Sos hijau adalah sos yang diperbuat daripada bahan utamanya daun ketumbar. Digabungkan bersama cili padi hijau, mayonis, bawang putih dan perasa. Sos ini sering digandingkan dengan vietnamese roll malah sesuai juga jika dimakan dengan salad.
Selalu kalau kita nampak vietnam roll pasti dihidangkan bersama sos thai kan? Kali ini kami nak kongsikan resepi vietnam roll sos hijau. Warna hijau dan rasa yang masam dan bau daun ketumbar memang cukup enak bila dicicah bersama vietnam roll.
Cara Buat Sos Hijau
1. Resepi Sos Hijau
Bahan-bahan
- 3 biji bawang putih
- Sebiji Limau nipis saiz besar.
- 6 biji cili padi warna hijau
- 2 rumpun daun ketumbar
- 6 sudu mayonis
- 2 Sudu sos ikan
- 1 mangkuk air
- 2 sudu gula (palm sugar)
Cara nak buat Sos Hijau
- Blender semua sekali, akar daun ketumbar jangan lupa, basuh bersih dan blender sekali.
- Letak air separuh dulu, bila dah hancur baru masukkan air yang selebihnya.
Sumber: Noraini Mat Saad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Creamy Green Sauce
Bahan-bahan:
- Daun ketumbar sekali dengan akar
- Mayonis (guna banyak untuk dapatkan rasa creamy)
- Cili hijau (lebihkan jika suka rasa pedas)
- Air limau nipis
- Bawang putih 3-4 ulas
- Sedikit air
- Sedikit gula
- Sedikit garam
Cara nak buat Creamy Green Sauce
- Letak semua bahan dekat atas dan blend sehingga lumat.
- Siap dan sedia dihidang.
Sumber: Rozlyn Farah Diana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Sos Hijau Vietnam Roll Ketagih
Bahan-bahan
- 1 Segenggam daun ketumbar bersama akarnya(cuci bersih)
- 12 biji cili padi hjiau atau mengikut pedas disukai
- 7 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 1 ketul kiub pati ayam
- Gula kabung Thai secukup rasa(jika tiada boleh guna gula biasa)
- 1/2 biji limau nipis,perah ambil airnya
- 2 sudu besar sos ikan atau sckup rasa
- 3 sudu besar penuh mayonis
- 3 sudu makan susu pekat
- 3 bekas kecil yogurt fernleaf asli (tanpa perisa)
Cara nak buat Sos Hijau Vietnam Roll Ketagih
- Kisar semua bahan diatas hingga sebati.
- Rasa sebelum hidang jika ada terkurang masam manis bolehlah tambah apa yg perlu. Sos ini mesti ada rasa pedas, berkrim,masam manis.
- Tutup kemas dan simpan dalam peti bahagian chiller tahan 1minggu.
Sumber: Aisyah Humaira dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4.Resepi Sos Hijau Thai
Bahan-bahan
- 3 Ulas bawang putih*
- 2 bt akar daun ketumbar*
- 1 sddk garam kasar*
- 25 bj cili padi hijau*
- 4 sg gula kabung
- 5 biji asam limau
Cara nak buat Sos Hijau Thai
- Semua bahan bertanda * ditumbuk. Sehingga hancur.
- Masukkan gula dan asam limau.
- Gaul sehingga sebati dan sekali masukkan daun ketumbar yang diracik halus.
Sumber: Tuan Adriana Arissa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Aneka Sos Popular Dari Seantero Dunia
1. Pesto Sauce
Sos tradisional Itali yang diperbuat daripada daun basil segar, kacang pain, keju Parmesan, bawang putih dan minyak zaitun yang dikisar hingga halus. Pesto mempunyai rasa herba yang kuat dan aroma basil yang harum, sering digunakan untuk pasta, pizza atau sebagai spread.
2. Chimichurri
Sos Argentina yang terkenal, diperbuat daripada parsley cincang, oregano, bawang putih, cuka anggur merah, minyak zaitun dan cili flakes. Chimichurri mempunyai rasa segar dan tajam yang menjadi pelengkap sempurna untuk daging panggang dan sayur-sayuran.
3. Salsa Verde Mexicana
Sos Mexico yang diperbuat daripada tomatillo hijau yang direbus, cili serrano atau jalapeño, bawang, bawang putih dan ketumbar. Salsa verde mempunyai rasa masam dan pedas yang menyegarkan serta warna hijau terang yang menarik.
4. Zhug
Sos pedas dari Timur Tengah yang berasal dari Yemen, diperbuat daripada cili hijau segar, ketumbar, parsley, bawang putih, jintan dan minyak zaitun. Zhug mempunyai rasa pedas yang berapi-api dengan aroma herba yang kuat dan sering digunakan sebagai condiment untuk pelbagai hidangan Arab.
5. Green Goddess Dressing
Dressing klasik Amerika yang diperbuat daripada mayonis, sour cream, herba segar seperti chives, parsley dan tarragon, bersama bawang putih dan ikan bilis. Green Goddess mempunyai rasa creamy dan herba yang rich, popular digunakan untuk salad dan sebagai dip untuk sayur-sayuran.