Sambal belacan ialah sejenis sos pedas yang dibuat daripada belacan (udang kering yang difermentasi), cili merah, bawang merah, asam jawa, dan garam. Hidangan ini merupakan perencah yang sangat popular di Malaysia dan menjadi pelengkap untuk pelbagai hidangan tradisional.

Untuk menyediakan sambal belacan, mulakan dengan menggoreng belacan secara ringkas sehingga wangi. Kemudian, kisar bahan-bahan seperti cili merah, bawang merah, belacan yang telah digoreng, dan garam. Selepas itu, tumis bahan yang telah dikisar dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan asam jawa. Kacau sehingga sebati.

1. Resepi Sambal Belacan

Bahan-bahan

  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Tomato,
  • Cili api (merah/hijau),
  • Lada merah,
  • Belacan.
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit minyak masak

Cara buat Sambal Belacan

  1. Tumis bahan dan tambah garam/gula dgn minyak masak hingga layu.
  2. Selepas itu blend bahan tersebut jangan sampai hancur.
  3. Masukkan balik bahan blend dalam kuali dan masak semula.
  4. Letak minyak masak sikit. Selepas itu masak hingga pecah minyak dan tambah jus limau sikit. Siap.

Sumber: Siti Afifah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sambal Belacan Siam

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk cili padi merah
  • 1/2 mangkuk cili padi hijau
  • 1 labu bawang putih ***
  • 1 labu bawang besar holland ***
  • 1 inci belacan ***
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 5- 6 sdb besar cuka makan
  • Garam, gula & ajinomoto secukup rasa
  • Kalau nak lagi sedap tambah 1 labu bawang putih jeruk dan airnya sekali.

Cara buat Sambal Belacan Siam

  1. Bakar bahan yang bertanda ***.
  2. Kemudian blend kesemua bahan yang dibakar bersama² dengan cuka dan air asam jawa. Tuangkan kedalam mangkuk besar.
  3. Masukkan gula, garam dan ajinomoto. Kacau rata dan nampak berkilat.
  4. Dah siap boleh hidang dengan ikan rebus yg digoreng beserta ulam.

Sumber: Rozmaliza Omar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sambal Belacan Padu

Bahan-bahan

  • 10 biji cili merah
  • 10biji cili api hijau
  • 10 biji cili api merah
  • 11/2 sd belacan bakar
  • 1/2 cawan air asam jawa pekat
  • 1sdk garam

Cara buat Sambal Belacan Siam

  1. Tumbuk cili, belacan dan garam jangan sampai halus sangat.
  2.  Tambah air asam jawa dan garam gaul sebati.
  3. Suka buat banyak dan simpan dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti ais.

Sumber: Anggerik dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sambal Belacan Tomato Jawa

Bahan-bahan

  • 5 btg cili merah
  • 10 btg cili padi hijau
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 tomato merah ranum saya guna tomato ceri 6 biji
  • 1 ruas jari belacan
  • 1sdk gula saya guna brown sugar  (optional)
  • Sedikit garam

Cara buat Sambal Belacan Tomato Jawa

  1. Semua bahan dipotong kemudian ditumis dalam kuali sehingga agak layu.
  2. Angkat dan dilenyek dalam lesung.
  3. Akhir tambah jus limau nipis sebiji.
  4. Siap.
  5. Selalunya sambal ini tidak ditumbuk tetapi dilenyek di dalam lesung khas.

Sumber: Makcik Ratu dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Sambal Yang Boleh Menjadi Pelengkap Hidangan Seperti Sambal Belacan?

Selain Sambal belacan, ini ada 5 sambal alternatif yang dapat melengkapkan hidangan harian di Malaysia.

1. Sambal Tempoyak

Sambal tempoyak adalah gabungan sambal pedas yang dibuat dengan tempoyak (durian fermentasi), cili padi, bawang merah, dan bawang putih. Kesemua bahan dikisar halus dan ditumis sehingga masak.

2. Sambal Hitam

Sambal hitam dihasilkan daripada cili kering yang digoreng hingga hitam, bawang merah, bawang putih dan garam. Bahan-bahan ini dikisar halus dan kemudian ditumis dengan minyak sehingga pekat dan wangi.

3. Sambal Tumis

Sambal tumis merupakan campuran cili merah, bawang merah, bawang putih yang dikisar halus dan ditumis dengan minyak sehingga pecah minyak. Ia boleh ditambah dengan udang kering untuk menambah rasa.

4. Sambal Cencaluk

Sambal cencaluk dibuat daripada cencaluk (udang fermentasi), cili padi, bawang merah, dan limau nipis. Kesemua bahan dicampur dan dihancurkan bersama sehingga sebati.

5. Sambal Ikan Bilis

Sambal ikan bilis menggabungkan ikan bilis goreng yang dikisar bersama cili merah, bawang merah, dan bawang putih. Bahan-bahan ini kemudiannya ditumis sehingga wangi dan garing.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply