Jika anda teringin untuk menikmati murtabak, tapi tidak mahir membuat doh roti, tidak mengapa. Anda boleh menggunakan kulit popia sebagai pengganti doh roti. Bezanya resepi murtabak popia ini cuma bersaiz mini, namun masih padat dan mengenyangkan.

Jom kita try!

1. Resepi Murtabak Mini

Bahan-bahan

Inti

  • 500 gram isi ayam /daging di cincang
  • 5 biji kentang di potong dadu
  • 3 sudu makan rempah kari
  • 1 ulas bawang putih di hiris
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2 biji bawang besar di potong dadu
  • Hirisan daun sup
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Sedikit minyak masak utk menumis

Cara buat Murtabak Mini

Inti

  1. Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak masak. Masukkan bawang yang dihiris.
  2. Maaukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
  3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan yang dimasak. Jangan lebih nanti inti lembik.
  4. Masak sehingga air hampir kering. Masukkan sedikit garam dan gula. (Jika nak letak ajinomoto jika suka pun boleh
  5. Masak hingga betul kering. Sejukkan dan sedia utk langkah menyediakan murtabak mini.

Seterusnya langkah menyediakan murtabak mini

  1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan inti ayam dan kentang yang dimasak tadi.
  2. Masukkan daun sup dan bawang. Kacau hingga sebati.
  3. Buka kulit popia, letak atas dulang. Ambil 3 sudu makan inti yang di campurkan dengan telur dan bawang tadi.
  4. Letak di tengah kulit popia intinya. Lipat atas, bawah, kiri dan kanan. Terbalikkan bila di lipat dan masukkan dalam kuali.
  5. Untuk membakar panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Letakkan popia.
  6. Bakar sehingga masak. Balik-balikkan, bila dah siap bolehlah dihidangkan. Ulangi langkah membuat sehingga siap. Dah masak. Siap.

Sumber: Dhia Isabella dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Murtabak Daging Kulit Popia

Bahan-bahan

  • 2 biji kentang besar
  • 3 keping daging burger-potong dadu
  • Sebiji bawang besar
  • Sebiji bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam

Cara buat Murtabak Daging Kulit Popia

  1. Tumis bawang sampai naik bau, masuk serbuk kari dan tunggu pecah minyak.
  2. Masukkan kentang, masak hingga empuk.
  3. Bila kentang dah masak, masukkan daging dan biar sekejap sampai daging masak.
  4. Sejukkan.
  5. Masukkan bawang mentah yang dipotong dadu, telur, daun bawang dan daun sup.
  6. Kacau rata.
  7. Letak inti pada  tengah kulit popia.
  8. Balut elok jangan smpai inti keluar. Terus masak kalau tak nanti kulit popia bocor dan tak boleh diangkat.

Sumber: Murni Rahmat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Murtabak Mini Popia

Bahan-bahan

  • Kulit popia
  • Daging kisar*
  • Bawang Holland*
  • Rempah kari*
  • Kobis*
  • Kentang*
  • Garam
  • Gula
  • Telur

Cara buat Murtabak Mini Popia

  1. Bahan yang bertanda goreng sampai masak.
  2. Letak gula, garam, masak sampai kering.
  3. Dah  masak biarskn sejuk, bolehlah campurkan telur, kacau, boleh letak dalam kulit popia lipat dan goreng.
  4. Siap.

Sumber: Waniey Heri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Murtabak Sardin Mini

Bahan-bahan

  • 1 sardin tin kecil
  • 1biji bawang holand saiz besar
  • 3biji telur
  • Kulit popia

Kuah bawang merah

  • 2biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 1sudu cuka
  • 2sudu gula
  • 1titik sirap rose

Cara buat Murtabak Sardin Mini

  1. Kacau semua bahan letak secubit garam dan masak.

Kuah bawang merah

  1. Kacau semua bahan dan siap.

Sumber: Haslina Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Inginkan resepi berasaskan kulit popia lagi? Jom baca resepi popia sayur yang mudah ini.

Selamat mencuba!

 

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply