Telur separuh masak merupakan telur yang dimasak dengan cara dipanggang atau direbus sehingga putih telur masak, namun kuning telur masih lembut. Bahan utamanya ialah telur ayam segar, garam, dan sedikit minyak atau mentega untuk memasak.
Cara membuatnya adalah dengan memanaskan penggorengan atau periuk kecil, masukkan sedikit minyak, kemudian pecahkan telur perlahan-lahan. Masak selama 2-3 minit sehingga putih telur masak sepenuhnya tetapi kuning telur kekal cecair.
1. Resepi Telur Separuh Masak
Bahan-bahan
- Telur
- Air
Cara buat Telur Separuh Masak
- Rebus air sampai mendidih.
- Dah mendidih tutup api.
- Letak telur dan tutup periuk.
- Cukup 5 minit angkat.
Sumber: Paridah Abd Ghani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Telur Goyang
Bahan-bahan
- Telur
- Air
Cara buat Telur Goyang
- Didihkan air dan tutup api.
- Masukkan telur, tutup periuk guna penutup.
- Set 4 minit.
- Kalau telur dalam peti ais 5 mnt.
- Siap.
- Untuk telur ¾ : 6 minit.
Sumber: Che Wan Roshida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Telur Separuh Masak (Air Fryer)
Bahan-bahan
- Telur
- Air
Cara buat Telur Separuh Masak (Air Fryer)
- Basuh telur, letak dalam air fryer.
- Set suhu 100°c,masa 10 minit.
- Siap! boleh makan.
Sumber: Nur Rabiatul Adawiyah dari Resepi Air Fryer (Malaysia)
4. Resepi Telur Separuh Masak
Bahan-bahan
- Telur
- Air
Cara buat Telur Separuh Masak (Air Fryer)
- Basuh telur.
- Basah2 tu masuk dalam air fryer.
- Suhu 180c 5minit.
- Pecahkan dan amik kicap dan lada sulah.
Sumber: Roslina Zi dari Resepi Air Fryer (Malaysia)
5. Resepi Telur Separuh Masak
Untuk tiada bekas telur separuh masak
Bahan-bahan
- Telur
- Air
Cara buat Telur Separuh Masak
- Air menggelegak betul-2 mendidih, tutup api.
- Masukkan telur.
- Tutup periuk/pot.
- Set timer 5 min 30 saat.
- Angkat.
*air dalam periuk sehingga menutupi telur
*telur suhu bilik (bukan dari peti sejuk yang baru keluar)
Sumber: Izrin Hairi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Variasi Menu ringkas bagi Telur.
Jika anda ikut teknik yang betul, memang menjadi resepi ini, tapi nak lagi mudah pakai sahaja air fryer. Nak mudah, beli sahaja ‘benda’ warna kuning yang banyak jual di kedai-kedai, yang khusus digunakan untuk buat telur separuh masak. Kalau ada telur lebih dan malas nak masak berat-berat, boleh cuba 5 menu lain bagi telur ini:
1. Scrambled Eggs
Telur yang dikacau sehingga sebati dan lembut, dipecahkan ke dalam penggorengan dan diaduk berterusan sehingga hampir masak.
2. Poached Egg
Telur direbus dalam air panas yang berbuih tanpa kulit, menghasilkan bentuk telur yang bulat dan lembut.
3. Sunny Side Up
Telur yang dipanggang sebelah bawah sahaja tanpa dibalik, dengan kuning telur kekal utuh dan terbuka.
4. Over Easy
Telur yang dibalik selepas dimasak sebelah bawah, dengan kuning telur masih cecair.
5. Omelette
Telur yang dikacau dan dimasak dengan pelbagai bahan tambahan seperti keju, sayur, atau daging.