Cucur udang ialah sejenis kuih goreng yang popular di Malaysia yang diperbuat daripada campuran tepung gandum, udang, sayur-sayuran dan perasa. Bahan-bahan asas termasuk tepung gandum, udang cincang, daun kucai, daun bawang, bawang merah, lada, garam dan air.

Untuk memasaknya, campurkan semua bahan kering, kemudian masukkan bahan basah dan kacau sehingga sebati. Panaskan minyak masak, kemudian sendukkan adunan ke dalam minyak panas dan goreng sehingga keemasan dan garing. Angkat dan toskan minyak berlebihan.

1. Resepi Cucur Udang Rangup

Bahan-bahan

  • Taugeh
  • Kucai
  • Bawang besar
  • Cili hidup
  • Tepung gandum (500 gm)
  • Tepung beras (2 sudu)
  • Kunyit
  • Gula
  • Garam
  • Air (2 cawan) tengok kepekatan jangan tuang sekaligus
  • Telur (1 biji)
  • Udang

Cara buat Cucur Udang Rangup

  1. Telur dipukul kemudian masuk air. Kacau.
  2. Masukkan dalam campuran tepung dan kacau hingga sebati. Masukkan sayuran.
  3. Tengok kelikatan adunan. Jangan terlalu cair.
  4. Kami cicah dengan sos pencicah Siam tu. Nama lupa.

Sumber: Fizah Halim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Cucur Udang Mudah

Bahan-bahan

  • Tepung gandum 1kg
  • Kuchai
  • Carrot
  • Tauge
  • Bawang holand dadu
  • Mauripan 1 paket
  • Garam
  • Udang
  • Telo 1 biji
  • Pewarna kuning @ kunyit

Cara buat Cucur Udang Mudah

  1. Bancuh tepung & yis sampai sebati dengan air. Agak adunan cekodok. Jangan cair sangat.
  2. Selepas itu masukkan telur, kacau rata.
  3. Last baru masuk garam. Rasa jangan tawar sangat.
  4. Ketepikan tutup dlm 45min – 1 jam.
  5. Bila adunan dah naik baru masukkan sayur semua dan sedia untuk menggoreng.

Sumber: Cik Nana En Nasrul dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Cucur Udang Maccheroni

Bahan-bahan

  • 100 gr BALDUCCI Maccheroni No. 32
  •  10 ekor udang size besar di buang kulit kecuali bahagian ekor
  •  ½ bj bawang besar di potong dadu
  •  1 ikat daun kucai di potong pendek
  • ½ bj lobak merah disagat
  •  100 gr tepung gandum
  •  50 gr tepung beras
  •  1 bj telur
  • 1 sdk serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air ais secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara buat Cucur Udang Maccheroni

  1. Rebus BALDUCCI Maccheroni hingga lembut. Toskan airnya.
  2. Campurkan : tepung gandum, tepung beras, bawang besar, daun kucai, lobak merah, serbuk kunyit, garam dan gula. Kacau rata. Masukkan BALDUCCI maccheroni, kacau sebati.
  3. Masukkan telur dan air ais sedikit² hingga menjadi adunan yang tak terlalu pekat atau cair.
  4. Panaskan minyak yang banyak. Celupkan senduk ke dalam minyak panas sekejap kemudian tuangkan adunan cucur dan letak udang diatasnya sambil ditekan supaya lekat.
  5. Masukkan senduk ke dalam minyak hingga adunan cucur terlepas. Goreng hingga kecoklatan. Angkat dan toskan atas tisu dapur. Ulang proses hingga adunan habis.
  6. Hidangkan cucur udang maccheroni bersama sos cili.

Sumber: Eka Zahra dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Cucur Udang Lembut dan Sedap

Bahan-bahan

  •  400 gram Gandum
  •  Udang
  • Bawang Merah
  • Lobak
  • Daun Kucai
  • Tauge
  • Garam
  • Serbuk Kunyit
  • Yis

Cara buat Cucur Udang Lembut dan Sedap

  1. Masukkan semua bahan kecuali udang, ke dalam mangkuk bersama gandum.
  2. Tambah air dan adun sebati
  3. Biarkan selama 30 minit.
  4. Panaskan minyak masak. Masukkan adunan kedalam senduk bersama seekor udang dan goreng.
    Tips: sebelum menggoreng, panaskan senduk supaya adunan tidak melekat

Sumber: Zaky Mat Ali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Selain Cucur Udang, Apa Kuih Yang Popular?

Antara 5 hidangan kuih minum petang yang terkenal selain cucur udang adalah seperti berikut:

1. Pisang Goreng

Pisang goreng adalah kuih tradisional yang dibuat daripada pisang yang dibalut dengan tepung gandum yang telah dibancuh dengan air, garam dan sedikit serbuk kunyit. Pisang yang sesuai ialah pisang raja atau pisang tanduk yang telah masak.

2. Karipap

Karipap adalah pastri yang diisi dengan kentang, ayam dan sayur-sayuran yang telah dimasak dengan rempah. Kulit karipap diperbuat daripada tepung gandum, marjerin, dan air yang diuli menjadi doh.

3. Cucur Bawang

Cucur bawang adalah sejenis kuih goreng yang diperbuat daripada tepung gandum, bawang merah, daun bawang, garam dan lada. Ia adalah snek yang ringkas tetapi lazat.

4. Roti Canai Goreng

Roti canai goreng adalah variasi roti canai yang digoreng selepas dilipat dengan pelbagai inti pilihan seperti telur, bawang atau sayur-sayuran. Ia dibuat daripada tepung gandum, air, garam dan minyak sapi.

5. Cekodok Pisang

Cekodok pisang adalah kuih tradisional yang diperbuat daripada pisang masak yang dihancurkan dan dicampur dengan tepung gandum, gula, dan sedikit garam. Ia digoreng dalam bentuk bebola kecil sehingga keemasan.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply