Menu ayam goreng kunyit adalah paling simple nak buat bila tiada idea nak masak. Dimakan pula dengan hidangan sampingan seperti telur goreng dan sambal belacan cukup mengenyangkan. Jika anda mencari resepi ayam goreng kunyit yang sama macam di kedai, ini khas untuk anda.

Jom kita try!

1. Resepi Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan

  • Tepung jagung 2 sudu kecil
  • Tepung beras 2 sudu kecil
  • Serbuk kari daging 2 sudu kecil
  • Serbuk kunyit 2 sudu kecil
  • Bawang putih 3 ulas di tumbuk
  • Garam
  • Ajinamoto

Cara buat Ayam Goreng Kunyit

  1. Campur semua bahan letak air sikit gaul bagi rata.
  2. Perap dalam 15 minit goreng api sederhana.
  3. Boleh tambah sayur kacang panjang, carrot, bawang besar potong bulat cili besar yang ini terpulang.

Sumber: Lilinana dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM

 

2. Resepi Ayam Goreng Kunyit Ala Mat Rock

Bahan-bahan

  • Kepingan dada ayam- potong kecil
  • Letakkan kunyit (lebihkan)
  • Garam
  • Sedikit tepung jagung (untuk sedikit krup-krap), boleh juga letak sedikit tepung beras
  • Goreng dalam minyak yang banyak hingga sedikit garing.

Cara buat Ayam Goreng Kunyit Ala Mat Rock

  1. Masukkan terus hirisan bawang besar. Bawang putih, lada merah, kacang panjang dan carrot (potong panjang).
  2. Bila semua sudah masak, angkat dan toskan minyak.
  3. Makan bersama nasi panas bersama lada garam tumbuk (lada merah, cili padi, sedikit garam dan gula, perahan air limau) nak letak belacan pun boleh.

Sumber: Ereen Hadi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Ayam Goreng Kunyit Ala Kedai Thai

Bahan-bahan

  • Serbuk cabai 2sudu
  • Rempah kari 2sudu
  • Tepung jagung 2 sudu
  • Kiub pati ayam 1
  • Serbuk kunyit

Cara buat Ayam Goreng Kunyit Ala Kedai Thai

  1. Gaul perap 15minit goreng macam biasa.
  2. Letak sayur kacang buncis, carrot & bunga kubis.
  3. Last letak bawang holland & cabai melaka, siap.

Sumber: Nurul Shuhana Teyhana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Ayam Goreng Kunyit Berempah

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk Isi ayam dihiris kecil
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar rempah campur (ketumbar, jintan manis, jintan putih, biji sawi) optional
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 3 tangkai daun kari
  • Garam, serbuk perasa dan air secukupnya (air letak sedikit dahulu supaya pes tidak terlalu cair sambil gaul sebati)
  • Sayur: kacang panjang, bunga kubis dan bawang holland semua dihiris

Cara buat Ayam Goreng Kunyit Berempah

  1. Satukan semua bahan dan sebatikan.
  2. Goreng ayam macam biasa agak ayam dah hampir masak keluarkan lebihan minyak goreng dan bolehlah masukkan sayur goreng hingga sayur layu siap.

Sumber: Aisyah Humaira dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Walaupun resepi ini nampak simple tapi bila dah makan boleh bertambah nasi. Orang kata lauk simple pun dah cukup kan?

Jom semak jugak resepi kailan ikan masin lauk yang simple tapi padu.

Selamat mencuba!

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply