Nasi Goreng USA adalah sejenis hidangan nasi goreng di Malaysia. Nama “USA” dalam hidangan ini bukan merujuk kepada Amerika Syarikat, tetapi merupakan singkatan bagi Udang, Sotong, dan Ayam, yang merupakan bahan utama dalam hidangan ini. Nasi Goreng USA biasanya disertakan dengan telur mata dan ditambah dengan sayur-sayuran seperti kacang panjang atau sawi.

Bahan-bahan utama untuk nasi goreng USA termasuk nasi putih, udang, sotong, ayam, cili kisar, bawang putih, bawang merah, dan sos seperti sos tiram dan sos ikan. Nasi digoreng bersama bahan-bahan ini sehingga semuanya masak sebati dan ditambah dengan daging masak merah yang dimasak dengan sos cili, sos tomato, dan bahan perasa lain untuk memberi rasa pedas manis yang khas.

Nasi Goreng USA sesuai dihidangkan sebagai hidangan utama, terutama pada waktu makan tengah hari atau makan malam. Ia juga menjadi pilihan popular di kedai-kedai makan dan restoran, terutamanya di restoran yang menyajikan masakan panas ala Tomyam.

1. Resepi Nasi Goreng USA Mudah

Bahan-bahan

  • Nasi putih 4 cawan
  • Isi ayam, udang, sotong
  • Sayur kangkung
  • Cili padi secukupnya diketuk dahulu

Bahan tumis

  • 4 sudu besar ibu sambal (optional)
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • 3 sudu besar cilikisar atau ciliboh
  • 3 sudu besar sos cili SAJI Malaysia
  • 4 sudu besar sos tiram
  • kicap manis secukupnya
  • 1 kecil serbuk lada sulah
  • 1 biji telur
  • Garam, gula, secukup rasa

Cara nak buat Nasi Goreng USA Mudah

  1. Tumis bawang hingga layu masukkan cili kisar tumis lagi hingga pecah minyak dan masukkan telur biarkan hampir masak baru kacau rata.
  2. Masukkan bahan tumis yang berbaki satu persatu sambil kacau terakhir masukkan ayam, udang, sotong gaul rata dan kecilkan api reneh sekejap hingga udang hampir masak.
  3. Masukkan nasi, kangkung dan kacau sebati dan siap.

Sumber: Aisyah Humaira dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Nasi Goreng USA Daging Merah

Bahan-bahan

Nasi Goreng Merah

  • 3 cwn nasi
  • 3 biji bwg putih (ditumbuk)
  • 1 sb cili kisar
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb sos ikan
  • 2sk garam
  • 1 sk gula
  • 1/2 sk ajinomoto
  • Sedikit sayur campur
  • 1 biji telur

Daging Masak Merah

  • 300gm hirisan daging rebus
  • 1 mangkuk air
  • 3 biji bwg putih (dicincang)
  • 5 tangkai Cili api
  • 1 sb cili kisar
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb sos tomato
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb sos ikan
  • 3 helai sayur kailan
  • 1/2 btg lobak merah
  • 1/2 biji bwg holland

Cara nak buat Nasi Goreng USA

Nasi Goreng Merah

  1. Tumis bawang putih sehingga keperangan. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan campuran sos. Kacau rata.
  3. Masukkan sayur campur & perasakan dgn garam,gula dan ajinomoto.
  4. Masukkan nasi sejuk. Kacau sebati.
  5. Pecahkan telur. Kacau sehingga masak & kacau sebati dgn nasi. Dah siap.

Daging Masak Merah

  1. Tumiskan bawang putih &cili api dgn sedikit minyak sehingga keperangan.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan campuran sos.
  4. Masukkan hirisan daging & air @air rebusan daging
  5. Masukkan sayur yang digemari. Kacau seketika. Sekiranya pekat,tambahkan air.

