Onion ring adalah sejenis makanan ringan yang diperbuat daripada bawang holland yang dihiris bulat-bulat, dicelup dalam adunan tepung dan digoreng sehingga garing. Bahan-bahan yang diperlukan ialah bawang holland, tepung gandum, serbuk roti, telur, susu, garam dan lada hitam.

Cara membuatnya adalah dengan menghiris bawang holland kepada bentuk bulatan. Kemudian, celupkan hirisan bawang ke dalam campuran tepung gandum, telur dan susu. Selepas itu, balutkan dengan serbuk roti dan goreng dalam minyak panas sehingga keemasan.

1. Resepi Onion Ring Ala Ala A&W

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu tepung kentang
  • 2 sudu tepung jagung
  • 2 sudu serbuk bawang putih
  • 2 sudu serbuk bawang merah
  • 2 sudu chilli powder
  • 1/2 sudu garam
  • 1/2 sudu lada hitam
  • 1/2 – 1 cawan Air sejuk untuk bancuhan
  • 2 biji Bawang holland potong bulat.
  • 1 cawan Breadcrumb

Cara buat Onion Ring Ala Ala  A&W

  1. Satukan kesemua bahan bersama air sejuk jangan terlalu pekat.
  2. Celup bawang kedalam bancuhan tepung dan celup pada bredcrumb dan goreng hingga garing.
    # cara yang sama jika nak simpan frozen.

Sumber: Farah Diba dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Onion Ring Cheese

5-6 orang makan

Bahan-bahan

  • Bawang Holand 3-4 biji potong bulat
  • Cheese chedar 6 keping hiris nipis
  • Telur 2 biji
  • Tepung 1 cawan
  • Serbuk Roti
  • Minyak untuk goreng

Cara buat Onion Ring Cheese

  1. Letak cheese dalam bawang tu selepas itu dabkan bawang dalam tepung gandum
  2. Dan celup, ratakan dalam telur, angkat masukkan dalam serbuk roti, lekatkan dengan serbuk roti.
  3. Panaskan minyak dan goreng hingga perang.

Sumber: Nohani Derahman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Onion Ring 3 Bahan

Bahan-bahan

  • Bawang Holland (hiris bulat)
  • Serbuk roti
  • Tepung bonchef spicy (bancuh pekat)

Cara buat Onion Ring 3 Bahan

  1. Celupkan bawang dalam tepung.
  2. Goreng, angkat dan siap.

Sumber: Suraya Anida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Onion Ring

Bahan-bahan

  • Bawang holland
  • Serbuk roti
  • Air secukupnya
  • Tepung Bestari
    (Kalau suka pedas , beli yang pedas tu)
    (Kalau tak suka pedas , beli yang original)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara buat Onion Ring

  1. Bancuh tepung bestari dengan air, bancuh macam nak buat lempeng.
  2. Potong bulat-bulat bawang holland, masukkan ke dalam bancuhan tepung bestari.
  3. Kacau sebati.
  4. Masukkan bawang yang disalut dengan tepung ke dalam serbuk roti, salutkan sampai semua bahagian kena serbuk roti , masuk satu-satu ye jangan masuk banyak-banyak.
  5. Dah siap boleh laa goreng pastikan minyak betul panas baru goreng nanti takut berminyak sangat goreng api perlahan dan sekejap nanti hangus. Siap.

Sumber: Nad Nouyu dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Alternatif Snek Barat Selain Daripada Onion Ring.

Jika and tidak gemarkan bawang, anda mungkin boleh menukar menu snek barat anda kepada yang lain. Ini 5 menu snek barat yang tidak rugi untuk dicuba.

1. French Fries

French fries adalah kentang yang dipotong memanjang dan digoreng sehingga garing. Ia dibuat menggunakan kentang yang dipotong memanjang, direndam dalam air sejuk, dikeringkan dan digoreng dua kali untuk mendapatkan hasil yang garing di luar dan lembut di dalam.

2. Chicken Nugget

Chicken nugget adalah kepingan ayam yang dikisar halus, dibentuk, dibalut dengan tepung roti dan digoreng. Bahan utamanya ialah daging ayam cincang, tepung roti, telur, tepung gandum dan perasa.

3. Hash Brown

Hash brown adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada kentang yang diparut halus, dibentuk rata dan digoreng. Ia memerlukan kentang yang diparut, bawang yang dicincang halus, tepung jagung dan perasa.

4. Cheese Stick

Cheese stick adalah makanan ringan yang diperbuat daripada keju yang dibalut dengan tepung roti dan digoreng. Bahan-bahannya termasuk keju mozarella, tepung gandum, telur dan serbuk roti.

5. Spring Roll

Spring roll adalah sejenis makanan yang dibuat dengan menggunakan kulit pastri nipis yang diisi dengan sayur-sayuran dan digoreng. Bahan-bahan yang diperlukan ialah kulit pastri, lobak, wortel, kubis, bawang dan perasa.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply