Wedges adalah kentang yang dipotong seperti baji dan dimasak sehingga garing di bahagian luar tetapi lembut di dalam. Bahan-bahan yang diperlukan ialah kentang, minyak masak, garam, lada hitam dan serbuk paprika (pilihan).

Cara membuat wedges: Basuh dan potong kentang kepada bentuk baji, rendam dalam air sejuk selama 30 minit, keringkan, perap dengan minyak dan perasa, kemudian bakar dalam ketuhar pada suhu 200°C selama 35-40 minit atau goreng dalam minyak panas sehingga keemasan.

1. Resepi Cheesy Wedges

Bahan-bahan

  • Ubi kentang
  • Tepung bestari
  • Wedges powder+ Mayonis

Cara buat Cheesy Wedges

  1. Kupas kulit ubi kentang.
  2. Rebus dahulu ubi tersebut.
  3. Selepas rebus gaulkan dengan tepung bestari.
  4. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.
  5. Hidangkan bersama sos wedges bersama mayonis.

Sumber: Qurratu Aini dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Potato Wedges Ala KFC

Bahan-bahan

  • 1kg kentang — potong kecik & rebus empuk kemudian toskan air
  • 2sdt cukup rasa
  • 1 1/2 sdt garam
  • 1 1/2 sdt black pepper
  • 1 1/2 sdt pepper
  • 1 sdt mixed herbs
  • 2 sdb tpg jagung

Cara buat Potato Wedges Ala KFC

  1. Gaulkan semua seasoning pada kentang yang telah ditos kering.
  2. Set dlm chiller 25-30min kemudian boleh goreng.

Sumber: Bychepuan Sue dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Wedges Mudah

Bahan-bahan

  • Kentang
  • Serbuk bestari
  • Instant cheese

Cara buat Wedges Mudah

  1. Kupas kentang kemudian potong wedges.
  2. Kemudian rebus separuh empuk nak empuk boleh tapi potongan jangan nipis.
  3. Kemudian tapis.
  4. Ambil serbuk bestari gaulkan, letak air sikit agak salut jangan terlalu cair.
  5. Dan goreng sampai garing.
  6. Ambil instant cheese sauce mix, bancuh dengan air sejuk, gaul rata kemudian masak atas api sampai mendidih.

Sumber: Nurleeazurah Othman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Cheesey Wedges Homemade (Air Fryer)

  •  Kentang
  • Tepung bestari (flavor Ori)
  • Tepung cheese nachos
  • Sedikit minyak untuk sapu masa menggoreng

Cara buat Cheesey Wedges Homemade (Air Fryer)

  1. Kupas kentang dan bersihkan.
  2. Potong bentuk “wedges” macam ala KFC tu.
  3. Bancuh tepung bestari dengan air dan celup kentang dalam bancuhan tu.
  4. Kalau nak efek rangup. Golek sekejap dalam tepung Bestari .
  5. Susun dalam tray air fryer goreng 15-20minit. Selepas 5minit goreng sapu sikit minyak elak kering sangat dan elak kentang melekat dekat tray.
  6. Sambil tunggu kentang masak buat bancuhan cheese tu. Mudah je bancuh nachos cheese dengan air suam bagi likat pekat kebabom mcm ala KFC.
  7. Kentang tu dah siap masak apa lagi cicah nachos cheese.

Sumber: Sabariah Sareh Saad dari Resepi Air Fryer (Malaysia)

 

Apa Menu Snek Lain Bagi Kentang?

Apa yang menarik mengenai kentang adalah ianya mudah dipelbagaikan. Tak kira dalam apa juga tekstur, kentang amat menarik untuk dimakan. Ini 5 senarai snek yang diperbuat daripada kentang:

1. Hash Browns

Hash browns adalah kentang yang diparut halus, dibentuk rata dan digoreng sehingga garing. Bahan utama ialah kentang yang diparut, tepung jagung, garam dan lada hitam.

2. French Fries

French fries atau kentang goreng adalah kentang yang dipotong memanjang dan digoreng rangup. Bahan-bahan yang diperlukan ialah kentang, minyak masak dan garam.

3. Curly Fries

Curly fries adalah kentang yang dipotong berbentuk spring menggunakan alat pemotong khas dan digoreng rangup. Bahan-bahan yang diperlukan ialah kentang, minyak masak, garam dan campuran rempah.

4. Potato Croquettes

Potato croquettes adalah bebola kentang yang dilenyek, dicampur dengan keju dan herba, disalut dengan tepung roti dan digoreng. Bahan-bahan yang diperlukan ialah kentang, keju, herba segar, tepung gandum, telur dan serbuk roti.

5. Potato Waffle

Potato waffle adalah kentang yang dilenyek, dibumbui, dicetak dalam bentuk wafel dan dimasak hingga garing. Bahan-bahan yang diperlukan ialah kentang lenyek, tepung gandum, telur, susu dan perisa.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply