Xiao Long Bao ialah sejenis dumpling sup dari masakan Cina yang popular di Shanghai. Ia adalah dumpling yang berisi isi ayam atau makanan laut yang dicampur dengan sup yang akan menjadi pepejal semasa sejuk dan mencair semasa dikukus.
Bahan-bahan utama termasuk tepung gandum, air, garam untuk kulit, manakala isi pula mengandungi ayam cincang atau makanan laut, halia, daun bawang, dan agar-agar untuk memejalkan sup. Cara membuatnya bermula dengan menyediakan sup dan memejamkannya, kemudian membuat doh, menempa kulit dumpling yang nipis, mengisi dengan campuran isi dan sup yang telah memejal, melipat dengan teliti, dan akhirnya mengukus selama 8-10 minit.
1. Resepi Sup Dumpling Ayam
Bahan-bahan
Inti dumpling
- 2 cwn isi ayam
- Bawang putih
- Mix vege frozen
- Daun bawang
- Blackpepper
- Garam
Resepi Sup
- 1 genggam ikan bilis – rebus tapis, ambil air
- 5 ulas bawang putih – tumbuk
- 2 inci halia – tumbuk
- 2 sb minyak untuk menumis
- Garam
Cara buat Sup Dumpling Ayam
Inti dumpling
- Mix semua dalam processor. Kalau tiada tumbuk sikit bagi hancur.
- Kulit dumpling boleh beli frozen.
Resepi Sup
- **Tumis bawang putih & halia. Masuk air rebusan ikan bilis tadi, tambah air kalau tak cukup.
- Dah mendidih masuk dumpling. Sampai dia timbul. Boleh masuk sawi sekali kalau suka.
- Last sekali masuk garam ikut tekak masing-masing. Siap.
Sumber: Sharinaz Redwan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Dumpling Sup
Bahan-bahan
Kulit dumpling
- Tepung jagung
- Tepung gandum (sukatan dua kali ganda tepung jagung)
- Sedikit minyak zaitun atau minyak masak
- Air panas + garam sikit
Inti dumpling
- Daging/ayam /udang cincang (ikut suka)
- Sos tiram
- Garam sedikit sebab sos tiram dah masin
- Sedikit serbuk lada sulah
- Daun bawang daun sup / daun ketumbar /daun kucai (ikut suka)
- Carrot / cendawan butang atau shitake / kubis
Resepi sup ringkas
- Air panas mendidih
- 1 kiub pati ayam
- Tumisan bawang putih yang saya masukkan sekali dengan minyaknya ke dalam air panas
- Minyak bijan
- Garam
Cara buat Dumpling Sup
Kulit dumpling
- Wajib tapis tepung campur dalam satu bekas.
- Masukkan air panas yang dah dicampurkan dengan sedikit garam sambil masukkan sikit-sikit air panas sambil gaul, kena pandai agak adunan tak boleh terlembik nanti kulit dumpling pecah.
- Masukkan minyak, gaul uli dan bulatkan doh. Tutup dengan kain lembab biarkan setengah jam.
- Selepas setengah jam uli dengan tangan keluarkan udara selama 5-8 minit. Boleh potong bahagikan doh kepada bulatan kecil. Canai sampai nipis.
- Saiz ikutlah kemahuan sendiri masing-masing.
Inti dumpling
- Semua bahan cincang dan digaul sekali, perap sekejap dalam peti ais.
- Pastikan lebihan air di buang sebab kalau berair sangat nanti kulit dumpling pecah.
Resepi sup ringkas
- Masukkan kesemua bahan dalam air mendidih.
- Perasakan dengan garam dan minyak bijan dan kiub pati ayam.
Dumpling boleh direbus, stim atau digoreng
Sumber: Hidayah Syibly dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Dumpling
Bahan-bahan
- Ayam cincang
- 2 biji Bawang holland (potong dadu dan goreng)
- 2 batang Carrot (di sagat)
- Daun sup
- Serbuk lada putih
- Tepung jagung (1 sudu besar, fungsi untuk bagi lekat bahan-bahan diantara satu sama lain)
- Minyak bijan (1 sudu besar)
- Serbuk pasti sedap
Cara buat Dumpling
- Bahan di atas gaul kesemuanya, selepas itu buat macam karipap kulit wantan beli di Econsave, Tesco, Giant pun ada jual.
- Dah siap jadi macam ala-ala karipap anda kena steam dulu dumpling, dah siap stim boleh nak goreng atau nak buat sup.
- Kalau buat sup jangan lupa letak minyak bijan, baru sedap dalam inti pun letak sahaja minyak bijan baru aroma dia best.
Sumber: Fara Idlan Farlan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Dumpling dan Clear Sup
Bahan-bahan
Inti dumpling
- Isi ayam*
- Udang*
- Bwng holland*
- Carrot*
- Daun bawang
- Perasa ayam
- Lada sulah
Soup
- Masukkan 1/2 ekor ayam
- Carrot
- Daun bawang
- Bawang holland
- Batang selery
- Stok ayam
- Garam
- Air
Cara buat Dumpling
- Blend kering bahan yang bertanda dan gaulkan dengan perasa ayam, lada sulah dan daun bawang.
- Ambil kulit wantan isi inti dan sapu tepi kulit wantan dengan sikit air untuk jadikan gam dan lipat.
Soup
- Masak biarkan mendidih lama-lama, letak perasa ayam dan garam dan tapis, masukkan sup dalam periuk lain dan tunggu mendidih lagi baru masukkan dumpling.
- Dah masak boleh mkn dengan cili kicap dan minyak bawang putih.
Sumber: Elly Mahat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Menu Dumpling Yang Menarik?
Selain Xiao Long Bao, terdapat pelbagai jenis dumpling lain yang boleh dicuba. 5 diantaranya adalah:
1. Har Gow
Har Gow adalah dumpling udang yang diperbuat daripada kulit tepung gandum translucent. Isi utamanya ialah udang yang dicampur dengan buluh muda dan sedikit halia. Ia merupakan hidangan dim sum yang sangat popular di restoran-restoran dim sum.
2. Siu Mai
Siu Mai adalah sejenis dumpling terbuka yang diperbuat daripada kulit tepung gandum nipis dengan isi ayam atau makanan laut. Ia biasanya dihias dengan telur ikan atau hirisan lobak merah di atasnya dan merupakan hidangan dim sum yang tidak asing lagi.
3. Crystal Dumpling
Crystal Dumpling atau dumpling kristal diperbuat daripada tepung gandum dan tepung ubi kayu yang menghasilkan kulit lutsinar. Isinya boleh terdiri daripada sayur-sayuran, cendawan dan ayam cincang.
4. Shanghai Dumpling
Shanghai Dumpling adalah variasi dumpling yang lebih besar daripada Xiao Long Bao. Ia diisi dengan ayam cincang atau makanan laut yang dicampur dengan sayur-sayuran dan rempah ratus.
5. Cheung Fun
Cheung Fun adalah sejenis dim sum yang diperbuat daripada lapisan nipis tepung beras yang digulung. Ia boleh diisi dengan udang, ayam atau sayur-sayuran, dan dihidangkan dengan sos khas.