4 Resepi Kerabu Thai (Masam, Manis dan Pedas)

Kalau pergi makan di kedai makan ala thai pasti tak lekang dengan menu kerabu thai. Kira menu wajib order. Rasa masam, masin, dan pedas ini yang memikat selera sesiapa sahaja. Resepi kerabu thai ini memang mudah nak buat tak perlu nak masak hanya gaul sebati dengan semua bahan.

Jom kita try!

1. Resepi Kerabu Kaki Ayam Thai

Bahan-bahan

Bahan Sos Thai

  • Cili merah
  • Bawang putih
  • Air
  • Gula@Gula kabung thai
  • Sos ikan@kicap sotong
  • Garam jika perlu
  • Cuka
  • Daun ketumbar
  • Air tepung jagung

Bahan kerabu

  • **Bawang Merah(dimayang)
  • **Serai(diracik halus)
  • **Tomato(dipotong)
  • **Lada(dipotong)
  • **Daun ketumbar (dihiris halus)
  • **Air limau nipis

Cara nak buat Kerabu Kaki Ayam Thai

Sos thai

  1. Blend kasar cili&bawang putih.
  2. Panaskan periuk didihkan air, masukkan bahan yg diblend.
  3. Kemudian, masukkan gula,sos ikan&cuka. Agak semua dah cukup rasa&masak, masukkan air tepung jagung,kacau² ikut kepekatan yang korang nak.
  4. Last,tutup api&letak daun ketumbar yang dah dipotong tadi.

Kerabu kaki ayam

  1. Rebus kaki ayam sehingga empuk.
  2. Saya letak garam&cuka cikit.Dah empuk masukkan dalam air sejuk&toskan.
  3. Ambil os thai&masukkan semua bahan yang bertanda** dan gaul sebati.
  4. Waktu ini dah boleh rasa, kalau tak cukup rasa boleh tambah.
  5. Kemudian ambil kaki ayam yang direbus tadi, gaul sebati&sedia untuk dinikmati.

Sumber: Siti Khadijah Binti Mohammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Kerabu Seafood Maggie Thai

Bahan-bahan

  • Maggi thai 2 bungkus
  • 3 ekor sotong sederhana dipotong kecik
  • 8 ekor udang dibuang kulit
  • 6 batang isi ketam dipotong 2@3
  • 1 batang sosej dipotong nipis (pilihan)
  • 1biji @ 2 sudu besar air perahan limau nipis
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 2 sudu besar sos cili thai (sos manis thai)
  • 1/2 sk ajinomoto
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 2 tangkai daun ketumbar di hiris halus (sedikit sahaja)
  • 1 biji bawang merah dipotong dadu
  • 4 biji cili padi dipotong kecik
  • 1/2 batang lobak merah diparut halus
  • Kobis ungu di hiris nipis
  • Sos ikan 2 sudu besar

Cara nak buat Kerabu Seafood Maggie Thai

  1. Mula-mula rebuskan maggi 1-2minit @ sehingga lembut.
  2. Rebus segala lauk pauk sotong, udang, isi ketam dan sosej. Boleh jugak tukar kepada ayam kalau tak makan seafood.
  3. Dah masak kena toskan jugak. Masukkan dalam bekas maggi tadi.
  4. Masukkan bawang, cili api, daun ketumbar, lobak, kobis, tomato ke dalam bekas
  5. Perahkan air limau nipis ke dalam bekas
  6. Masukkan cuka makan. Boleh kurangkan kalau taknak masam
  7. Masukkan sos ikan
  8. Masukkan sos cili thai
  9. Masukkan ajinomoto dan gula. Boleh rasa dulu sebelum tambah gula. Manis ikut kesesuaian masing -masing
  10. Akhir sekali masukkan semua rencah yang ada dalam maggi
  11. Sekarang gaul semua bahan bagi rata @ sebati.
  12. Dah siap letakkan dalam bekas. Dan tabur sedikit daun ketumbar atas maggi.

Sumber: Ariana Sofia Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Kerabu Maggi Thai Mudah

Bahan-bahan

  • 2 bungkus Maggie Thai
  • 1 biji buah tomato-hiris
  • 1/2 labu bawang besar dihiris
  • Segenggam daun ketumbar dihiris
  • 2 biji cili di hiris
  • 5biji Lada kering size kecil di tumbuk
  • 1 sudu sos ikan-
  • 1 sudu air asam limau
  • 1 sudu Sos cili Thai /sos kimball
  • 1biji limau nipis di hiris untuk dipicit

Bahan Lauk

  • Sotong
  • Udang
  • Fish ball
  • Crab stick
  • Isi ayam

Cara nak buat Kerabu Maggi Thai Mudah

  1. Panaskan air untuk rebuskan Maggi dan angkat kmudian tapiskan air seterusnya rebus bahan lauk pulak siap rebus angkat dan tapis.
  2. Masukan Maggi dan lauk kedalam bekas yang sesuai untuk di gaul. Masukkan 2 paket rempah Maggi Thai.
  3. Masukan bahan yang telah di sediakan dan air rebusan tadi gaul sampai elok. dan last sekali picitkan limit nipis dan mengaul sekali lagi dan dah siap.

Sumber: Zaiton ZaiHadi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Kerabu Kerang Ala Thai

Bahan-bahan

  • 1 kilo kerang
  • 5 biji cili api – ditumbuk
  • 2 biji cili merah- ditumbuk
  • 1 inci belacan dibakar dan ditumbuk bersama cili
  • 3 biji limau kasturi
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 cawan jus asam jawa
  • 1 ulas bawang merah hiris nipis
  • Daun ketumbar
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara nak buat Kerabu Kerang Ala Thai

  1. Basuh kerang dan rebus kerang sehingga terbuka/masak.
  2. Buang air rebusan kerang dan segera letak ais dan air sejuk dari peti ais untuk elakkan kerang jadi kecut . Itupun antara tips untuk kerang nampak segar. Buang sebelah cengkerang dan gunakan sebelah lagi yang ada isi untuk dibuat kerabu.
  3. Satukan air asam jawa, cili api, cili merah dan belacan bakar yang ditumbuk, sos ikan, cili api, tomato, garam dan gula dalam bekas yang sesuai.
  4. Gaulkan bersama kerang sehingga mesra.
  5. Akhir sekali perahkan limau kasturi , campurkan sekali kulit limau, bawang merah yang dah dihiris dan daun ketumbar serta gaul hingga sebati.

Sumber: Linda Md Yusof dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Lauk paling mudah nak buat kan? Jangan lupa cuba ya!

Jom semak juga resepi pad kra pao yang juga salah satu makanan dari Thailand.

Selamat mencuba!

Leave a Comment