Maggi goreng tanpa perencah adalah hidangan mi yang dimasak tanpa menggunakan perencah yang disediakan dalam peket. Bahan-bahan yang diperlukan ialah mi maggi, telur, sayur-sayuran (sawi, kobis, lobak merah), bawang merah, bawang putih, lada hitam, garam dan minyak masak. Boleh tambah cili kering untuk menambah kepedasan.

Cara memasak dimulakan dengan menumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan sayur-sayuran dan goreng seketika. Kemudian masukkan mi yang telah dicelur dan kacau rata. Pecahkan telur dan kacau bersama. Perasakan dengan garam dan lada hitam mengikut citarasa. Kacau sehingga sebati.

1. Resepi Maggi Kari Goreng Tanpa Perencah

Bahan-bahan

  • Maggi 2 paket
  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Cili boh
  • Tomato
  • Kobis
  • Telur
  • Garam
  • Gula
  • Cili sos
  • Tomato sos
  • Serbuk kari

Cara buat Maggi Kari Goreng Tanpa Perencah

  1. Mula-mula rebus maggi bagi lembut jangan lembik sangat hiriskan bawang, cili tomato belah 4.
  2. Tumis bawang, cili dan tomato selepas itu  letak cili boh sesudu garam, gula, serbuk kari dalam setengah sudu teh.
  3. Selepas itu letak cili sos, tomato sos dan air sikit kacau dan letak rempah maggi sikit kacau dan letak telur.
  4. Bila dah masak telur, letak maggi yang da rebus taid, sekali dengan kobis atau sawi.

Sumber: Yana Owolabi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Maggi Goreng Kosong

Bahan-bahan

  • Bawang putih
  • Sebungkus maggi
  • Kicap
  • Sos Cili
  • Sos Tiram
  • Gula
  • Garam

Cara buat Maggi Goreng Kosong

  1. Tumbuk bawang putih sahaja 1 labu dan tumis.
  2. Selepas itu cuma masukkan kicap, sos cili dan sos tiram.
  3. Masukkan gula sikit dan garam sikit.
  4. Last sekali baru masukkan maggi yang dah dilembutkan.
  5. Rasakan kalau dah ok boleh tutup api dan siap!

Sumber: Nurul Aini Muhammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Maggi Ringkas

Bahan-bahan

  • Bawang putih
  • 1½ sudu serbuk kari ikan pedas
  • Telur
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Maggie vit’s (perencah kurangkan 1 peket ya)
  • sawi

Cara buat Maggi Ringkas

  1. Tumis bawang putih, rempah sampai pecah minyak.
  2. Masukkan perencah (optional).
  3. Tambah air untuk kuah.
  4. Masukkan kicap manis dan sos cili.
  5. Telur kacau hancur tuang masa kuah mendidih.
  6. Masukkan maggie kacau sebati masukkan sayur.

Sumber: Halimatun Azizan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Maggi Goreng Tomyam Tanpa Perencah

Bahan-bahan

  • Bawang putih tumbuk kasar
  • Bawang Holland belah 4
  • Isi ayam, udang
  • Daun limau purut
  • 3 kiub tomyam
  • Minyak untuk menumis

Cara buat Maggi Goreng Tomyam Tanpa Perencah

  1. Masukkan air 3cwn  jangan banyak sangat takut kembang maggi.
  2. 4 keping maggi kering.
  3. Slowkan api. Masak sampai maggi lembut sementara itu boleh letak sayur (sentiasa gaul takut air kering)

Sumber: Wafiza Amir dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Masakan Lain Yang Boleh Dicuba?

Selain Maggi Goreng, ada banyak lagi makanan berasakan Mi. 5 dibawah merupakan masakan lain yang boleh dicuba selain Maggi Goreng:

1. Mi Goreng Putih

Mi goreng putih adalah hidangan mi kuning yang digoreng dengan bawang putih sebagai perisa utama. Bahan asas termasuk mi kuning, bawang putih, sayur pilihan, udang, telur dan perisa tambahan. Cara masak sama seperti mi goreng biasa tetapi lebih menekankan perisa bawang putih.

2. Char Kuey Teow

Char kuey teow adalah hidangan popular yang menggunakan kuey teow sebagai bahan utama. Bahan-bahan yang diperlukan termasuk kuey teow, taugeh, udang, telur, bawang dan sayur-sayuran. Dimasak dengan cara yang sama seperti mi goreng tetapi menggunakan kuey teow sebagai asas.

3. Bihun Goreng

Bihun goreng adalah hidangan yang menggunakan bihun sebagai bahan utama. Bahan-bahan yang diperlukan termasuk bihun, sayur-sayuran, telur, bawang dan perisa tambahan. Cara masak dimulakan dengan menumis bawang, diikuti dengan bahan-bahan lain dan akhir sekali bihun yang telah direndam.

4. Mi Kari

Mi kari adalah hidangan mi yang dimasak dengan kuah kari yang pekat. Bahan-bahan yang diperlukan termasuk mi, rempah kari, santan, sayur-sayuran dan telur. Dimulakan dengan menumis rempah kari, kemudian tambah santan dan bahan-bahan lain.

5. Mi Sup

Mi sup adalah hidangan mi dalam sup yang jernih dan berkhasiat. Bahan-bahan termasuk mi, sayur-sayuran, telur dan stok sup. Cara masak dimulakan dengan menyediakan stok sup, kemudian masukkan bahan-bahan lain mengikut kesesuaian masa masak.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply