Pengat pisang dah selalu sangat kita dengar dan makan, apakata sesekali tukar selera anda kepada pengat labu. Rasa manis buah labu yang akan memikat anda apabila anda menjamahnya, terutama sekali jika resipi asli Kelantan. Jom kami ingin kongsikan resepi pengat labu ini.
Jom kita try!
1. Resepi Pengat Labu Campur Biji Sagu
Bahan-bahan
- Labu
- Sagu( basuh, toskan)
- 1 kotak santan (jenama Kara)
- Air secukupnya
- Sedikit garam
- Gula putih
- Gula Melaka
- Daun pandan
Cara buat Pengat Labu Campur Biji Sagu
- Potong labu bentuk kiub. Saiz agak tak terlalu kecil atau besar.
- Cincang gula melaka, simpulkan daun pandan.
- Masukkan daun pandan, air, garam, gula dan juga gula melaka yang dicincang tadi. Panaskan periuk.
- Setelah gula melaka larut. Masukkan labu dan santan.
- Setelah, labu separuh masak, baru masukkan sagu.
- Masak sehingga labu masak dan biji sagu menjadi jernih.
- Siap boleh di hidang kan sejuk atau panas.
Sumber: Ida Akmal Idameor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Pengat Labu Bertangkai
Bahan-bahan
- Labu yang sudah di rebus* (boleh di lenyek@blender)
- Tepung pulut*
- Air*
- Tepung pulut sedikit
- Pewarna hijau
- Air
Cara buat Pengat Labu
- Campurkan semua sekali bahan bertanda* gaul sampai jadik doh.
- Bulatkan kecil, dibentuk menggunakan lidi sate.
- Untuk tangkai sama juga. Campurkan bahan bertanda* gaul sampai jadi doh dan bentukkan memanjang seperti tangkai labu.
- Lekatkan dekat labu tadi, dah siap buah labu tadi bolehlah direbus dalam air panas.
- Bila dah timbul angkat buah labu masukkan dalam air sejuk biar jangan melekat.
- Akhir sekali, masakkan air, santan, gula melaka & daun pandan. Masukkan buah labu tadi..
- Dah masak tutup api. Siap.
Sumber: Norfadilah Ibrahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Pengat Labu Telur
Bahan-bahan
- Sebiji labu kuning (dipotong kecil)
- 4 keping nisan kerek @ nisan Terengganu
- Secubit garam
- Santan kotak 500 ml
- Segenggam sagu halus
Cara buat Pengat Labu Telur
- Rebus sagu halus sehingga kembang kemudian tapis dan siram air paip supaya hilang kanjinya. Ketepikan.
- Potong nisan kerek dan masak bersama santan dan secubit garam. Tambah air sebanyak 500 ml (ukur guna kotak santan tadi).
- Bila nisan kerek dah hancur masukkan labu. Pecahkan telur ke dalam mangkuk kecik. Pukul dengan garfu seketika.
- Tuang perlahan kedalam kuah pengat yang mendidih. Pastikan sebelah tangan lagi kacau kuah pengat supaya telur tak berketul.
- Bila labu dah empuk, masukkan sagu biji yang ditapis tadi. Siap.
Sumber: Zainab Abu Bakar dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
4. Resepi Pengat Labu Campur Butir Nangka
Bahan-bahan
- Buah labu (direbus)
- Tepung gandum
- Tepung pulut
- Air
- Secubit garam
- Gula pasir
- Gula merah
- Santan
- Susu cair
- Daun pandan
Cara buat Pengat Labu Campur Butir Nangka
- Tepung gandum + tepung pulut +air + secubit garam. Gaul sebati bagi dua bahagian. Letak pewarna ikut suka.
- Nak bentukkan ikut suka. Panaskan air dalam periuk atau kuali.
- Agak mendidih masukan butir nangka tu. Kalau dah terapung tu namanya dah masak, angkat dan toskan.
- Air rebus labu tadi, masukan gula pasir + gula merah.
- Masukan butir nangka tadi, agak nak didih masukan santan+ susu cair sikit. Letak garam secubit.
- Letak daun pandan. Dah didih tu matikan api. Boleh dihidangkan.
Sumber: Faizlinda Yacob dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Akhir kata
Semoga dengan perkongsian resepi kali ini mendapat sedikit idea menu minum petang anda.
Kami juga ada sediakan resepi pengat ubi kayu untuk anda.
Selamat mencuba!