Cucur bawang adalah sejenis kuih tradisional Malaysia yang diperbuat daripada tepung gandum yang dicampur dengan bawang dan kemudian digoreng sehingga garing dengan tekstur rangup di luar dan lembut di dalam. Bahan-bahan utama untuk membuat cucur bawang ialah tepung gandum, bawang merah yang dihiris halus, udang kering yang ditumbuk, daun kucai yang dipotong halus, lada hitam, garam dan air.

Cara memasaknya adalah dengan mencampurkan semua bahan kering, kemudian menambah air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat. Kemudian, adunan digoreng dalam minyak panas dengan menggunakan sudu untuk membentuk cucur yang nipis. Cucur bawang sesuai dihidangkan sebagai hidangan minum petang bersama teh atau kopi panas. Ia selalu dijadikan snek ringan untuk sarapan pagi atau minum petang, dan dihidangkan bersama sos cili sebagai pencicah.

1. Resepi Cucur Bawang / Jemput Bawang Simple

Bahan-bahan

  • Bawang merah dipotong dadu
  • Tepung gandum
  • Garam
  • Air panas yang baru mendidih.
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara buat Cucur Bawang / Jemput Bawang Mudah

  1. Campurkan tepung gandum, garam dan bawang merah.
  2. Selepas itu masukkan air panas, gaul guna senduk sehingga sebati, adunan tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.
  3. Sapukan sedikit minyak di tapak tangan, ambil sedikit adunan, kemudian bulat-bulatkan.
  4. Panaskan minyak, kemudian goreng adunan hingga keperangan. Siap.

Sumber: June June Meq dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Cucur Bawang Udang Geragau

Bahan-bahan

  • 1/2kg tepung gandum
  • 1 biji bawang merah (potong dadu)
  • 1/2 peket udang geragau
  • 1 sudu kecil garam
  • *1 sudu kecil secukup rasa (optional)
  • Air panas mendidih secukupnya

Cara buat Cucur Bawang Udang Geragau

  1. Campurkan semua bahan kecuali air, gaul rata kemudian tuang air panas mendidih perlahan lahan sambil dikacau tepungnya.
  2. Tepung akan sedikit masak lepas kita masukkan air panas.
  3. Masukkan air sehingga tepung boleh buat doh bulat.
  4. Kemudian sapu sedikit minyak masak pada tangan untuk membentuk adunan menjadi bulat.
  5. Goreng dengan api yang sederhana sehingga cucur kekuningan.

Sumber: Tengku Norazlin Tengku Murdzapar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Cucur Bawang Gebu

Bahan-bahan

  • Tepung Gandum
  • Bwg besar dadu
  • Ikan bilis belah
  • Cili merah
  • Daun kucai
  • Garam
  • Gula skit
  • Serbuk pati ikan bilis
  • Satu sudu kecil baking powder (optional)

Cara buat Cucur Bawang Gebu

  1. Gaul semua bahan bersama air panas campur air masak.
  2. Goreng dengan minyak yang banyak dan betul-betul panas.

Sumber: Noor Azura dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Cucur Bawang Montel Gebu Gebas

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu tepung beras
  • 1 sudu tepung jagung
  • 2 sudu besar yis
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 labu bawang merah besar dipotong halus
  • carrot yg dipotong halus
  • Cili merah dipotong halus
  • daun bawang potong halus
  • 1 sudu kecil garam halus.
  • Sedikit pewarna kuning@kunyit.
  • Air untuk adun

Cara buat Cucur Bawang Montel Gebu Gebas

  1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas. Masukkan air sedikit demi sedikit, jangan terlalu lembik dan jangan terlalu keras.
  2. Adun sehingga sebati, perap sekejap dalam 20min -30 minit.
  3. Panaskan minyak, pastikan minyak betul panas, masukkan adunan dan goreng sehingga warna keemasan. Angkat dan toskan.
  4. Hidangkan bersama-sama sos cili biasa atau lebih sedap dimakan bersama dengan sos pencicah.

Sumber: Sue Haiza dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Antara 5 hidangan kuih yang terkenal selain cucur bawang adalah seperti berikut:

1. Cucur Udang

Cucur udang adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung gandum, udang, sayur-sayuran seperti kacang buncis dan lobak merah. Ia digoreng sehingga garing dan selalunya dihidangkan untuk minum petang.

2. Pisang Goreng

Pisang goreng adalah kudapan yang dibuat daripada pisang yang dicelup dalam adunan tepung gandum dan digoreng sehingga keemasan.

3. Keropok Lekor

Keropok lekor adalah makanan tradisional yang berasal dari Terengganu. Ia diperbuat daripada ikan yang dikisar dengan tepung sagu dan perisa-perisa tertentu. Ia boleh dimakan sama ada digoreng atau direbus.

4. Cucur Badak

Cucur badak adalah kuih tradisional yang diperbuat daripada ubi keledek yang dilumatkan dan dibentuk dengan inti kelapa yang berempah. Ia digoreng sehingga warna keemasan dan dihidangkan semasa minum petang.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply