4 Resepi Etok Salai (Rugi Tak Cuba)

Siapa yang tak pernah makan etok? Haa resepi etok salai ini kami sediakan untuk anda cuba dan rasai sendiri keenakan etok ini. Etok ini lebih kurang macam lala juga lah, etok ini banyak dijumpai di Kelantan.

Jom kita try!

1. Resepi Etok Masak Pedas

Bahan-bahan

  • 1kg Lala/kerang/etok
  • Bawang merah kecik 5ulas
  • Bawang putih 3ulas
  • Bawang besar 1biji
  • Halia sikit
  • Lada kering (rendam air panas @ rebus)
  • Cili api 5tangkai

Cara nak buat Etok Masak Pedas

  1. Blend semua bahan diatas & tumis.
  2. Masukkan serai sekali tumis sampai pecah minyak. Masukkan gula dan secukup rasa.
  3. Kacau sekejap masukkan lala & daun limau purut biarkan kejap bagi masak sampai etok terbuka.

Sumber: Jaja Nawi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Etok Titik Serai

Bahan-bahan

  • Etak
  • Serai (titik)
  • Bawang putih (tumbuk)
  • Bawang merah (tumbuk)
  • Lada burung (tumbuk)
  • Sos tiram
  • Kicap

Cara nak buat Etok Titik Serai

  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan lada burung. Bawang merah pastikan tumbuk jangan sampai hancur sangat ye. Baru sedap bile gaul ngan etak nanti.
  2. Kemudian titik serai atau tumbuk je senang.
  3. Panas minyak. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Kecuali serai. Kacau dan masukkan serai.
  4. Kacau sehingga kekuningan.
  5. Dah kekuningan, masukkan sos tiram dan sedikit kicap. Kacau sehingga sebati.
  6. Kemudian masukkan gula, garam dan ajinamoto secukup rasa. Dan masukkan sedikit air.
  7. Seterusnya masukkan etak. Dan gaul sehingga sebati. Bila etak dah mula terbuka kacau lagi sehingga sebati.

Sumber: Rose Azmera dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Gulai Lemak Etok

Bahan-bahan

  • Etok
  • Bwg merah
  • Bwg putih
  • Cili padi
  • Santan pekat
  • Serai

Cara nak buat Gulai Lemak Etok

  1. Basuh etok smpi bersih
  2. Tumbuk bawang merah bawang putih dan sedikit cili padi hijau.
  3. Ketuk serai 2 batang.
  4. Masukkan etok ke dalam periuk,masukkan santan pekat dan masukkan bahan tumbuk.
  5. Sentiase kacau.
  6. Masukkan sedikit garam dan gula sesedap rasa.

Sumber: Eryn Ereena dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Etok Goreng

Bahan-bahan

  • Lada kering
  • Bawang putih & bwg merah
  • Sedikit halia & lengkuas
  • Kunyit
  • Serai

Semua bahan diblend

  • Minyak
  • Garam, gula, perasa & asam keping

Cara nak buat Etok Goreng

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
  2. Bila minyak dah panas tumiskan bahan blend tadi sampai masak.
  3. Masukkan garam,gula, perasa & asam keping.
  4. Last masukkan etok kacau biar sebati dengan rempah tadi dan tutup kuali sekejap untuk cepat masak.
  5. Etok akan terbuka apabila masak.

Sumber: Hanizan Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Resepi diatas juga sesuai dimasak dengan lala atau kerang tau!

Jom semak juga resepi lala ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment