Kuih Getas adalah sejenis kuih tradisional Malaysia yang diperbuat daripada tepung pulut dan santan. Bahan-bahan asas yang diperlukan ialah tepung pulut, santan, gula pasir, garam dan minyak untuk menggoreng. Untuk bahagian salutan, gula kastor digunakan untuk memberi rasa manis.
Cara membuatnya adalah dengan menguli tepung pulut dan santan sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk. Doh kemudian dibentuk memanjang dan dipotong kecil, digoreng dalam minyak panas sehingga kekuningan. Selepas sejuk, kuih ini akan disalut dengan gula kastor.
1. Resepi Kuih Getas
Bahan-bahan
- Sebiji kelapa parut*
- Nasi 1 cwn blend dengan air sikit*
- 500g tpg pulut*
- 1/2 cwn tpg gandum*
- 1st garam*
- Sedikit air
- Gula
- Sedikit minyak
Sira
- 1/2cwn gula
- 5sm air
Cara buat Kuih Getas
- Satukan semua bahan bertanda* masukkan air sedikit dulu sampai adunan tak melekat pada tangan.
- Ambil sedikit minyak lumurkan pada tapak tangan untuk elakkan adunan melekat.
- Ambil adunan sebesar bola pingpong dan leperkan jangan terlalu nipis buat sampai habis.
- Panaskan minyak masukkan adunan yang dah dileperkan tadi api jangan besar sederhana sahaja goreng sampai kekuningan atau garing.
Sira
- Masak gula dan air sampai berbuih dengan api kecil.
- Boleh masukkan kuih getas tadi dan gaul sebati kena cepat gaul untuk bagi sekata siap.
Sumber: Hamizah Yatim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Kuih Getas Rangup
Bahan-bahan
- 1cwn tepung pulut
- 2sudu besar tepung gandum
- Setengah cwn kelapa parut
- Sikit garam
- Air untuk bancuhan
Bahan lain
- 3sudu besar gula
- Sikit air
Cara buat Kuih Getas Rangup
- Satukan semua bahan kecuali air gaul sebati dan tuang air sikit demi sikit.
- Uli sampai jadi doh dan boleh lah buat bentuk kesukaan masing-masing.
- Panaskan minyak dan goreng.
- Sebelum goreng doh yang dibentuk tadi harus dicucuk dengan garpu dahulu takut dia meletup.
- Dah goreng ketepikan.
Bahan lain
- Satukan gula dengan air dalam kuali masak sampai gula pekat dan jadi petali.
- Selepas itu tuang kuih yang digoreng tadi dan kacau sampai gula jadi bepalut.
- Siap angkat dah boleh dihidang.
Sumber: Masni Bahari dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Kuih Getas Cheese
Bahan-bahan
- 1 1/2 cawan tpg pulut
- 1/2 cawan tpg gandum
- 1 cawan kelapa parut putih
- 1 cawan cream cheese di lembutkan
- 1/2 cawan air
- Sedikit garam
- Minyak utk mengoreng
- Gula sira
- 1/2 cawan air masak
- 6 sudumakan gula pasir
Cara buat Kuih Getas Cheese
- Dalam mangkuk, satukan kesemua bahan KECUALI air.
- Gaul rata dan tambahkan air sedikit demi sedikit sambil menguli hingga mendapat doh yang lembut dan tidak melekit.
- Ambil doh besar mana yang diingankan, bentukkan lonjong dan tekan sedikit untuk leperkannya.
- Ambil garpu dan cucuk di permukaannya supaya masa kita mengorengnya nanti ia tidak meletup-letup buat sampai doh habis dan ketepikan.
- Panaskan minyak, dengan api sederhana goreng kuih getas hingga kekuningan angkat dan toskan.
- Untuk sira gula satukan gula dan air dalam kuali, dan masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga berbuih besar.
- Kemudian bertukar menjadi buih halus / kecil bolehlah masukkan kuih getas tadi.
- Kacau bagi rata lebih kurang 3 minit baru tutup api dan sambung mengacau sampai gula kering.
Sumber: Roha Hassan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Kuih Getas Mudah
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung pulut
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 biji kelapa parut
- Garam
- Air
Cara buat Kuih Getas Mudah
- Campur semua tepung, kelapa parut dan garam masuk air sikit gaul sampai boleh bentukkan.
- Bulatkan sebesar bola ping pong kemudian penyekkan.
- Goreng kekuningan.
- Kemudian boleh lah sira dengan gula pasir.
Sumber: LiaJane San dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Kuih Tradisional Lain Yang Popular?
Jika bercakap mengenaik kuih tradisional memang tidak terhitung banyaknya. Selain Kuih Getas, ada lagi kuih tradisional yang prosesnya hampir sama Kuih Getas iaitu digoreng. 5 diantara kuih tersebut adalah:
1. Kuih Siput
Kuih tradisional yang dibuat daripada tepung gandum, santan, dan telur. Doh akan dibentuk seperti siput menggunakan acuan khas, kemudian digoreng sehingga garing dan disalut dengan gula halus.
2. Kuih Ros
Sejenis kuih goreng yang dibuat daripada tepung gandum dan dibentuk menyerupai bunga ros menggunakan acuan khas. Digoreng sehingga keemasan dan ditabur dengan gula halus.
3. Kuih Loyang
Kuih tradisional yang dibuat menggunakan tepung beras, santan, dan telur. Diacu menggunakan acuan besi khas berbentuk bunga dan digoreng sehingga garing.
4. Kuih Karas
Kuih yang diperbuat daripada campuran tepung beras dan air. Doh dituang ke dalam acuan khas berbentuk jejala dan digoreng sehingga garing.
5. Kuih Kembang Goyang
Kuih tradisional yang dibuat daripada tepung beras, santan, dan telur. Menggunakan acuan khas berbentuk bunga, dicelup ke dalam minyak panas dan digoreng sehingga garing.