Onde onde bijan atau dipanggil juga sebagai kuih bom bijan ini adalah salah satu kuih melayu. Resepi onde onde bijan ini di selaput dengan biji bijan dan mempunyai ini kelapa atau kacang merah. Boleh buat sarapan pagi dan minum petang.
Jom kita try!
1. Resepi Kuih Bom Bijan
Bahan-bahan
Bahan kulit
- Tepung pulut 1 paket (500g)
- Tepung Gandum 1cwn
- Secubit Garam
- Sedikit pewarna kuning(optional)
- Air secukupnya
- Bijan Putih secukupnya
Bahan inti
- Kelapa parut
- Gula Merah
- Gula Pasir
- Secubit Garam
- Daun pandan
- Sedikit Air
Cara nak buat Kuih Bom Bijan
- Campurkan tepung pulut, tepung gandum, dan garam dalam bekas. Gaul rata kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit. Masukkan pewarna.
- Uli sehingga doh tak melekat pada bekas. Ambil doh kemudian masukkn inti kelapa dan bulatkan. Golek atas bijan yg telah di masukkan ke dalam loyang.
Inti
- Letakkan sedikit air ke dalam kuali, masukkn daun pandan, gula merah, gula pasir dan garam.
- Kacau hingga gula cair.
- Msukkan kelapa parut masak hingga warna kelapa menjadi sedikit gelap. Kemudian tutup api.
Cara goreng
- Panaskan minyak menggunakan api kecil supaya kuih tak pecah. Masukkan kuih. Kacau kuih perlahan2 sehingga masak dan berwarna perang.
Sumber: Puan Cik Nadzri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Kuih Bom Keledek
Bahan-bahan
- 120 gram tepung pulut
- 120 gram tepung gandum
- 316gm keledek oren yg direbus dan dilenyek
- 100 gram air…ikut kelembutan …jgn lebih sgt nnti xmembulat
- 30 gram gula pasir
- 1/4 sudu teh garam halus
- Bijan secukupnya
Inti kelapa
- 600 gram kelapa putih
- 200 gram gula merah
- 1 ketul gula melaka (200 gram)
- 1-2 sudu gula pasir ikut kemanisan masing2
- 20 gram majerin
- 3 ketul gula batu
- Daun pandan secukupnya
Cara nak buat Kuih Bom Keledek
- Masak gula merah gula batu dengan gula melaka tapis.
- Satukan dengan kelapa daun pandan dan gula masak hingga sedikit kering dan masukkan tepung kacau sebati dan sejukkan sebelum di gunakan.
- Satukan tepung pulut tepung gandum dan keledek dalam 1 bekas.
- Larutkan gula garam bersama air.
- .Tuangkan air sedikit demi sedikit uli hingga jadi doh.
- Timbang doh 31 gram.
- Isi inti 1 sudu teh membuak dan kemaskan gelek membulat.
- Salutkan dengan bijan secukupnya.
- Letakkan bijan dalam bekas bulat dan golekkan doh lawan arah jam biar sekata dan gelek sekali lagi dan biarkan sejam baru goreng separuh masak untuk frozenkan.
Sumber: Jalilah JJ Homemade dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Bom Bijan
Bahan-bahan
Bahan kulit
- Tepung pulut 1paket(500g)
- Tepung Gandum 1cwn
- Secubit Garam
- Air secukupnya
- Bijan Putih
Bahan inti
- Kelapa parut
- Gula Merah
- Gula Pasir
- Secubit Garam
- Sedikit Air
Cara nak buat Bom Bijan
Kulit
- Campurkan tepung pulut+tepung gandum+garam. Gaul rata kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit uli sqmpai doh tak melekat di besen.
- Sebelum uli utk masukkn inti PASTIKAN TANGAN DILUMURKN DENGAN SEDIKIT MINYAK. Ambil doh masukkan inti kelapa,cbulatkn dan gaulkan dengan bijan.
Inti
- Letakkan sedikit air kedalam kuali, masukkn gula merah+gula pasir+garam.
- Kacau hingga gula cair masukkan kelapa parut masak hingga warna kelapa menjadi sedikit gelap kemudian tutup api.
Cara goreng
- Buka api sederhana besar masukkn minyak. Apabila minyak sederhana panas masukkan kuih bom dan kecilkan api.”PASTIKAN MINYAK TIDAK TERLALU PANAS SBLM MASUKKN BOM”
- Selepas bom mula mengembang dan bertukar warna kacau kuih sehingga masak.
Sumber: Nana Renoma dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Onde-Onde Bijan Mudah
Bahan-bahan
- 1bngkus tpung pulut 500g
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula
- Garam scubit@scukup rasa
- Air suam scukupnya
Cara nak buat Onde-Onde Bijan Mudah
- Satukan tepung dan gula serta garam.
- Bancuh bersama air suam.
- Jadikan doh jangan lembut sangat jangan keras.
- Bulatkan doh leperkan masuk inti.
- Buat sampai habis simpan 1 hingga 2 jam kemudian goreng api perlahan bila hampir perang kuat sikit api goreng sampai bijan kuning.
Sumber: Azza Watie Yaacob dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Semoga dengan perkongsian resepi ini memberikan sedikit idea masakan untuk anda.
Jom semak juga resepi kuih siput ini.
Selamat mencuba!