Sup Tulang Merah ialah hidangan berkuah yang terkenal di Malaysia dan Singapura, yang menggunakan tulang lembu sebagai bahan utama. Sup ini mendapat namanya daripada warna merah yang dihasilkan daripada campuran rempah dan lada merah yang dimasak bersama tulang lembu sehingga empuk.
Bahan-bahan utama termasuk tulang lembu, bawang merah, bawang putih, halia, serai, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, lada merah, garam dan serbuk perasa. Cara masak dimulakan dengan menumis bawang dan rempah-rempah sehingga wangi, kemudian masukkan tulang lembu dan air secukupnya. Masak dengan api perlahan selama 2-3 jam sehingga tulang empuk dan kuah pekat.
1. Resepi Sup Tulang Merah
Bahan-bahan
- Tulang atau gearbox kambing/lembu
- Bawang holland
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili kering
- Tomato
- Tomato puri
- Sos cili
- Bawang goreng
- Mix herb
- Gula merah
- Garam
- Kiub lembu
- Saleri
- Lobak merah
- Minyak masak
- Rebus tulang hingga empuk
- Kisar cili kering
- Kisar bwg merah,putih dan tomato
- Potong dadu bwg holland dan tomato
- Potong kasar lobak dan seleri
Cara buat Sup Tulang Merah
- Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak
- Masukkn tomato puri, sos cili dan bawang holland yang telah didadu, tumis seketika.
- Masukkn lobak, saleri dan tomato yang telah di dadu.
- Masukkn tulang yang telah di rebus empuk dan air rebusan unutk jadikan kuah.
- Masukkn mix herb, kiub lembu dan bawang goreng.
- Masukkn garam dan gula merah (secukup rasa).
- Masak sehingga lobak agak lembut.
- Kalau kuah agak cair, boleh bancuhkan sedikit tepung jagung untuk dapatkan kuah yang sedikit pekat.
Sumber: Fazilawati M.Yusof dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Sup Tulang Merah Singapore
Bahan-bahan
- 1 kilo tulang kambing gearbox (tulang lembu pun boleh)
- ¼ senduk tomato sos
- ½ senduk cili sos
- 1 senduk cili kering kisar
- ¼ senduk minyak untuk menumis
- 1 tin kecil tomato puree
- 2 sudu besar bawang goreng
- 5 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar jintan putih
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- Sedikit rempah kasar 4 beradik – bunga lawang, buah pelaga, cengkih dan kayu manis
- Garam, gula
- Pewarna merah
Cara buat Sup Tulang Merah Singapore
- Tulang direbus hingga empuk. Air rebusan jangan dibuang. Goreng jintan manis dan jintan putih tanpa minyak hingga agak garing, kemudian dimesin halus.
- Bawang merah, bawang goreng, bawang putih dan halia diblend bersama dan kemudian tumis dalam kuali dengan minyak.
- Masukkan jintan yang dimesin dan rempah-rempah kasar dan juga tomato sos, tomato puree, cili kering kisar, lada hitam dan cili sos.
- Tumis hingga garing dan naik bau, masukkan pewarna merah. Kemudian masukkan hasil tumisan ini ke dalam air rebusan tulang tadi dan masak hingga agak pekat dan berkuah.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sedap dimakan dengan roti dan juga nasi. Tabur kubis dan cili sikit untuk hiasan.
Sumber: Juwita Afifah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Stew Gearbox/Sup Tulang Merah
Bahan-bahan
- 1kg gearbox
- 1kg daging
- 1 mangkuk Cili kering (kisar)
- 2 sudu tepung jagung (bancuh air)
- 3sdb Sos cili
- 1 tin kecil tomato puree
- 3sdb Sos Tiram
- Lobak Merah dipotong panjang
- Kentang dibelah 4
- 1 tin Kacang Peas
- Ketumbar,Jintan manis, lada hitam, kulit kayu manis. Bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang (kisar halus) @ ambil isi dalam sup bunjut je senang.
- Bunga Lawang/ kayu Manis (yang ni tak perlu hancurkan)
- 3 labu Bawang merah besar /5ulas bawang putih/ Halia (kisar)
- Serai (ketuk)
- Sup bunjut (3 bunjut)
- Kiub pati lembu @ ayam @ ikan bilis
- Garam secukup rasa
Cara buat Stew Gearbox/Sup Tulang Merah
- Rebus daging/gearbox bersama halia hiris/ serai sampai dagingnya empuk. Dah lembut ketepikan .
- Panaskan minyak tumis bahan kisar bawang putih/merah/ halia, serbuk jintan (bahan kisar halus tadi) . Bila pecah minyak, masukkan rempah 4 sekawan.
- Seterusnya masukkan tomato puree, gaul sebati masukkan cili kisar, Masukkan sos tiram/sos cili.
- Masak sampai betul pecah minyak dan aroma tumisan dia membangkit selera.
- Selesai menumis, masukkan kentang dan lobak merah, masak sampai dia empuk dan seterusnya masukkan air rebusan daging, beserta daging dan gearbox masak sehingga mendidih.
- Last sekali masukkan tepung jagung dan garam secukup rasa, bila dah cukup rasa baru masukkn kacang peas dan gaul rata. Siap! Boleh dimakan bersama nasi atau roti perancis.
Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Sup Tulang Merah/Bonesteak
Bahan-bahan
- 6kilo tulang kaki kambing
Bahan rempah
- 2 cawan sos cili.
- 1 stengah cawan sos tomato.
- 1 cawan tomato pure
- 4 cawan lada kering blend
- bawang merah 1 cawan stengah, bersihkan
- bawang besar 2 hingga 3 biji, bersihkan.
*(bawang besar dan bawang merah bersihkan dan blend) - Halia besar ibu jari kaki
2 inci x 3, bersihkan dan belah 2 dan ketuk dengan pisau besar untuk pecahkan ia - Garam & gula secukup rasa
Cara buat Tulang Merah/Bonesteak
- Basuh bersih tulang dan masukkan dalam periuk yang sesuai dan masukkan semua bahan rempah dalam periuk yang ada tulang tadi, masa ni boleh letak garam dan gula sedikit.
- Masak tulang baru perasakan lagi sama ada cukup atau tak masin manis pedasnya, letak sedikit air sampai tutup semua tulang tadi.
- Masak dengan api sederhana besar selama 1 stengah jam hingga ke 2 jam sampai daging yang ada kat tulang tu lembut, setiap 10 @ 15 minit kacau sup.
- Bila daging yang ada pada tulang tu dah agak lembut bermakna sup tulang kita dah ready.
- Kalau masih belum lembut boleh tambah air sikit, dan masak sampai nak pekat mana kuah tu, boleh tutup api dan sedia untuk dimakan, jangan lupa tabur hirisan sayur kobis.
Sumber: Lailawati Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Variasi Menu Sup Yang Sering Menjadi Pilihan?
Sup Tulang Merah adalah menu yang enak jika dihidangkan. Namun selain Sup Tulang Merah, terdapat banyak lagi variasi sup yang menjadi pilihan. Antaranya adalah:
1. Sup Ekor
Sup Ekor adalah hidangan berkuah yang menggunakan ekor lembu yang dipotong-potong dan dimasak dengan rempah ratus serta sayur-sayuran.
2. Sup Gear Box
Sup Gear Box merupakan hidangan popular yang menggunakan tulang lutut lembu yang kaya dengan sumsum, dimasak dalam kuah pekat dengan campuran rempah ratus istimewa.
3. Sup Rusuk
Sup Rusuk adalah hidangan yang menggunakan rusuk lembu yang dimasak lama sehingga empuk dalam kuah yang kaya dengan perisa rempah dan herba tempatan.
4. Sup Tulang Float
Sup Tulang Float ialah hidangan sup yang menggunakan pelbagai jenis tulang lembu yang dimasak hingga kuahnya menjadi pekat dan berkrim secara semula jadi.
5. Sup Torpedo
Sup Torpedo adalah hidangan berkuah yang menggunakan daging lembu pilihan, dimasak dengan campuran rempah ratus tradisional sehingga menghasilkan kuah yang pekat dan berempah.