Siapa sahaja yang tidak suka dengan dadih, boleh dikatakan ramai yang gemar dengan dadih. Makan pula bila sejuk memang sampai ke tekak rasanya. Kini semua orang boleh buat dadih, tak susah pun nak buat, bahan pun tak banyak. Kami nak kongsikan resepi dadih dengan pelbagai versi untuk rujukan anda.
Jom kita try!
1. Resepi Double Chocolate Dadih Indulgence
Bahan-bahan
- 2500ml air
- 500ml susu sejat
- Susu Pekat Manis – 1 tin
- Gula – 150gram
- 50gram White Chocolate
- Serbuk Dadih Coklat – 1 paket
- 50gram Milk/Dark Chocolate
Bahan topping
- 100gram Milk/Dark Chocolate
- 50gram susu Full Cream
Cara nak buat Double Chocolate Dadih Indulgence
- Masukkan air, susu sejat, dan susu pekat manis.
- Didihkan.
- Masukkan White Chocolate.
- Tutup api.
- Masukkan serbuk dadih coklat dan kacau rata.
- Masukkan Milk/Dark Chocolate.
- Sejukkan seketika sebelum masuk bekas.
- Untuk buat topping panaskan susu full cream.
- Masukkan Dark/Milk Chocolate kacau sekata.
- Sejukkan dan makan.
Sumber: Ezniey Hayy dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Dadih Mangga
Bahan-bahan
- 1liter air
- Agar2 20g dibahagi 3 (letak 1bahagian)
- Gula
- Garam
Cara nak buat Dadih Mangga
- Masak sampai agar-agar hancur.
- Dah hancur barulah letak susu full cream 1liter. Tunggu dia meruap padamkan api tak perlu sampai gelegak nanti susu tak cantik.
- Isi dalam bekas dan bekukan dan bole letak topping atas dadih.
- Topping campurkan mangga yang dipotong dadu dan sunquick perisa mangga.
Sumber: Yang Ku Rodzmah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Dadih Susu
Bahan-bahan
- 5 gelas air (1250ml, kalau nak lembik boleh letak 1500ml)
- 1 tin susu pekat
- 1 tin susu cair
- Stgh sudu kecik garam
- Sekeping asam keping saiz kecik
- Serbuk agar2 10gram
Cara nak buat Dadih Susu
- Campur semua bahan kecuali serbuk agar-agar dan pansakan.
- Bila dah mndidih, letak serbuk agar-agar.
- Agak dah sebati, boleh tuang dalam acuan.
Sumber: Ada Suhaq dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Dadih Teh Tarik Extra Kaw Vanilla Cincau
Bahan-bahan
- 1 paket dadih segera perasa vanilla
- 6 uncang teh
- 1 paket cincau (cincang halus)
- 1 Sudu brown sugar/ gula biasa
- 1 tin susu cair
- 3 sudu susu pekat
- 3L air (sukatan boleh guna botol air mineral 1.5L )
- 3 cubit garam (untuk bagi rasa lemak)
Cara nak buat Dadih Teh Tarik Extra Kaw Vanilla Cincau
- Rendam uncang teh dengan segelas air panas selama 15-20 minit. Untuk bagi warna betul-betul pekat. Selepas itu bancuhkan dengan 3 sudu susu pekat.
- Masak air dalam periuk , masukkan susu cair, gula perang dan juga bancuhan teh tadi. Warna teh terpulang ingin pekat atau tidak. Masukkan 3 cubit garam dan gaul sebati dan masukkan cincau.
- Bila semua sudah sebati masukkan serbuk dadih dan kacau hingga sebati. 5 minit lepas tu tutup api dan boleh masukkan dalam bekas dadih.
- Masa cair ni rasa dia agak manis sedikit. Tapi bila dah keras rasa manis akan kurang sedikit
Sumber: Illyani Mokhtar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Senang kan untuk buat dadih? Aktiviti membuat dadih juga sesuai dibuat bersama anak-anak pasti menyeronokkan!
Jom semak juag resepi air cocktail ini.