Telur burung puyuh adalah telur yang dihasilkan oleh burung puyuh, iaitu sejenis burung kecil dari keluarga Phasianidae. Telur ini bersaiz kecil, kira-kira sepertiga daripada saiz telur ayam biasa, dan mempunyai corak bintik-bintik coklat pada kulitnya.

Cara masak yang mudah ialah dengan merebus telur selama 3-4 minit dalam air mendidih. Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah telur puyuh dan air. Setelah direbus, kupas kulit telur dengan berhati-hati dan boleh dihidangkan terus atau dimasak dengan pelbagai cara seperti tumis atau kari.

1. Resepi Sambal Telur Puyuh

Bahan-bahan

  • 24 biji telur puyuh ~ rebus & kopek kulitnya (goreng dalam minyak)
  • 1 sudu kecil asam jawa extra
  • 2 senduk cili kisar
  • 1 biji bawang besar, hiris bulat
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar/tumbuk

  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Secubit belacan (optional)

Cara buat Sambal Telur Puyuh

  1. Telur digoreng hingga kuning sedikit, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan cili kisar & masak hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau sentiasa.
  3. Masukkan air asam jawa dan tambah garam & gula secukup rasa. Jika suka boleh masukkan serbuk perasa sikit.
  4. Masak hingga pekat. Tambah bawang besar dan telur puyuh yang sudah digoreng. Gaul rata, biar hingga bawang layu
  5. . Rasa dan jika rasanya ok bolehlah padamkan api & hidangan.

Sumber: Ida Zairi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Acar Rempah + Telur Burung Puyuh

Bahan-bahan

  • Timun
  • Karot
  • Lobak masin
  • Ikan bilis @ udang kering
  • Telur puyuh @ daging salai
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cuka
  • Gula
  • Garam
  • Gula
  • Pak aji
  • Kerisik
  • Rempah acar cap ibu
  • Rempah ratus 3 sekawan

Cara buat Acar Rempah + Telur Burung Puyuh

  1. Tumis rempah ratus kemudian masuk halia, bawang besar, bawang putih, rempah acar, ikan bilis @ udang kering dan kerisik. Tumis sehingga naik bau.
  2.  Masukkan timun, karot, cili merah, lobak masin, cili hijau, bawang besar ( potong 4).
  3. Jauh sampai rata masukkan gula, garam, pak aji, cuka dan gaul.
  4. Kemudian masukkan telur puyuh @ daging salai.
  5.  Gaul rata kemudian siap dihidang.

Sumber: Asniey Fazer dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Telur Puyuh Berlado

Bahan-bahan

  • Telur puyuh (rebus dan goreng letak tepi)
  • Ikan bilis (goreng letak tepi)

Bahan untuk blender kasar

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili hidup
  • Cili padi

Cara buat Telur Puyuh Berlado

  1.  Tumis bahan blender. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa
  2.  Da nampak naik minyak dan bertukar warna. Masukkan sos cili dan sos tiram.
  3. Masukkan telur puyuh dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Siap.

Sumber: Hazmi Rahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Telur Puyuh Berempah

Bahan-bahan

  • Telur Puyuh 40 biji
  • Kayu Manis 1 batang(kecil)
  • Bunga lawang 1 biji
  • Buah pelaga 2 biji
  • Bawang merah 3 ulas (dihiris atau tumbuk)
  • Bawang putih 3 ulas (dihiris atau ditumbuk)
  • Halia (dihiris atau ditumbuk)
  • Serai 1 batang dikatok
  • Daun kari 2 tangkai
  • Rempah Kari daging 6 sudu besar
  • Air masak 1 cawan
  • Minyak untuk menumis
  • Garam, perasa Knorr@maggi@tumix

Cara buat Telur Puyuh Berempah

  1. Telur direbus dan dikopek kulitnya setelah masak.
  2. Bancuhkan rempah daging bersama air putih dan gaulkan sebati (ketepikan dulu).
  3. Panaskan minyak masak dan masukkan serai, daun kari, bawang putih, bawang merah, halia, kayu Manis, bunga cengkih, buah pelaga.
  4. (Setelah bahan atas sudah masak dan naik bau masukkan, rempah kari daging yang dah dibancuh dengan air tadi, dan masak sehingga pecah minyak (api perlahan ,dan kacau dgn senduk selalu agar rempah tidak hanggit dan masak dengan betul.Baru terbitnya pecah minyak)
  5. Kalau nak berkuah sedikit (masukkan sedikit air) masakan berempah hendaklah pekat.
  6. Perasakan dengan garam dan secukup rasa.
  7. Dan baru letak telur puyuh yang direbus dan dikopek kulitnya gaul sebati dan boleh dihidang dgn nasi panas atau roti.

Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Menu Mudah Bagi Telur?

Selain Telur Burung Puyuh, telur juga boleh dimasak secara mudah. 5 masakan telur mudah seperti dibawah:

1. Telur Masin

Telur masin adalah telur itik yang diawet dalam campuran garam dan rempah. Bahan yang diperlukan ialah telur itik segar, garam kasar, dan air. Cara membuatnya ialah dengan merendam telur dalam campuran air garam selama 15-20 hari sehingga masak.

2. Telur Mata

Telur mata atau telur separuh masak dibuat menggunakan telur ayam. Bahan yang diperlukan hanya telur ayam dan air. Cara membuatnya ialah dengan mendidihkan air, kemudian masukkan telur dan masak selama 6-7 minit.

3. Telur Dadar

Telur dadar menggunakan telur ayam sebagai bahan utama. Bahan-bahan yang diperlukan ialah telur ayam, garam, dan minyak masak. Cara membuatnya ialah dengan memukul telur sehingga sebati, kemudian goreng dalam kuali dengan api sederhana.

4. Telur Pindang

Telur pindang adalah telur ayam yang direbus dengan kulit bawang dan daun teh. Bahan-bahan yang diperlukan ialah telur ayam, kulit bawang merah, daun teh, dan garam. Cara membuatnya ialah dengan merebus telur bersama semua bahan sehingga telur masak dan bertukar warna.

5. Scrambled Eggs

Scrambled eggs dibuat menggunakan telur ayam yang dikacau. Bahan-bahan yang diperlukan ialah telur ayam, susu, garam dan lada sulah. Cara membuatnya ialah dengan mengacau telur bersama susu, kemudian masak dalam kuali dengan api perlahan sambil dikacau sehingga masak.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply