4 Resepi Wantan Goreng (Sedap dan Rangup)

Jika anda mencari resepi wantan goreng, kali ini kami bawakan untuk anda resepi yang sedap dicicah bersama sos tersendiri. Kadangkala buat sendiri lagi sedap dan kita boleh letak apa sahaja bahan yang kita inginkan. Paling penting menjimatkan!

Jom kita try!

1. Resepi Chicken Wantan

Bahan-bahan

  • Kulit wantan
  • Ayam cincang (brand ramly)
  • Bawang besar cincang
  • Bawang putih cincang
  • Carrot cincang
  • Daun bawang hiris halus
  • Sos ikan
  • Lada sulah
  • Serbuk pati ayam maggie

Cara nak buat Chicken Wantan

  1. Gaul semua kecuali kulit wantan cukup masin boleh isi dalam kulit wantan.
  2. Boleh goreng atau kukus.

Sumber: Azlia Azali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Wantan Goreng

Bahan-bahan

  • 4 bungkus kulit Wantan
  • 1kilo dada ayam (4keping)
  • 1kilo isi udang
  • 4 sudu besar tepung jagung (anggaran)
  • 8 pokok daun bawang (potong halus/dadu)
  • 3 biji cili merah besar (potong dadu)
  • Sos ikan (sos nampla) ikut kemasinan sendiri.
  • Minyak bijan lebih kurang 3 sudu besar
  • Lada sulah
  • Sos tiram 5-6 sudu besar

Cara nak buat Wantan Goreng

  1. Campur semua bahan kecuali daun bawang & lada merah.
  2. Kisar semuanya sampai sebati.
  3. Masukkan daun bawang & lada tadi.
  4. Gaul rata & rasa masinnya.
  5. Kulit Wantan disapu air ditepi sekelilingnya.
  6. Letak inti di tengah & bentukan ikut kreativiti masing-masing.
  7. Goreng dalam minyak yg banyak macam goreng popiah simpul.

Sumber: Norhayati Yusoff dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Inti Wantan Goreng

Bahan-bahan

  • 1 kpg isi ayam (dada) cincang halus
  • 1 biji bwg holland (potong dadu)
  • 1/2 btg lobak merah
  • 1 sk minyak bijan
  • Sedikit lada sulah / lada hitam
  • Sedikit garam & perasa
  • Sedikit tepung jagung
  • Kulit wantan (readymade)
  • Air (sebagai gam)

Cara nak buat Inti Wantan Goreng

  1. Campurkan semua bahan diatas sampai sebati dan perap selama 20min untuk pastikan rasa dalam dah serap dalam isi ayam.
  2. Sediakan kulit wantan & isikan inti tadi kemudian ambil air untuk lekatkan balutan kulit wantan.
  3. Siap semua boleh terus goreng / frozen kan.

Sumber: Nurul Izzaty dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Dumpling Wantan Goreng

Bahan-bahan

  • 200 g undang d potong halus
  • 100 g sotong d potong halus
  • 1 biji lobak d parut
  • 1 sudu teh gula
  • Lada putih
  • garam / kiub ayam
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji telur
  • 4 sudu tepung kanji/ gandumt
  • Kulit wantan

Cara nak buat Dumpling Wantan Goreng

  1. Gaul semua bahan kemudian bungkus di atas kulit wantan dan goreng.

Sumber: Sitti Rukkiah Ambotang dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Semoga anda mendapat sedikit idea masakan untuk perkongsian kali ini.

Jemput lihat juga resepi mee wantan ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment