4 Resepi Cream Cheese (Dengan Pelbagai Versi)

Cream cheese adalah bahan asas untuk membuat kek keju, kalau nak diikutkan cream cheese ini agak mahal dekat luar. Jika anda mempunyai kemahiran membuat kek, jom buat sendiri resepi cream cheese ini.

Jom kita try!

1. Resepi Cream Cheese Frosting

Bahan-bahan

  • 250g cream cheese
  • 5 sb susu pekat manis
  • 1 1/2 cawan non dairy whip cream

Cara nak buat Cream Cheese Frosting

  1. Putar cream cheese dan susu hingga kembang.
  2. Masukkan whip cream dan putar sampai kental.

Sumber: Humaira Zulaikha Hamdan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Cheesekut

Bahan-bahan

  • Cream cheese 500g
  • Biskut lemak/cream cracker
  • Susu pekat 1 tin
  • Susu full cream ½ cawan
  • Topping (oreo/nestum)

Cara nak buat Cheesekut

  1. Satukan susu pekat dan cream cheese di dalam bekas.
  2. Kemudian putarkan menggunakan mixer/whisk susu pekat dan cream cheese tadi menjadi sebati.
  3. Setelah sebati adunan cream cheese tadi masukkan susu fullcream ½cawan, masukkan sedikit kemudian putar dan ulang sampai adunan menjadi tidak terlalu cair atau terlalu pekat. Sedang sedang sahaja.
  4. Sediakan bekas untuk celup biskut.
  5. Tuang susu full cream kedalam bekas yang senang untuk dicelup dan angkat biskut. Bekas tidak terlalu kecil.
  6. Celup-celup biskut bagi semua permukaan kena susu. Celup dan terus angkat ye. Jangan biarkan terlalu lama celup biskut dalam susu. Nanti biskut lembik.
  7. Susun biskut yang telah dicelup tadi di dalam bekas yang bersih.
  8. Dah susun biskut cantik-cantik. Curah cream cheese yang kita putar tadi. Biar nampak tenggelam biskut. Gelekkan bekas supaya cheese tadi mengalir ke semua bahagian.
  9. Dah rata cheese tadi. Boleh taburkan topping anda.
  10. Ulang balik celup biskut dan susun cantik. Selepas itu tuang cream cheese dan tabur topping..

Sumber: Faraain Jamaludin II dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Puteri Ayu Coklat Cheese

Bahan-bahan

Bahan cheese

  • 250g cream cheese
  • 2 sdb tpg gandum
  • 1 biji telur
  • 80g gula kastor
  • 25ml susu full cream (nk guna susu cair pun bleh)

Bahan kering (ayakkan)

  • 1 1/4 cwn tpg gandum
  • 1 sdk baking powder
  • 1 sdk soda bikarbonat

Bahan blend

  • 1 cwn minyak jagung
  • 1 cwn susu pekat
  • 1 cwn susu full cream (nk guna susu cair pun boleh)
  • 1 sk ovallete
  • 1 cwn cocoa powder
  • 1/2 cwn gula kastor
  • 3 biji telur kalau gred c tambah 1 biji lagi
  • Garam secubit

Cara nak buat Puteri Ayu Coklat Cheese

Bahan cheese

  1. Blendkan adunan sempai halus, masukkan adunan dlm acuan kuih puteri ayu yang dah disapu minyak masak lebih kurang separuh acuan sahaja, kukus selama 3-5 minit dengan api sederhana.
  2. Dah ayak, boleh masukkan bahan ayak ke dalam bahan blend, then blend lagi sampai halus dan sebati tapis adunan dan masukkan dalam acuan yang ada cheese tadi kukus 10-15 minit.

Sumber: Nurul Ijlah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Light Cheese Cake

Bahan-bahan

Bahan A

  • 125gram cream cheese
  • 200ml susu segar
  • 70gram butter
  • 2biji kuning telur (Gred A)
  • sedikit esen vanilla
  • 70gram tepung gandum (AYAK)

Bahan B

  • 2biji putih telur (Gred A)
  • 70gram gula halus

Cara nak buat Light Cheese Cake

  1. Satukan susu segar + cream cheese gunakan api perlahan sahaja untuk cairkan cheese kacau guna whisk dah sebati tutup api masukkan butter kacau sampai cair ketepikan .
  2. Ambil bekas berisi putih telur mix sampai berbuih kasar masukkan gula halus sikit mix sampai ‘SOFT PEAK’ dan ketepikan .
  3. Ambil telur kuning + esen vanilla mix 1minit masukkan adunan cream cheese (GUNA WHISK) dah sebati masukkan tepung gandum kacau slow perlahan.
  4. Masukkan meringue sikit-sikit kaup balik sahaja .
  5. Bakar guna teknik WATER BATH @ BAIN MARIN bakar ikut suhu oven masing-masing, atau bakar 160c 55minit .
  6. Guna loyang saiz 6/7.
  7. Bila kek dah masak keluarkan dari oven biar kek sejuk baru keluarkan dari loyang nanti keliling kek akan renggang sendiri.
  8. Teknik waterbath@bain marin bakar kek guna dua loyang, 1 loyang ada adunan kek lagi 1 loyang besar sedikit berisi air panas.

Sumber: Cik Syilah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Nak buat cream cheese memang sukar, tapi kalau anda ikut langkah dalam resepi yang kami kongsikan pasti jadi.

Jom semak juga resepi choc ganache topping untuk kek coklat ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment