Egg tofu atau tofu telur ini merupakan salah satu bahan yang berkhasiat dan kaya dengan protein. Resepi egg tofu juga sangat mudah dibuat, walaupun nampak ringkas tetapi sangat enak dimakan bersama nasi panas.

Jika anda tiada selera, cubalah pelbagai resepi yang kami kongsikan ini. Pasti berselera!

1. Resepi Egg Tofu Masak Sos Tiram

Bahan-bahan

  • 1 batang egg tofu
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 inci halia (hiris memanjang)
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Sedikit kicap
  • Serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh tepung jagung (dibancuh)
  • Air
  • Daun bawang (dihiris)
  • Cili merah (dihiris)

Cara buat egg tofu

  1. Potong egg tofu dan salutkan dengan tepung jagung, goreng sehingga berwarna keperangan. Ketepikan.
  2. Tumis bawang putih dan halia hingga garing. Tambahkan air dan bahan perasa.
  3. Masak hingga mendidih. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan cili merah. Kacau hingga pekat, tutupkan api.
  4. Tuangkan sos tadi ke atas tofu dan hiaskan dengan daun bawang. Sedia untuk dihidang.

Tips: Salut tofu dalam minyak terendam. Apabila sudah perang baru terbalikkan untuk mengelakkan tofu hancur.

Sumber: Nana Sabrina Sarsan dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Egg Tofu Seafood

Bahan-bahan

  • Egg tofu
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Kiub ayam
  • Sos tiram
  • Sotong
  • Brokoli
  • Lobak merah
  • Kobis bunga
  • Jagung
  • Telur purih
  • Tepung jagung (dibancuh)

Cara buat egg tofu

  1. Goreng egg tofu dengan api sederhana sehingga garing. Ketepikan.
  2. Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bawang putih.
  3. Masukkan sotong.
  4. Kemudian, masukkan sayuran. Tambahkan kiub pati ayam dan sos tiram.
  5. Masukkan telur putih diikuti dengan tepung jagung yang sudah dibancuh.
  6. Tuangkan sos yang sudah siap ke atas tofu dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Amelia Tamby Hussin dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Egg Tofu Masak Sayur Campur

Bahan-bahan

  • Egg tofu
  • Sayur campur
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 biji telur
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang merah kecil
  • 1/2 inci halia

Cara buat egg tofu

  1. Goreng egg tofu dan ketepikan.
  2. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga garing.
  3. Masukkan sos tiram dan sedikit air.
  4. Masukkan sayur campur dan biarkan masak sekejap sehingga lembut.
  5. Tuangkan egg tofu yang sudah digoreng dan perasakan.
  6. Pecahkan telur, kacau sekejap dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Che Wanie dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Egg Tofu Masak Sup

Bahan-bahan

  • Egg tofu
  • Tepung jagung / tepung ubi
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cawan air
  • 1 batang lobak merah
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 biji telur (dikacau dan tuang secara egg drop)
  • Air tepung jagung
  • Garam / serbuk perasa
  • Serbuk lada putih dan lada hitam
  • Sayur pilihan
  • Daun bawang

Cara buat egg tofu

  1. Lumurkan egg tofu dengan tepung jagung atau tepung ubi. Goreng dengan sedikit minyak hingga sedikit garing dan ketepikan.
  2. Tumis bawang putih, masukkan air.
  3. Masukkan lobak merah, sos tiram, telur dan air tepung jagung.
  4. Perasakan dan tambahkan serbuk lada putih dan lada hitam.
  5. Masukkan egg tofu yang telah digoreng. Taburkan daun bawang dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Fiza Yusof dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian, perkongsian resepi egg tofu dari kami. Semoga dapat memberi idea kepada anda.

Kami juga ada kongsikan resepi sup telur, resepi rasam dan resepi telur masak kicap untuk anda cuba.

Selamat mencuba!

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply