Kali ini kami ingin kongsikan resepi sotong masak thai yang cukup menyelerakan ini, Nampak macam simple kan resepi ini, tapi bila dah makan memang boleh bertambnah nasi. Rasa masam, manis dan pedas itu yang membuatkan resepi ini pernah menjadi viral.

Jom baca resepi ini.

1. Resepi Sotong Masak Thai Sos

Bahan-bahan

  • Cili padi 12 biji (taknak pedas sangat)
  • Bawang putih 5 biji
  • Sos ikan 2 sudu besar
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • 3 biji perahan limau nipis
  • Daun ketumbar
  • Garam
  • Gula 3 sudu besar

Cara buat Sotong Masak Thai Sos

  1. Tumbuk cili padi bersama bawang putih hingga lumat.
  2. Gaul dan keluarkan dari lesung batu.
  3. Kemudian masukkan 1 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos ikan dan perahan jus limau nipis.
  4. Masukkan sedikit garam dan 3 sudu besar gula.
  5. Masukkan daun ketumbar yang telah dipotong halus dan kacau sebati.
  6. Tuang ke atas sotong. Fuhh ready untuk di makan.
  7. Bersihkan sotong dan kelar-kelarkan.
  8. Masukkan ke dalam kuali dan biarkan sehingga sotong masak.

Sumber: Nurul Hasnita Taharim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sotong Bakar Thai

Bahan-bahan

  • Sotong saiz besar
  • 3 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu madu
  • Secubit garam

Bahan sos

  • 12 btg cili merah
  • 8 btg cili hijau
  • 7ulas bawang putih (bakar sekejap)
  • (Tumbuk semua)
  • 2 sudu sos tiram
  • 4 sudu gula
  • 5 sudu jus lemon
  • 3 sudu sos ikan
  • Daun ketumbar (hiris halus)

Cara buat Sotong Bakar Thai

  1. Cuci sotong dan lumurkan semua bahan-bahan. Simpan dalam peti sejuk selama 15minit.
  2. Keluarkan sotong cucuk kepala dengan badan sotong guna lidi pencungkil gigi.
  3. Lap guna tisur dan renjis dengan minyak.
  4. Bakar sampai masak.

Bahan sos

  1. Satukan semua bahan.
  2. Lumur atas sotong.

Sumber: Juju Minhad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sotong Phat Phet (Thai)

Bahan-bahan

  • 500gram sotong (dicuci bersih)
  • 4 batang kacang panjang (dipotong serong)
  • 5 batang cili padi merah (dipotong)
  • 1 labu bawang merah (dipotong)
  • 1 batang serai (dihiris)
  • 4 helai daun limau purut
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce
  • 2 sudu besar sos ikan
  • ½ sudu kecil serbuk perasa
  • Garam (jika perlu)
  • Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)

Bahan kisar

  • 4 batang cili merah
  • 4 batang cili hijau
  • 1 labu bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit air

Cara buat Sotong Phat Phet (Thai)

  1. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak .
  2. Apabila sudah kering, masukkan sotong yang telah dicuci bersih.
  3. Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering .
  4. Kemudian, masukkan lada hitam, serbuk kunyit, belacan, serbuk perasa dan sos ikan. Gaul rata.
  5. Akhir sekali, masukkan cili padi, serai, daun limau purut, bawang dan kacang panjang. Masakan seketika dan tutup api.

Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sotong Stim Thai

Bahan-bahan

  • Sotong
  • Air
  • Kiub ayam
  • Bawang putih
  • Akar ketumbar
  • Halia
  • Cili api
  • Sos ikan
  • Limau nipis
  • Gula

Cara nak buat Sotong Stim Thai

  1. Sotong kelar tanpa putus.
  2. Kukus kosong tanpa letak apa-apa.
  3. Kukus sampai sotong keluar air dan masak jangan terlalu lama sangat.
  4. Keluarkan sotong dan air sotong tak perlu ambil.
  5. Setengah cawan air panaskan dan letakkan kiub ayam seketul, biarkan mendidih dan kiub larut.
  6. Masukkan bawang putih cincang (4-5 ulas) dan akar ketumbar.
  7. Masukkan halia 1 inci dan ketuk.
  8. Masukkan cili api ikut selera.
  9. Masukkan sos ikan sesudu/dua.
  10. Perahan limau nipis
  11. Sedikit gula matikan api biarkan sekejap.
  12. Masukkan hirisan daun ketumbar kedalam kuah.. Kemudian tuang kuah ke dalam pinggan sotong tadi.

Sumber: Suhaila AB dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Semoga dengan perkongsian resepi ini anda mendapat idea baru untuk anda cuba memasak nanti.

Jom baca resepi sotong salted egg pula.

Selamat mencuba!

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply