Kalau anda mencari kudapan untuk diri sendiri dan anak-anak, jom cuba resepi bebola ketam ini. Tekstur yang rangup dan berkrim pasti membuatkan anak anda teruja untuk makan. Makan pula bersama mayonis dan sos cukup sempurna!
Jom kita try!
1. Resepi Bebola Ketam Rangup Berkrim
Bahan-bahan
- Ketam stik – 1bungkus
- Susu UHT – 1cawan
- Butter – 3sb
- Bawang merah – 4ulas
- Daun bawang – 1ikat
- Tepung gandum – 3sb
- Serbuk lada hitam – 2sk
- Serbuk lada putih – 2sk
- Telur ayam – 2biji
- Bahan perasa secukupnya
Cara buat Bebola Ketam Rangup Berkrim
- Racik ketam stik sehingga halus.
- Hiris halus daun bawang dan bawang merah, lalu satukan dengan ketam stik tadi.
- Masukkan serbuk perasa, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih.
- Sebatikan kesemua bahan (ketepikan).
- Panaskan kuali untuk mencairkan butter, setelah butter cair. Masukkan susu UHT. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau sehingga pekat.
- Bila dah pekat, masukkan bahan 1. Gaul lagi sehingga betul betul sebati.
- Masukkan kedalam peti sejuk selama 20 minit (mudah untuk di bulatkan nanti).
- Setelah bahan sejuk, bulatkan. Kemudian salutkan dengan tepung gandum.
- Lalu celupkan kedalam telur ayam, kemudian salutkan dengan serbuk roti. Ulang celup lagi ke dalam telur dan serbuk roti untuk salutan yang lebih tebal dan cantik.
- Gorengkan hingga keemasan dengan api sederhana.
Sumber: Hasni Usman
2. Resepi Creamy Crab Croquette
Bahan-bahan
- Isi ketam
- 1biji bawang holland bahagi 2 untuk tumis butter dan tumis isi ketam
- 2 pokok Daun ketumbar
- 1/4 Butter
- 2 sudu Tepung gandum
- 1/2 Cawan Susu full cream
- 3 biji Telur B
- Serbuk roti
- Cili flakes
- Garam
- 1 sudu lada hitam
Cara buat Creamy Crab Croquette
- Carik-carikkan isi ketam, masukkan dalam mangkuk, letak bawang merah yang dipotong dadu dan hirisan daun ketumbar. Ketepikan seketika.
- Cairkan sedikit butter tumiskan isi ketam, daun ketumbar dan bawang holland agak layu masukkan garam, chili flakes dan
lada hitam dah sebati tutup api ketepikan. - Dalam kuali lain cairkan separuh butter sampai cair, masukkan tepung gandum dalam kacau sehingga pekat.
- Seterusnya masukkan pula susu full cream kacau hingga sebati dan betul pekat.
- Masukkan isi ketam yang kita tumis tadi gaul rata agak melekat elok @ sebati tutup api.
- Bentukkan isi ketam biar bulat.
- Untuk salutan goreng pecahkan telur buat 1 bekas telur dan 1 bekas serbuk roti.
- Kemudian celupkan bebola dalam telur dan celupkan pula dalam serbuk roti. Ulang sebanyak 2 kali celupan supaya bebola lebih padat dan tidak pecah.
- Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Kemudian baru gorengkan bebola tadi sehingga garing dan berwarna keemasan. Angkat dan hidangkan. Selamat mencuba.
Sumber: Shidah Asmuni dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
3. Resepi Creamy Crab Ball Crunchy
Bahan-bahan
- Crabstick-dicarik
- Daun bawang-potong kecil
- Bawang Holland-potong dadu
- Susu Full cream
- Butter
- Serbuk lada hitam
- Kiub ayam
- Tepung gandum
- Telur
- Breadcrumbs
Cara buat Creamy Crab Ball Crunchy
- Cairkan butter masukkan crabstick, daun bawang dan bawang holland. Kacau sebati.
- Masukkan serbuk lada hitam dan kiub ayam. Masak sampai layu dan ketepikan.
- Cairkan butter dan masukkan sedikit tepung gandum. Kacau seketika dan masukkan susu full cream. Kacau sebati sampai tepung tak berketul.
- Pastikan adunan sedikit pekat. Tuangkan adunan kedalam bekas berisi crabstick tadi. Kacau sebati.
- Bulatkan adunan. Salutkan kedalam tepung gandum, telur dan breadcrumbs.
- Panaskan minyak dan goreng sekejap. Tak perlu lama nanti pecah.
- Siap. Boleh dimakan bersama sos dan mayo. Kalau ada cheese sauce lagi sedap.
Sumber: Senz Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Golden Ball Ala Sushi King
Bahan-bahan
- Telur rebus
- Crab meat
- Mayonnaise
- Lada hitam/putih
- Tepung bestari
- Breadcrumbs
- Chicken stok powder atau garam
Cara buat Golden Ball Ala Sushi King
- Bancuh tepung bestari dengan air.
- Celup sebiji telur rebus yang dah dibuang kulit dalam batter tepung bestari dan golek dalam breadcrumbs.
- Goreng deep-fry sampai garing.
- Kukus crab meat lenyek guna garfu.
- Letak mayonnaise dan lada hitam/putih.
- Letak chicken stok powder dan garam.
- Gaul sebati adjust rasa.
- Potong telur bahagi dua letak crab meat tadi atas telur.
- Siap untuk dihidang.
Sumber: Nurul Amirah Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Jangan lupa resepi yang pernah viral ketika PKP ini, rugi jika anda tak cuba.
Jom semak juga resepi king crab resepi viral ini.
Selamat mencuba!