Mungkin ada yang jarang dengar burung wak wak. Tahukah anda burung ini boleh di makan dan di masak dengan pelbagai cara. Nak membeli burung ini melalui orang tengah, orang yang pandai menangkap burung ini. Kami nak kongsikan resepi burung wak wak ini.

Jom kita try!

1. Resepi Burung Wak Wak Goreng Kunyit

Bahan-bahan

Bahan A

  • Bwg besar 1 biji
  • Halia sebesar ibu jari (hiris)
  • Cili padi

Cara buat Burung Wak Wak Goreng Kunyit

  1. Burung diperap bersama serbuk kunyit & garam secukup rasa.
  2. Goreng macam biasa dah masak baru masuk bahan A.
  3. Makan dengan nasi panas & kicap.

Sumber: Effa AE dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Masak Lemak Cili Api Kentang Burung Wak Wak

Bahan-bahan

  • 5 Bahagian – Burung Wak Wak (dipotong dari 4 ekor selebihnya nak goreng buat ratah-ratah)
  • 1 Senduk – Cili api (siap dikisar)
  • 2 Biji – Bawang merah (siap dikisar)
  • 3 Ulas – Bawang Putih (siap dikisar)
  • 1 Kotak santan (saiz kecik) (guna santan MS)
  • 4 Biji kentang – belah empat
  • 3 Batang – Serai (dititik)
  • 2 Sudu – Jus lemon
  • 200 ml – Air
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit serbuk cukup rasa maggi
  • Sedikit garam

Cara buat Masak Lemak Cili Api Kentang Burung Wak Wak

  1. Didihkan air, masukkan bahan yang di kisar , serbuk kunyit, serai (dititik),
  2. Masukkan burung tutup periuk/kuali yang anda gunakan biarkan burung lembut isinya dan cili nampak.
  3. Masak dan buka setelah 10 minit.
  4. Masukan santan dan masukkan kentang.
  5. Masukkan jus lemon, serbuk cukup rasa maggi dan sedikit garam,
  6. Setelah kentang lembut tutup api.

Sumber: BondeZaidilifah.com

 

3. Resepi Burung Wak Wak Goreng

Bahan-bahan

  •  Potong bahagian leher untuk membuang kepalanya.
  •  Potong 1/2 sayap burung.
  • Potong bahagian kaki burung.
  •  Potong sedikit kulit luar di bawah leher. Cabut kulit burung dari bahagian yang dipotong.
  • Buang bulu-bulu yang berlebihan. Bersihkan dan basuh. Siap untuk dimasak.

Cara buat Burung Wak Wak Goreng

  1. Burung ni letak garam dan serbuk kunyit saja.
  2. Lepas tu goreng garing dalam minyak yang banyak. Tapi jangan sampai garing sangat sebab dagingnya akan liat dan keras.
  3. Rasanya manis-manis masin. Sedap betul diratah!

Sumber: Melinblossom

 

4. Resepi Burung Wak Wak Goreng Berempah

Bahan-bahan

  • 1ekor burung puyuh
  • {*}2 inci halia[**]
  • {*}2 biji bawang besar[**]
  • {*}6 ulas bawang putih[**]
  • {*}7 batang serai[**]
  • {*}1 1/2 sudu besar ketumbar (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
  • {*}1 1/2 sudu besar jintan manis (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
  • {*}2 tangkai daun kari dibersihkan dan diramas/dicarik
  • {*}1 sudu besar cili kisar
  • {*}sedikit serbuk kunyit
  • {*}garam secukupnya
  • {*}1 sudu gula
  • {*}3 sudu besar tepung jagung
  • {*}1 biji telor (dipukul dahulu)
  • {*}2 sudu besar rempah kari ayam

Cara buat Burung Wak Wak Goreng Berempah

  1. Burung dibersihkan setelah disalut dgn tepung gandum.
  2. Semua bahan yang ada tanda [**] dikisar dengan sedikit air lumat bersama ketumbar, jintan dan sehingga lumat.
  3. Dalam bekas satukan semua bahan kisar, serbuk kari, cili kisar, garam dan sedikit gula.
  4. Masukkan burung dan ramas daun kari sehingga sebati dan perap sehingga 1 atau 5 jam.
  5. Masukkan ke dalam peti sejuk. Sebelum goreng masukkan telur dan tepung jagung.
  6. Panaskan minyak kemudian perlahan api sederhana, masukkan puyuh.goreng sehingga masak.

Sumber: darahatiku.blogspot

 

Akhir kata

Bukan senang nak tangkap burung wak wak ini. Hanya yang pandai menangkap sahaja tahu.

Jom semak juga resepi ayam goreng kunyit pula.

Selamat mencuba!

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply