Satu ketika dahulu roti sarang lebah ini pernah viral dek kerana namanya yang unik. Kali ini kami bawakan kembali memori anda dengan perkongsian resepi roti sarang lebah ini. Roti ini enak dicicah bersama sos butterscotch atau mustard.
Jom kita try!
1. Resepi Roti Sarang Lebah By Diana
Bahan-bahan
Bahan A (roti)
- 1peket yis
- 1 cwn air suam
- 4 sdb gula
- 3 sdb susu pekat
Bahan B
- 3 Sdb marjerin
- 1 biji telur
- 3 cwn tepung high protein
- 1cwn tepung gandum
Bahan sapuan atas roti
- Susu kotak 6sdb + kuning telur
Sos butterscoth
- 1cwn gula perang
- 1cwn air (kurangkan sikit)
- stgh cawan whipping cream@susu cair
- 3sdb marjerin
- secubit garam
- 1sdk esen vanilla
Cara buat Roti Sarang Lebah By Diana
- Satukan bahan A, kacau, biarkan yis naik berganda.
- Sementara tunggu yis, satukan tepung gandum dan high protein, masukkan telur dan marjerin.
- Ramaskan tepung macam serbuk roti.
- Bila yis dah naik, masukkan bahan A ke dalam bahan B. Uli sampai lebam.
- Uli sampai cantik kalau kurang air tambah air suam sikit, atau kalau kurang tepung tambah tepung sikit.
- Biarkan doh naik berganda dalam 30minit.
- Bila dah naik doh, tumbukkan biar keluar angin.
- Boleh uli semula dan bulatkan.
- Nak cntik bulatkan dalam bekas aluminum atau loyang setiap satu doh kecik 20gm dan biarkan naik lagi dalam 15minit.
- Sapu telur+ susu atas roti hias dengan kuaci, black sesame, atau bijan.
- Bakar pada suhu 170 20minit. Ikut oven masing-masing.
Sos butterscoth
- Masukkan air dan gula dalam kuali sampai gula larut dan didih.
- Masukkan marjerin dan esen vanilla.
- Dah larut, masukkan whipping cream atau susu cair tadi, secubit garam.
- Kacau sampai dah jadi pekat.
- Boleh adjust kemanisan.
Sumber: Nurdiana Amiruddin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Asas Doh Roti Sarang Lebah
Bahan-bahan
- Basic doh roti (bole buat mcm2 jenis roti)
- 1 kilo tpg roti
- buttercup 117 gram
- Telur 2 biji size B
- Bread softner stgah sudu bsr
- Bread improver 1 sudu teh
- *Air 450 gram(guna air suam)
- *3 sudu besar yis kering
- *Gula pasir@gula kastor 3 sudu bsr
- *Susu pekat manis 5 sudu bsr
Cara buat Asas Doh Roti Sarang Lebah
- Masukkan bahan * ke dalam mesin penguli@bread maker gaul sekejap bahan*bagi gula larut masukkan telur sekali.
- Biarkan yis naik kejap dalam 5 minit.
- Okey dah 5 minit masukkan bahan yang lain, uli sampai doh tidak melekat doh akan jadi cantik licin (uli dalam setengah jam lagi lama uli lagi bagus).
- Dah siap tutup doh biarkan naik 2X ganda tumbuk keluarkan angin uli sikit bagi doh licin lagi bagus baru dapat doh roti yang gebu.
- Dah siap boleh potong doh timbang ikut banyak mana.
- Rehatkan doh bagi naik sementara doh naik panaskan oven suhu.
- Doh tadi sebelum bakar sapu kuning telur yang di campur susu cair 3 sudu besar untuk bagi kilat bilah bakar.
Sumber: Khairiah Zin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Roti Sarang Lembut Sangat
Bahan-bahan
- 500 gm tepung roti.
- 80 gm marjerin pelangi
- 60 gm gula
- 2 biji telur
- 1/2 sk garam
- 11gm mauripan
- 5 gm bread improver. 10 gm KFine.
- 200 gm air ais sejuk# betul2 sejuk ..
Cara buat Roti Sarang Lembut Sangat
- Satukan semua bahan uli guna mixer 20 minit sampat elastik.
- Boleh la uli guna tangan.
- Bakar Suhu 150,25-30 minit, selamat mencuba.
Sumber: Suzana Nurin Iham dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
4. Resepi Roti Sarang Lebah
Bahan-bahan
- 500 gm tepung roti
- 40 gm gula kaster
- 1/2 st garam
- 11 gm/1 paket yis
- 1 biji telur gred c
- 100 ml susu UHT sejuk
- 240 ml Air sejuk
- 50 gm mentega
- Egg wash:
- 1 biji telur
- 2 sudu besar Susu UHT
Sos karamel
- 1/2 cawan gula perang
- 1/2 cawan gula kaster
- 1 sb mentega
- 1 cawan susu sejat
Cara buat Roti Sarang Lebah
- Ayak tepung dan gula kaster ke dalam mangkuk adunan.
- Masukkan yis, gula,susu, garam dan telur. Kacau rata.
- Masukkan susu dan air sedikit demi sedikit. Akhir sekali masukkan mentega. Gaul sebati dan uli dengan menggunakan tangan.
- Bulat-bulatkan dan hempas bulatkan kembali. Tutup mangkuk yang berisi doh biar selama 45 minit.
- Nak pegang doh sapu tangan dengan minyak.
- Potong doh dan timbang +- 35 gm. Bulat -bulatkan dan susun atas dulang yang disapu minyak.
- Doh dah naik kembang. Sapu egg wash dan tabur apa yang sesuai (cheese, kepingan badam, kuaci dll)
- Bakar suhu 170°C selama 20- 25 minit.
- Keluarkan dan sapu mentega diatas roti
Sos karamel
- Masak gula dalam pan hingga perang.
- Masukkan butter dan kacau.
- Kemudian masukkan susu masak hingga mendidih dan pekat.
Sumber: Balkhais Rifaie dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Akhir kata
Semoga dengan perkongsian resepi ini dapat memberi idea baru untuk anda.
Jika anda peminat makanan roti, jom baca resepi roti sosej.
Selamat mencuba!