Telur rebus ialah telur yang dimasak di dalam air mendidih sehingga mencapai tahap masak yang dikehendaki. Bahan-bahannya hanya memerlukan telur ayam dan air secukupnya untuk merendam telur.

Cara membuatnya mudah – masukkan telur ke dalam periuk berisi air sejuk, kemudian didihkan air tersebut. Setelah air mendidih, biarkan telur dimasak selama 3-7 minit bergantung pada tahap kemasakan yang diinginkan. Selepas itu, angkat telur dan rendamkan dalam air sejuk untuk menghentikan proses memasak.

1. Resepi Telur Air Asam

Bahan-bahan

  • Telur
  • Bawang, Lada cili
  • Gula, garam dan ajinomoto
  • Asam jawa

Cara buat Telur Air Asam

  1. Rebus telur dalam 5minit (buat separuh masak lagi sedap).
  2. Hiris bawang dan lada cili.
  3.  Buat air asam jawa.
  4.  Letak sikit gula dan garam dan ajinomoto (kalau suka).
  5. Dan tuang atas telur rebus yang dah dibelah dua.
  6. Biarkan dalam 5-10minit supaya kuah tu serap dalam telur.

Sumber: Mahfuzah Aidi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Telur Rebus Masak Kicap

Bahan-bahan

  • Telur 5 biji – di rebus hingga masak, di kupas kulit dan di goreng sekejap
  • 1 Ulas bawang besar * – hiris
  • 2 Ulas bawang putih * – cincang halus
  • 1 cm halia * – hiris
  • 2-3 sdb cili kering yang dah di blend *
  • 3 sdb minyak masak
  • 1 sdm sos tiram
  • 4 sdb kicap
  • Garam secukup rasa

Cara buat Telur Rebus Masak Kicap

  1. Panaskan kuali bersama minyak masak.
  2. Masukkan bahan bertanda *, tumis sehingga pecah minyak dan masak.
  3. Kemudian masukkan sos tiram, kicap dan sedikit air. Kalau pekat, tambahkan sikit lagi air.
  4. Biarkan seketika sehingga semua bahan tadi sudah sebati. Masukkan telur, gaul rata.
  5. Perasakan dan tutup api. Angkat dan hidang.

Sumber: No Or dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sambal Telur Rebus dan Ikan Bilis

Bahan-bahan

  • 6 biji telur (rebus dan goreng)
  • Segenggam ikan bilis
  • Cili kering 10 tangkai
  • bwg kecik 3 ulas
  • Bwg putih 2 ulas
  • Sedikit belacan
    (Semua di atas blend ya)
  • Sedikit air asam
  • Sedikit santan
  • Pati ayam seketul
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Sedikit daun kari
  • Sedikit daun bwg
  • Cili padi 6 biji
  • Cili merah1 biji
  • Sebiji bwg besar untuk hiasan

Cara buat Sambal Telur Rebus dan Ikan Bilis

  1. Tumiskan bahan-bahan yang di blend tadi sampai pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan ikan bilis, masak dalam 10 min kemudian masukkan air asam jawa, pati ayam, santan, gula dengan garam, masak sampai kuah pekat.
  3. Kemudian masukkan telur, bawang besar, daun kari, daun bawang ,cili padi dengar cili merah.
  4. Tutup api dah siap.

Sumber: Siti Fatimah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Paprik Telur

Bahan-bahan

  • Telur rebus (kopek dan goreng)
  • Carrot
  • Kacang panjang
  • Bwng besar potong 4
  • Daun limau
  • Cili blend
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Sos cili

Cara buat Paprik Telur

  1. Tumis cili blend sehingga garing, masukkan kicap manis, sos tiram dan sos cili.
  2. Dah sebati masukkan carrot, kcng panjang dan bawang besar. Gaul sekejap terus masukkan telur tadi.
  3. Last baru masukkan daun limau purut. Gaul sebati siap!

Sumber: Nur Aisya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Masakan Menarik Lain Bagi Telur

Selain direbus, telur juga boleh divariasikan sebagai hidangan lain. 5 cadangan hidangan telur adalah seperti berikut:

1. Telur Mata

Telur mata atau sunny side up adalah telur yang digoreng tanpa dikalih, di mana kuning telurnya masih dalam keadaan separuh masak. Cara memasaknya ialah dengan memanaskan sedikit minyak dalam kuali, pecahkan telur dengan berhati-hati dan masak sehingga putih telur mengeras.

2. Telur Dadar

Telur dadar dihasilkan dengan memukul telur sehingga sebati, kemudian digoreng dalam kuali rata dengan sedikit minyak. Telur akan dikembangkan menjadi nipis dan dimasak sehingga kedua-dua belah bahagian masak sepenuhnya.

3. Telur Separuh Masak

Telur separuh masak adalah sejenis telur yang dimasak sehingga putih telurnya masak tetapi kuning telurnya masih cair. Cara memasaknya ialah dengan mendidihkan air, kemudian masukkan telur dan masak selama 2-3 minit sahaja.

4. Telur Hancur

Telur hancur adalah telur yang dipecahkan terus ke dalam kuali dan dikacau semasa dimasak. Ia dimasak dengan menggunakan api sederhana sehingga telur masak sepenuhnya tetapi masih lembut.

5. Telur Kukus

Telur kukus adalah telur yang dimasak menggunakan kaedah mengukus. Telur dipecahkan ke dalam mangkuk kecil dan dikukus dalam pengukus sehingga masak. Cara ini menghasilkan tekstur yang lembut dan seragam.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply