4 Resepi Kuih Peneram (Rangup dan Lembut)

Kuih peneram atau dikenali juga sebagai kuih denderam ini seringkali kita nampak dijual di pasar malam kan? Kuih melayu lama ini juga masih mempunyai peminat tersendiri. Makan satu tak cukup rasanya. Jom baca resepi kuih peneram ini.

Jom kita try!

1. Resepi Kuih Peneram

Bahan-bahan

  • Tepung beras 1kg (mak saya guna cap 3 gajah)
  • Gula merah 1/2 kg
  • Gula putih 200gm
  • Air 2 cawan setengah

Cara nak buat Kuih Peneram

  1. Masak gula merah & gula putih bersama 2 cawan setengah air, masak sampai hancur gula.
  2. Ayak tepung dalam bekas.
  3. Setelah gula tadi masak, terus tapis masuk dalam tepung yang telah diayak tadi. Kacau sampai sebati.
  4. Biarkan adunan tadi dalam bekas bertutup semalaman.
  5. Dah semalaman, uli adunan agak lembut, kalau adunan lembut sangat boleh tambah sikit tepung gandum, kalau keras boleh celup air dan uli semula.
  6. Ambil seketul adunan dan gelek, terap dengan acuan dan goreng.

Sumber: Suzana Ali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Kuih Peneram Kak Yong

Bahan-bahan

  • 1 peket @ 500gm tepung beras cap 1@3 gajah
  • 2 cwn gula merah
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 1 cwn air
  • Minyak untuk menggoreng

Cara nak buat Kuih Peneram Kak Yong

  1. Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam periuk dan masak sehingga larut dan mendidih dan meruap.
  2. Tapis air gula panas ke dalam mangkuk berisi tepung beras dan kacau dgn senduk hingga sebati bancuhan perlu nampak bertali.
  3. Setelah sebati adunan tadi perapkan selama 6 jam @ semalaman.
  4. Setelah perap selama 6 @ semalaman boleh terap sediakan plastik dan sapu minyak gelekkan sederhana nipis dan terap dengan acuan donut paling kecil.
  5. Dah siap goreng dalam minyak yang banyak dan biar panas guna api sederhana pastikan minyak panas kalau masukkan kuih dan minyak panas kuih akan timbul selepas masukkan dalam kuali kalau tak kuih lambat timbul dan jadi keras.
  6. Dah timbul terbalikkan kuih dan boleh angkat.

Sumber: Kak Yong Ima Shida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Kuih Peneram Rangup

Bahan-bahan

  • 4 cwn tepung beras cap gajah 3
  • 2 sudu mkn tepung gandum
  • 1 cwn gula merah
  • 1 cwn gula pasir
  • 1 cwn air

Cara nak buat Kuih Peneram Rangup

  1. Campurkan tepung beras dan tepung gandum.
  2. Masak gula merah+gula pasir+air sampai gula hancur.
  3. Masukkan campuran gula yang masih panas dalam adunan tepung (tapis campuran gula)
  4. Gaul adunan hingga sebati. Biarkan semalaman.
  5. Baru goreng.
  6. *Perap adunan pada luar dan pastikan bertutup.
  7. Masa mencanai alas dengan plastik kalau adunan keras boleh tambah sedikit air panas.

Sumber: Nor Misnor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Kuih Peneram Mudah

Bahan-bahan

  • 600gm gula merah
  • 300gm gula putih
  • 600ml air
  • Daun pandan

Cara nak buat Kuih Peneram Mudah

  1. Masakkan semua bahan di atas sehingga menggelegak.
  2. Tutup api ,terus tuang dalam 1 kg tepung beras (cap gajah) yang telah di ayak dan kacau sebati.
  3. Adunan simpan satu hari (tak perlu simpan dalam peti ais).
  4. Sebelum goreng, uli sebentar adunan dengan dua genggam tepung gandum.
  5. Panaskan minyak dan boleh di goreng.

Sumber: Ila Mokhtar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi ini memberi sedikit idea untuk anda.

Jom lihat juga resepi bahulu yang juga kuih tradisi masyarakat melayu.

Selamat mencuba!

Leave a Comment