Maggi goreng ialah sejenis hidangan mi segera yang selalunya di kedai-kedai mamak atau gerai tepi jalan. Ia terdiri daripada mi Maggi yang digoreng bersama dengan sayur-sayuran, telur, daging, makanan laut dan perencah. Maggi goreng mempunyai rasa yang pedas dan manis, serta tekstur yang sedikit garing dan kenyal.

Bahan-bahan utama untuk membuat Maggi goreng termasuklah mi Maggi, telur, sayur-sayuran seperti sawi, kubis, atau taugeh, serta perencah-perencah seperti kicap dan sos cili. Untuk membuat Maggi goreng, mi Maggi direbus terlebih dahulu sehingga lembut dan kemudiannya ditoskan. Sayur-sayuran dan telur kemudiannya digoreng dalam kuali sehingga masak, dan mi Maggi yang telah direbus ditambah dan digoreng bersama-sama.

1. Resepi Maggi Goreng

Bahan-bahan

  • 3 bungkus Maggi, rebus separuh masak dan toskan
  • 1 biji bawang merah saiz besar, potong kasar
  • Lobak, potong memanjang
  • Daun sup atau daun kucai
  • Cili (pilihan)
  • 3 sudu makan cili boh atau cili kisar
  • Garam
  • Gula
  • Kicap manis
  • Kicap masin
  • Udang/sotong (pilihan)
  • Minyak
  • 1 biji telur
  • 1 peket perencah Maggi

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan cili kisar, bawang dan lobak.
  2. Apabila minyak sudah pecah, masukkan kicap, bahan perasa, perencah Maggi kari/ayam, dan udang/sotong (jika digunakan). Kacau selama 3 minit.
  3. Masukkan mee yang telah direbus tadi. Kacau sebati dan kurangkan api ke tahap perlahan. Pecahkan telur ke dalam kuali.
  4. Tunggu selama 3 minit sebelum mengacau semula. Masukkan daun bawang dan cili.
  5. Maggi goreng sudah sedia untuk dihidang.

Sumber: Nana Sabrina Sarsan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Maggi Goreng Ala Thai

Bahan-bahan

Bahan tumbuk

  • Bawang merah – 3 biji
  •  Bawang putih – 3 ulas
  • Cili padi – 5 biji

Bahan hiris

  • Daun limau purut – 5 helai
  • Daun kucai – 3 ikat (optional)
  • Daun ketumbar – 3 helai

Bahan lain

  • Maggi – 1 bungkus (dicelur)
  • Telur ayam – 1 biji
  • Kiub pati ikan bilis – 1/2
  • Air limau nipis – 1/2 biji
  • Udang @ sotong
  • Sos ikan – 2 sudu besar
  • Sos tiram – 2 sudu besar
  • Chili flakes – 2 sudu besar
  • Maggi cukup rasa – 1 sudu kecil

Cara buat Maggi Goreng Ala Thai

  1. Panaskan kuali & masukkan minyak masak.
  2.  Masukkan telur & kacau seketika, angkat & asingkan.
  3. Masukkan bahan tumbuk & kacau.
  4. Masukkan sos ikan + sos tiram + daun limau purut + kiub pati ikan bilis + udang @ sotong.
  5. Kacau sebati & masukkan pula jus limau nipis.
  6. Masukkan maggi yang telah dicelur & kacau sebati.
  7. Taburkan pula maggi cukup rasa + daun kucai & telur yang telah digoreng.
  8. Kacau sebati & biarkan seketika.
  9. Masukkan pula hirisan daun ketumbar & chili flakes.
  10. Tutup api & sedia untuk dihidang.

Sumber: Adilah Razak dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Maggi Goreng Tom Yam

Bahan-bahan

  • Bawang putih tumbuk kasar
  • Bawang Holland belah 4
  • Isi ayam, udang
  • Daun limau purut
  • 3kiub tomyam
  • Minyak utk menumis.

Cara buat Maggi Goreng Tom Yam

  1. Masukkan air 3cwn (agak-agak) jangan banyak sangat takut kembang maggi.
  2. 4 keping maggi kering.
  3. Slowkan api.. Masak sampai maggi tu lembut, sementara itu boleh letak sayur (sentiasa gaul takut air kering).

Sumber: Wafiza Amir dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Maggi Goreng Cili Padi

Bahan-bahan

  • 3 ulas Bawang putih*
  • 4 ulasbawang kecik merah*
  • 1 biji bawang Holland dadu
  • 6 batang cili padi merah*
  • 2 paket Maggi di rendam air paip hingga kembang dan tos airnya
  • 2 biji tomato hiris
  • 6batang crab stik potong 5
  • 8 biji meatball potong 4
  • 2sudu makan sos tiram
  • 1sudu makan kicap pekat karamel
  • Garam secukup rasa jika perlu
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara buat Maggi Goreng Cili Padi

  1. Bahan bertanda * ditumbuk halus dan tumis hingga wangi dan garing.
  2. Kemudian masukkan meatball, sos tiram, kicap pekat karamel dan sedikit air hingga meatball masak.
  3. Kemudian baru masukkan crabstik dan tomato hiris, kacau rata kalau nak masukkan sawi pun boleh.
  4. Masukkan Maggi tadi aduk rata dah siap.

Sumber: Ropiah Sedek dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

Selain Maggi Goreng, Apa Makanan Mamak Yang Popular?

Selain Maggi Goreng, terdapat pelbagai makanan lain yang juga popular di kedai-kedai mamak di Malaysia. Berikuat ialah 4 makanan mamak yang diminati ramai:

1. Roti Canai

Roti Canai ialah sejenis roti rata yang diperbuat daripada tepung gandum, air, dan sedikit garam, yang diuli sehingga elastik dan kemudiannya diregangkan dan dilipat beberapa kali sebelum dimasak di atas tawe. Roti Canai selalunya dihidangkan dengan kari dhal atau kari ayam sebagai sarapan, minum petang dan makan malam.

2. Nasi Lemak

Nasi Lemak ialah hidangan nasi yang dimasak dengan santan dan daun pandan, serta dihidangkan dengan sambal, ikan bilis, kacang, timun, dan telur. Nasi Lemak selalunya dijadikan sarapan atau hidangan pada waktu pagi, dan boleh didapati di kebanyakan kedai mamak di seluruh Malaysia.

3. Mee Goreng Mamak

Mee Goreng ialah sejenis hidangan mi yang digoreng bersama dengan sayur-sayuran, tauhu, telur, dan kadangkala udang atau sotong, serta perencah-perencah seperti kicap, sos cili, dan cili segar yang dipotong. Mee Goreng Mamak mempunyai rasa yang pedas dan manis, serta tekstur yang sedikit garing dan kenyal.

4. Teh Tarik

Teh Tarik ialah minuman teh susu yang diperbuat daripada teh pekat yang dicampur dengan susu pekat manis dan kemudiannya dituang berulang kali di antara dua bekas untuk menghasilkan buih yang tebal dan tekstur yang lembut. Teh Tarik selalunya dihidangkan panas-panas atau suam.

5. Roti Tissue

Roti Tissue ialah sejenis roti yang sangat nipis dan rangup, yang diperbuat daripada doh roti canai yang diregangkan sehingga menjadi sangat nipis dan kemudiannya digoreng sehingga garing.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply