Kari udang ialah hidangan yang lazat yang menggunakan udang segar sebagai bahan utama. Bahan-bahan yang diperlukan termasuk udang, santan, bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun kari, buah keras, serbuk kari, kunyit, dan garam secukup rasa.

Untuk memasaknya, tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi, masukkan serbuk kari dan tumis lagi. Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih. Masukkan udang dan masak sehingga udang masak. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan hidangkan.

1. Resepi Kari Udang dan Ubi Kentang

Bahan-bahan

  • Udg stgh kilo
  • Rempah babas udg 1(bungkus)
  • Ubi 2biji
  • Bwg kecik 3 ulas
  • Bwg putih 2 ulas
  • Halia 1 inci
  • Semua bahan atas tumbuk
  • Serai 2 btg (ketuk/ blend)
  • Pati ayam knorr
  • Sedikit pati asam jawa
  • Santan 1 Cwn

Untuk hiasan

  • Tomato
  • Cili padi
  • Sedikit daun bawang

Cara buat Kari Udang dan Ubi Kentang

  1. Hiris bawang kecil 3 ulas.
  2. Sedikit halia dan tumiskan bersama serai dengan sedikit daun kari sehingga kekuningan.
  3. Masukkan bawang kecil, bawang putih dengan halia yang ditumbuk sampai naik bau, masukkan rempah udang bagi pecah minyak.
  4. Masukkan ubi kentang, udang, asam jawa dengan santan  biar sampai menidih masukkan garam dengan pati ayam.
  5. Masukkan hiasan tomato, cili padi, dan daun bawang, tutup api.

Sumber: Siti Fatimah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kari Udang India

Bahan-bahan

  • Bawang besar 1, halia kecil, bawang putih 5/ 6 ulas (blend)
  • Biji sawi 1 sudu (blend)
  • Jintan putih satu sudu (blend)
  • Jintan manis 2 sudu (blend)
  • Halba 1/2 sudu (blend)
  • Coriander, rempah biji 4 1/2 sudu (blend)
  • Kelapa setengah biji (blend)
  • Cili kering 4 atau 5 (blend)
  • Serbuk kunyit satu sudu (blend)

Cara buat Kari Udang India

  1.  Masukkan bawang, halia, bawang putih dan cili hijau dulu untuk dikisar.
  2. Bahan untuk ditumis tomato 1 biji besar dipotong kecil dan  daun kari.
  3. Panaskan minyak dan masukkan sedikit biji sawi.
  4. Masukkan tomato dan daun kari dan tumis.
  5. Masukkan paste yang diblend tadi.
  6. Sediakan air asam jawa.
  7. Campurkn air asam jawa dan gaulkan.
  8. Masukkan udang tadi ke dalam kuali.
  9. Last masukkan daun kari.

Sumber: Anjali Ragu dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kari Udang Bertairu / Yogurt

Bahan-bahan

  • 4kg Udang
  • 2 biji bawang besar *
  • 2 biji bawang kecil *
  • 5 ulas bawang putih *
  • Seinci halia *
  • 10 sudu rempah kari *
  • 4 sudu cili kering mesin *
  • Garam
  • 1 sudu halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • Bahan bertanda * buat pes dulu
  • Secawan susu cair
  • Sebiji limau nipih
    (2 bahan ni buat dulu perah limau dalam susu jadikan yougart).

Cara buat Kari Udang Bertairu / Yogurt

  1. Tumis daun kari & halba campur.
  2. Kemudian masukkan bahan bertanda * yang telah di mesin chopper tadi.
  3. Tumis sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan air ikut kepekatan yang anda suka.
  4. Masukkan tairu/yougart.
  5. Masukkan udang kemudian perasakan garam.
  6.  Yeay siap.

Sumber: Siti Syuhaida Ramli dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kari Udang Simple & Sedap

Bahan-bahan

  • Udang 1/2kg
  • Bawang merah 5 biji *blend
  • Bawang putih 4biji *blend
  • Halia 1/2 inc *blend
  • 2/3 sudu cili blend
  • Daun kari
  • Santan 1/2 biji atau 1/2 kotak
  • 1 sudu asam jawa paste adabi
  • Serbuk Kari ikan 1pack kecik bancuh dengan air
  • Gula garam serbuk perasa secukup rasa
  • Ubi kentang
  • Carrot
  • Kacang panjang
  • Bendi

Cara buat Kari Udang Simple & Sedap

  1. Tumis bahan blend + daun kari sampai wangi.
  2. Masukkan cili blend.
  3. Serbuk kari tumis sampai pecah minyak. Letak air sikit kalau pekat sangat.
  4. Letak asam jawa.
  5. Masukkan udang sampai tukar warna. Baru letak santan.
  6. Perasakan gula garam secukup rasa.
  7. Hidangkan bersama ikan goreng ke ikan masin atau sambal belacan.

Sumber: Husna Ralfaet dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Hidangan Berasaskan Kari Yang Boleh Dicuba?

Selain Kari Udang, makanan laut lain juga sesuai jika dimasak kari. Antaranya adalah:

1. Kari Ketam

Hidangan yang menggunakan ketam sebagai bahan utama ini sangat popular di restoran makanan laut. Rasanya yang pedas dan manis dari santan membuat hidangan ini menjadi pilihan ramai.

2. Kari Sotong

Sotong yang dimasak dalam kuah kari yang pekat dengan pelbagai rempah ratus. Hidangan ini sangat popular di pantai timur Semenanjung Malaysia.

3. Seafood Curry Pot

Hidangan ini menggabungkan pelbagai jenis makanan laut seperti udang, ketam, sotong dan kerang dalam satu periuk kari yang sama.

4. Kari Ikan Tenggiri

Hidangan kari yang menggunakan ikan tenggiri segar sebagai bahan utama. Rasanya yang lemak dari santan dan pedas dari rempah ratus membuatkan hidangan ini popular.

5. Kari Kepala Ikan

Hidangan kari yang menggunakan kepala ikan sebagai bahan utama. Biasanya menggunakan kepala ikan merah atau siakap, dan sangat popular di seluruh Malaysia.Copy

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply