Jika anda mencari menu masakan western yang mudah nak buat, apa kata anda cuba resepi spaghetti aglio olio ini. Bahan yang digunakan pun mudah. Bahan utama spaghetti ini adalah makanan seafood seperti udang dan sotong. Untuk anda yang sibuk dan inginkan resepi berkhasiat baca resepi ini sampai habis.

Jom kita try!

1. Resepi Spaghetti Aglio Olio Seafood

Bahan-bahan

  • Spaghetti sebungkus (rebus letak minyak dan sedikit garam)
  • Udang + sotong (goreng dan asingkan)
  • Bawang putih 4-5 ulas – slices
  • Bwg Holland sebiji
  • Brokoli – rebus sekejap
  • Carrot di parut – rebus sekejap
  • Button mushroom – slices
  • Cili kering 2-3 potong serong
  • Kiub ayam 1 pcs
  • Garam
  • Chili flakes 2 sudu besar
  • Lada hitam 1 sudu besar
  • Oregano 2sb

Cara nak buat Spaghetti Aglio Olio Seafood

  1. Tumis bawang putih dan bawang holland,
  2. Dah garing masukkan kiub ayam, kacau dan masukkan semua bahan kacau sekejap masukkan chili flakes, lada hitam, oregano, garam secukup rasa. Kalau tak nak dry sangat masukkan 1/2 cawan air rebusan spaghetti tadi. Kacau dan angkat.
  3. Siap.

Sumber: Nazri Mat Zain dari Masak Apa Hari Ni(MAHN)

2. Resepi Spaghetti Aglio Olio Mudah

Bahan-bahan

  • Bawang besar didadu
  • Bawang putih dicincang
  • Serbuk paprika
  • Parsley kering dan segar/daun ketumbar
  • Chili flakes
  • Spaghetti yang telah direbus dan toskan
  • Butter
  • Udang (saya buang kepala dan kulit)
  • Satu cawan air rebusan spaghetti
  • Kiub ayam
  • Sedikit garam jika suka

Cara nak buat Spaghetti Aglio Olio Mudah

  1. Panaskan butter masukkan bawang kacau hingga garing masukkan udang dan kacau.
  2. Masukkan paprika, chili flakes letakkan sedikit demi sedikit air rebusan dan masukkan perasa.
  3. Dah siap taburkan daun parsley segar dah siap.

Sumber: Niza Zaini dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Spaghetti Aglio Olio Meriah

Bahan-bahan

  • 1 paket spaghetti
  • 10-15 ekor udang
  • 5-6 ekor sotong
  • Bawang holland
  • Bawang putih 4 ulas
  • 1 sudu chili flakes
  • 1 sudu lada hitam
  • 3 sudu serbuk oregano/italian herbs
  • 1 kiub ayam
  • Tomato ceri
  • Capsicum
  • Cendawan shitake

Cara nak buat Spaghetti Aglio Olio Meriah

  1. Mula-mula, rebuskan spaghetti bersama 1 sudu olive oil dan toskan. Simpan sikit air rebusan untuk digunakan kemudian.
  2. Dalam kuali yang yang lain, masukkan olive oil, tumis bawang putih dan bawang holland yang telah dihiris.
  3. Kemudian masukkan udang dan sotong. Masak sekejap. Dan masukkan pula sedikit air rebusan spaghetti tadi.
  4. Seterusnya, masukkan 1 sudu serbuk chili flakes, serbuk lada hitam, serbuk oregano@italian herbs dan 1 kiub ayam. Masak seketika.
  5. Masukkan cendawan shitake biar sekeja dan boleh masukkan spaghetti dan capsicum gaul rata. Last sekali masuk tomato ceri. Gaul sehingga rata. Okay dah siap.

Sumber: فاءيده عبدالجميل dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Spaghetti Aglio Olio Berapi

Bahan-bahan

  • 1/4 kotak spagetti
  • 9biji bwg putih (dadu)
  • Cili padi ikut suka (dadu)
  • 5sdm Minyak zaitun
  • Dada ayam
  • 1cmt serbuk cili @ paprika
  • 1sdm chilie flakes
  • 1cmt black pepper
  • 2sdm parmesen cheese
  • Garam secukup rasa
  • Daun ketumbar

Cara nak buat Spaghetti Aglio Olio Berapi

  1. Bersihkan isi ayam basuh dan potong dan toskan.
  2. Didihkan air dan masukkan spaghetti. Rebus selama 7-10Minit. Dan toskan ketepikan dulu.
  3. Panaskan sedikit minyak zaitun tumis isi ayam bersama serbuk paprika+garam secukup rasa. Jangan lama sangat nanti isi ayam kecut. Angkat dan ketepikan dulu.
  4. Dalam kuali yang sama tambah minyak zaitun kemudian tumiskan bawang putih+cili, flakes+black pepper+cilipadi. Kemudian masukkan spaghetti gaul rata.
  5. Masukkan isi ayam tadi gaul rata kemudian perisakan dengan garam secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan parmesan cheese dan daun ketumbar kemudian gaul kejap dan siap.

Sumber: Fiza Mh dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Mudah kan nak buat resepi ini. Paling penting sedap.

Jom semak juga resepi western macaroni cheese ini.

Selamat mencuba

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply