Ikan tilapia adalah sejenis ikan air tawar yang banyak diternak di kolam dan sangkkar. Ia merupakan ikan yang kaya dengan protein, mudah didapati di pasar-pasar tempatan, dan popular kerana rasanya yang sedap serta harganya yang berpatutan.

Untuk menyediakan Ikan Tilapia Goreng Kunyit, anda memerlukan: ikan tilapia, serbuk kunyit, garam, dan minyak masak. Cara memasak: Bersihkan ikan dan toskan airnya. Lumurkan serbuk kunyit dan garam pada ikan. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan sehingga garing dan keemasan pada kedua-dua belah.

1. Resepi Ikan Talapia Bakar

Bahan-bahan

  • Ikan talapia (2 ekor)
  • Bwg merah besar(2biji)
  • Bwg putih(5ulas)
  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai (2btg)
  • Minyak
    (ditumbuk@kisar)
  • Pes asam jawa
  • Rempah kari ikan@dging
  • Cili giling
  • Daun kunyit
  • Garam,gula
  • Daun pisang

Cara buat Ikan Talapia Bakar

  1. Tumis bahan tumbuk@kisar sampai agak nak garing.
  2. Masuk cili giling dan rempah kari, tumis sampai pecah minyak sikit.
  3. Masukkan pes asam jawa.
  4. Masuk garam dan gula.
  5. Tabur daun kunyit.
  6. Apabila dah rasa masam masin manis, tutup api.
  7. Sapu pada ikan dan balut dengan daun pisang dan bakar.

Sumber: Fatimah Saari dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Ikan Talapia Goreng Berlada

Bahan-bahan

  • Bwg Merah Rose + Bwg Besar
  • Bwg Putih
  • Cili Padi + Cili Besar
  • Kunyit Hidup
  • Seinci Belacan.

Cara buat Ikan Talapia Goreng Berlada

  1. Blender kasar.
  2. Tumis sampai naik minyak dan garing.
  3. Selepas itu masukkan secawan air.
  4. Masak sampai sedikit kering.
  5. Masukkan garam, ajinomoto, gula dan asam keping.
  6. Bawang holand, cili api dan daun bawang hiris.
  7. Siap.

Sumber: Mastura Abd Aziz dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Ikan Talapia Masak Tiga Rasa

Bahan-bahan

  • Seekor ikan talapia sederhana besar gaul dengan garam kunyit
  • Tomato, timun, nenas potong dadu
  • Sos cili, sos tomato, sos tiram. Sesudu besar tetiap satu

Cara nak buat Ikan Talapia Masak Tiga Rasa

  1. Goreng ikan sampai garing dedua belah.
  2. Minyak pastikan panas.
  3. Tumis bawang putih dan bawang yang dah siap ditumbuk.
  4. Masukkan 3 sekawan sos.
  5. Waktu ini boleh nak tambah gula dan garam secukup rasa.
  6. Jiruskan secawan air  untuk sedikit berkuah.
  7. Campakkan timun, nenas, tomato. Biar sekejap dalam 2-3 minit bagi tekstur lembut sikit.
  8. Bila dah mendidih, masukkan ikan yang dah siap goreng tadi.

Sumber: Yusma Mustafa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Ikan Talapia Masak Merah

Bahan-bahan

  • 3 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • 10 biji cili api
  • 1 labu bawang besar
  • 1/2inci lengkuas
  • Asam jawa
  • garam, serbuk perasa,
  • daun kesum
  • 1 helai daun kunyit

Cara buat Ikan Talapia Masak Merah

  1. Ikan dibersihkan.
  2. Kisar serai, bawang besar, kunyit, lengkuas, cili api, air asam jawa.
  3. Daun kesum daun kunyit racik halus gaul bersama bahan kisar.
  4. Tuang semua bahan kisar atas ikan dan perap untuk dapat rasa isi ikan yang sedap.
  5. Kalau malas tidak perlu perap terus sahaja goreng.
  6. Semasa menggoreng jangan suka balik-balikkan ikan, hancur nanti sebab ikan ni lembut dah garing sebelah baru balikkan sebelah lagi.

Sumber: Cik Zai dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Ikan Talapia Masak Apa Sedap?

Resepi ikan tilapia yang dikongsikan di atas, mungkin sesuai dan mungkin juga tidak sesuai dengan citarasa anda.

Jika menepati citarasa, Alhamdulillah.

Jika tidak, boleh dapatkan idea masakan ikan talapia yang lain seperti berikut:

  1. Ikan talapia bakar
  2. Ikan talapia ala Thai
  3. Ikan talapia berlada
  4. Ikan talapia stim
  5. Ikan talapia masak halia
  6. Ikan talapia masak lemak
  7. Ikan talapia masak tempoyak
  8. Ikan talapia tiga rasa
  9. Ikan talapia masak sup
  10. Ikan talapia masak sweet sour
  11. Ikan talapia kukus ala Cina
  12. Ikan talapia masak kicap
  13. Ikan talapia sambal
  14. Ikan talapia asam pedas
  15. Ikan talapia pekasan
  16. Ikan talapia black pepper
  17. Ikan talapia goreng cili
  18. Ikan talapia masak sos
  19. Ikan talapia kari
  20. Ikan talapia masak cuka

 

Jika anda adalah sejenis orang yang suka mencuba sesuatu yang baru, kami senaraikan pelbagai idea dan jenis masakan ikan talapia yang anda boleh cuba di dapur:

  1. Masak sambal
  2. Bakar
  3. Goreng
  4. Masak lemak
  5. Masak kari
  6. Masak pedas
  7. Masak stim
  8. Masak cili
  9. Masak sup
  10. Masak kicap
  11. Masak tempoyak
  12. Masak singgang
  13. Rebus
  14. Masak ala Thai
  15. Kukus
  16. Sumbat
  17. Berlada
  18. Masak sos
  19. Masak sweet sour
  20. Masak tiga rasa
  21. Percik
  22. Masak halia
  23. Masak taucu
  24. Masak masam manis
  25. Masak petai
  26. Masak pindang
  27. Celup tepung
  28. Masak cuka
  29. Masak untuk diet
  30. Masak untuk pantang
  31. Masak kunyit
  32. Masak mamak
  33. Masak pekasam
  34. Berempah
  35. Berkuah
  36. Grill
  37. Chinese style

 

Selain ikan tilapia, ada banyak lagi jenis ikan yang sedap untuk dimakan seisi keluarga.

Antaranya ialah:

  1. Ikan bilis
  2. Ikan siakap
  3. Ikan kembung
  4. Ikan tongkol
  5. Ikan bawal
  6. Ikan tenggiri
  7. Ikan merah
  8. Ikan cencaru
  9. Ikan patin
  10. Ikan keli
  11. Ikan talapia
  12. Ikan kerisi
  13. Ikan sardin
  14. Ikan salmon
  15. Ikan selar
  16. Ikan kerapu
  17. Ikan dory
  18. Ikan jenahak
  19. Ikan talang
  20. Ikan gelama
  21. Ikan haruan
  22. Ikan temenung
  23. Ikan senangin
  24. Ikan mayong
  25. Ikan duri
  26. Ikan kurau
  27. Ikan sembilang

 

Apa Jenis Ikan Lain Yang Boleh Dijadikan Bahan Utama Dalam Masakan?

Selain Ikan Talapia, terdapat 5 lagi ikan yang boleh menjadi bahan utama dalam masakan. Antaranya adalah:

1. Ikan Keli

Ikan keli adalah ikan air tawar yang popular di Malaysia. Cara masak yang paling lazat adalah Keli Masak Tempoyak – menggunakan ikan keli, tempoyak, cili padi, bawang, serai dan daun kunyit.

2. Ikan Patin

Ikan patin terkenal dengan dagingnya yang lembut dan lazat. Masakan popular menggunakan ikan ini ialah Masak Tempoyak Ikan Patin yang memerlukan ikan patin, tempoyak, cili padi, bawang merah, bawang putih dan daun kunyit.

3. Ikan Haruan

Ikan haruan sering digunakan dalam masakan tradisional Melayu. Sup Ikan Haruan sangat berkhasiat dan memerlukan ikan haruan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam.

4. Ikan Jelawat

Ikan jelawat adalah ikan air tawar premium yang popular di Malaysia. Masakan popular ialah Asam Pedas Ikan Jelawat yang memerlukan ikan jelawat, asam jawa, cili, bawang, halia dan belacan.

5. Ikan Talapia Merah

Ikan tilapia merah mempunyai rasa yang lebih manis berbanding tilapia biasa. Masakan popular ialah Ikan Tilapia Merah Stim Halia yang memerlukan ikan tilapia merah, halia, bawang putih, cili dan kicap.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply