. Tambah garam dan gula dan seimbangkan rasa.
  8. Masukkan bahan-bahan yang digoreng (step 3 & 4) dan kacau.
  9. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati dan kering. Tak perlu ditambah air kerana masakan ini seharusnya kering.

Sumber: Liyana Hasan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Chicken Varuval

Bahan-bahan

  • Ayam 12 ketul size kecil – perap dengan 2sb tairu/curd/yogurt, 3sb cili powder. Biarkan selama 30min
  • Halia n bwng putih
  • Bwng kecil 5biji potong
  • Cili kering dlm 5biji
  • Tomato sebiji size kecil
  • Jintan manis 1sb
  • Cardamon 2biji
  • Bunga lawang 1

Cara nak buat Chicken Varuval

  1. Panaskan minyak, Tumis jintan manis, bunga lawang dan buah pelaga.
  2. Then masukkan bawang putih, halia dan bawang kecil. Tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan daun kari dan cili kering. Tumis sampai agak garing.
  4. Masukkan ayam dan sedikit air. Teruskan kacau seketika dan tambah garam. Api medium.
  5. Masukkan tomato. Kacau seketika. Bila ayam dah hampir masak, tukar api ke maximum/besar. Teruskan kacau,
  6. Kacau sampai kering.

Sumber: Sheena Supramaniam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Dried Chicken Varuval

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam di potong kecil
  • Bawang merah yang agak besar 3 biji dihiris
  • Bawang putih – 4 ulas + halia -1.5 inci
  • Chili padi hijau 5 dihiris 2
  • Daun kari
  • Daun ketumbar
  • Kayu manis
  • Jintan besar -1 sudu besar
  • Jintan kecil -1 sudu teh
  • Lada kering- 5 di potong 3
  • Lada hitam- yang ditumbuk halus 2-3 sudu
  • Serbuk chili – 2-3 sudu besar
  • Serbuk kunyit -1 sudu teh
  • Serbuk ketumbar-1 sudu besar

Cara nak buat Dried Chicken Varuval

  1. Panaskan minyak (5 sudu besar)- masuk kayu manis, star anise, buah pelaga + bawang yang di hiris + jintan besar/kecil. Daun kari + lada kering goreng sampai bawang agak warna perang sikit.
  2. Masuk pes halia+bawang putih.
  3. Masukan ayam dengan serbuk chili,kunyit, ketumbar + garam dan gaul beberapa minit dengan serata.
  4. Masukan air sikit gaul hingga ayam masak tambah minyak jika perlu dan biar sampai agak kering dan letak serbuk lada hitam daun kari dan daun ketumbar.

Sumber: Kuhen Kanagarajah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Ayam Varuval Ala Mumbai

Bahan-bahan

Bahan marinate ayam

  • Serbuk cili
  • Serbuk kari
  • Serbuk kunyit
  • 4 ulas garlic
  • 1 ketul halia

Bahan varuval

  • Biji sawi
  • Daun kari
  • Serbuk cili
  • Bawang besar 1 biji
  • Garlic 3 ulas
  • Cili kering dlm 8-10 keping
  • Garam secukup rasa

Cara nak buat Ayam Varuval Ala Mumbai

  1. Goreng ayam yang dah marinate.
  2. Masukkan bawang putih dan bawang besar dalam minyak yang dah panas. Bila naik bau, masukkan cili kering dengan daun kari dan masukkan serbuk cili.
  3. Masukkan garam atau serbuk perisa. Dan masukkan air sikit supaya nampak basah sikit. Then masukkan ayam goreng tadi.
  4. Gaulkan sampai rata dan bagi ayam masak sepenuhnya.

Sumber: Shydee Didot dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Leave a Comment