Sumber: Noor Hasliana Hashim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Nasi Goreng USA Ala Kedai Siam

Bahan-bahan

Resepi nasi goreng

  • Nasi putih 2 mangkuk
  • 3 ulas bwg putih ketuk
  • Bwg holland Hiris
  • Cili api ketuk
  • Cili boh
  • Sos tiram
  • Nampla@sos ikan
  • Telo Sebiji
  • Pak coy@sawi cina

Resepi daging masak merah

  • Daging dipotong kiub direbus dgn pewarna merah@sirap ros
  • 3 ulas Bwg putih ketuk
  • 5 tangkai cili api ketuk
  • Sbiji Bwg Holland Hiris
  • Setangkai cili merah Hiris
  • cili paste
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Nampla@sos ikan
  • Gula

Cara nak buat Nasi Goreng USA Ala Kedai Siam

Resepi nasi goreng

  1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih dan bawang holland, cili api dan kacau
  2. Masukkan cili boh tumis sampai cili masak masukkan sos tiram dan nampla pecahkan telur.
  3. Masukkan nasi kacau rata api bagi besar dan masukkan sawi kacau rata. Tutup api.

Resepi daging masak merah

  1. Daging selesai direbus. Goreng seketika untuk garingkan sekeliling daging. Kemudian hiris nipis dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak masukkan bawang putih masukkan cili paste tumis sampai cili masak dan masukkan sos tiram gaul rata masukkan sos cili dan nampla@sos ika kacau rata.
  3. Masukkan daging yg dihiris tadi tambah air sikit jika pekat sangat perasakan dengan gula dan gaul rata.
  4. Last masukkan cili api,cili merah hiris serta bawang holland hiris kaup skali dua. Tutup api.

Sumber: Emee Sham dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Nasi Goreng USA Daging Tetel

Bahan-bahan

Nasi goreng

  • Bawang putih seulas (ketuk/tumbuk)
  • Telur sebiji
  • Nasi (1 orang makan)
  • Cili padi 3biji diketuk
  • Sayur (ikut je nak letak sayur apa, saya letak kailan dan carrot)
  • Kicap sotong
  • Perasa

Daging masak merah ala thai

  • Daging tetel (direbus dan dipotong, nak letak pewarna merah pun boleh)
  • Halia setengah inci (ketuk/tumbuk)
  • Bawang putih 2 ulas (ketuk/tumbuk)
  • Cili kering blend 1 sudu makan
  • Sos cili 2 sudu makan
  • Sos labu 1 sudu makan (optional)
  • Kicap sotong 1 sudu makan
  • Sos tiram setengah sudu makan
  • Bawang holland 1/4 biji (dipotong)
  • Cili padi 3 biji (diketuk)
  • Daun limau purut 3 helai (dicarik, buang urat tengah)
  • Perasa

Cara nak buat Nasi Goreng USA Daging Tetel

Nasi goreng

  1. Masukkan sedikit minyak, tumis bawang putih separa masak tolak tepi kuali, pecah sebiji telur dan kacau laju jadi macam scramble egg hancur.
  2. Selepas itu masukkan nasi dan gaul, terus masukkan sayur dan cili, serta kicap sotong sedikit dalam 3 renjis kicap sotong masin biasanya saya dah tak letak garam kalau suka aji, letak aji.. gula letak hujung sudu teh sahaja.

Daging merah ala thai

  1. Masukkan sedikit minyak, tumis halia dan bawang putih separa masak masukkan cili blend, tumis sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan sos cili, sos labu, kicap sotong, sos tiram dan gaul.
  3. Selepas itu masukkan daging serta bawang holland, cili padi dan daun limau purut letak air sedikit dalam 3 sudu makan kemudian last masukkan perasa setelah didih, tutup api dan siap.

Sumber: Nurul Amira Mukhtar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Apa Idea Hidangan Selain Nasi Goreng USA?

Selain Nasi Goreng USA, terdapat hidangan nasi goreng lain yang boleh disediakan dengan menggunakan bahan-bahan dan rempah yang berbeza iaitu Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Pattaya dan Nasi Goreng Cina. Nasi Goreng Kampung dimasak dengan cara nasi digoreng dengan rempah seperti cili padi, bawang merah, bawang putih, dan belacan, serta bahan-bahan seperti isi ayam, udang, dan sayur-sayuran.

Nasi Goreng Pattaya juga merupakan pilihan yang menarik, di mana nasi digoreng dengan sos tomato dan bahan-bahan seperti daging, udang, dan sayur-sayuran, kemudian dibungkus dengan telur dadar yang nipis. Nasi Goreng Cina pula menggunakan bahan-bahan seperti cili boh, bawang putih, dan sayur-sayuran seperti sawi dan lobak merah, memberikan rasa yang berbeza daripada nasi goreng tradisional.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply