Nasi goreng belacan adalah hidangan nasi yang dimasak dengan belacan (udang yang difermentasi), bawang merah, bawang putih, cili dan sayur-sayuran. Bahan-bahan asas termasuk nasi putih sejuk, belacan bakar, telur, sayur-sayuran (seperti kubis, lobak merah, kacang panjang), bawang merah, bawang putih, cili padi, garam dan minyak masak.

Cara memasak dimulakan dengan menumis bawang merah, bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan belacan yang telah dibakar dan dihancurkan, diikuti dengan sayur-sayuran. Masukkan nasi dan kacau rata. Tambah telur dan kacau sehingga sebati. Perasakan dengan garam mengikut citarasa.

1. Resepi Nasi Goreng Tumbuk Mak Mok

Bahan-bahan

Bahan Tumbuk 

  • Cili Kering
  • Bawang Besar 1 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Belacan sikit( optional)
  • Ikan Bilis

Cara buat nasi goreng tumbuk mak mok

  1. Panaskan minyak. Masukkan bahan tumbuk tadi.
  2. Selepas itu, ada baki bahan tumbuk kat lesung tadi kan, masukkan air sikit, kacau  biar bersih, masukkan sekali dlm tumisan tadi(rahsia nasi goreng jdi sedap).
  3. Masukkan garam, tumis smpai garing.
  4. Masukkan nasi dan gaul rata & siap

Sumber: Burger Meleleh BP dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Nasi Goreng Belacan/Ikan Bilis Tumbuk

Bahan-bahan

  • Nasi putih
  • Bawang kecil, bawang putih, cili merah, cili padi, ikan bilis dan belacan (semua ni kena tumbuk dengan lesung batu)
  • Telur sebiji dua, fish cake, nak letak udang pun boleh tapi biasanya mak letak ikan bilis dgn telur
  • Sayur kacang panjang@buncis, carrot dan kobis dihiris halus
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup untuk hiasan

Cara buat nasi goreng belacan

  1. Tumis bahan tumbuk tadi dengan sedikit minyak (minyak jangan banyak nanti nasi goreng berminyak tak sedap).
  2. Dah tumis bahan hingga agak garing masukkan fish cake, pecahkan telur biar telur seketika dan baru gaul.
  3. Masukkan sayur dan garam secukup rasa, kemudian masukkan nasi kacau hingga rata, siap untuk dimakan.

Sumber: Jaja Noriza dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Nasi Goreng Belacan Thai Style

Bahan-bahan

Nasi

  • 2 mangkuk nasi putih
  • 1 labu bawang holland
  • Belacan agak2 sebesar ibu jari (bakar sedikit dan dihancurkan jadi serbuk)
  • 2sd sos tiram
  • sedikit serbuk pati ayam@ megi cukup rasa
  • garam secukup rasa
  • Sdkt minyak

Ayam goreng belacan

  • 300gm isi ayam- dipotong kecil2 @diblend
  • 1 labu bwg holland(dihiris)
  • 3 sb kicap
  • 2 sd sos tiram
  • Belacan sebesar ibu jari( dibakar sedikit dan dihancurkan jadi serbuk)
  • sedikit garam dan gula
  • Sedikit minyak

Hiasan

  • Potong nipis memanjang*
    *Timun
    *Mangga muda
    *Nenas
  • Cili api
  • Telur(dadar dan potong halus)
  • Udang kering @udang kepal merah di sangai dan perasakan dengan gula dan garam

Cara buat nasi goreng belacan thai style

Ayam goreng belacan

  1. Panaskan sedikit minyak (lebih kurang 3 sb) dan masukkan bawang.
  2. Kacau seketika dan masukkan ayam, belacan, goreng sehingga ayam masak, masukkan belacan kacau lagi sampai sebati, masukkan sos tiram dan kicap.
  3. Masukkan sedikit air dan goreng hingga kering.

Nasi Goreng 

  1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak( lebih kurang 3 sb) dan masukkan bawang yg dihiris. Goreng hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan belacan dan garam secukup rasa dan kacau rata.
  3. Masukkan serbuk pati ayam, nasi dan goreng sehingga nasi masak.
  4. Hidangkan panas bersama ayam goreng belacan, telur dadar yang telah dipotong nipis dan semua bahan hiasan tadi. Bagi yg suka makan pedas bolehlah ditambah cili api tambahan.

Sumber: Ruhil Samuel dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Menu Nasi Goreng Yang Popular.

Selain Nasi Goreng Belacan, banyak lagi resepi nasi goreng yang menarik dan semestinya enak dimakan. 5 antaranya adalah:

1. Nasi Goreng Kampung

Nasi goreng kampung adalah variasi nasi goreng yang popular di Malaysia yang menggunakan bahan-bahan tempatan seperti bawang merah, bawang putih, cili padi, kangkung dan telur. Hidangan ini lebih pedas berbanding nasi goreng biasa.

2. Nasi Goreng Cina

Nasi goreng Cina atau Chinese fried rice menggunakan bahan seperti lobak merah, kacang peas, telur dan sayur-sayuran cincang. Masakan ini biasanya lebih ringan rasanya berbanding jenis nasi goreng yang lain.

3. Nasi Goreng Pataya

Nasi goreng yang dibungkus dengan telur dadar nipis di luarnya, menjadikannya kelihatan seperti amplop. Di dalamnya terdapat nasi goreng yang dimasak dengan sayur-sayuran dan sos.

4. Nasi Goreng USA

Nasi goreng USA (Udang, Sotong, Ayam) menggabungkan tiga jenis protein dalam satu hidangan. Ia dimasak dengan sayur-sayuran dan perasa yang memberikan rasa yang unik.

5. Nasi Goreng Paprik

Nasi goreng yang dimasak dengan sos paprik yang pedas dan manis, biasanya dihidangkan dengan ayam paprik atau makanan laut. Hidangan ini menggabungkan rasa pedas Thailand dengan masakan tempatan.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply