Anda mencari idea untuk kudapan minum petang? Apa kata anda cuba resepi kuih penyaram ini atau dikenali juga sebagai cucur jawa. Untuk mendapatkan kuih penyaram yang cantik ada beberapa teknik yang anda perlu tahu. Jom kami ingin kongsikan resepi ini untuk anda.
1.Resepi Kuih Penyaram Mudah
Bahan-bahan
- 2 cup tepung gandum
- 2 cup tepung beras
- 1 cup gula apong atau gula melaka
- 1 or 1/2 cup gula
- 2 cup air
Cara buat kuih penyaram mudah
- Gula apong dan gula campur dengan air di atas, gaul sampai gula nya larut.
- Baru lah tuang ke dalam tepung sikit demi sedikit, gaul sampai sebati
- Peram sekurangnya 3 jam, sebelum goreng.
Sumber: Nur Dan KasihNya dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
2. Resepi Kuih Penyaram
Bahan-bahan
- 1 cawan gula merah (masak dengan sedikit air)
- 1 bungkus tepung beras
- 2 cawang tepung gandum
- 1 cawan gula putih
- 100 ml santan
- Air secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
Cara buat kuih penyaram
- Satukan tepung beras, tepung gandum, gula putih & santan dlm satu bekas dan gaul.
- Masukkan gula merah yang telah sejuk dan gaul.
- Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit, gaul sebati & adunan tak berketul-ketul. Jangan terlalu cair.
- Siap untuk digoreng.
Tips
- Kalau nak kuih tu nampak cantik, adunan kena simpan semalaman.
- Jika kuih tak kembang masa menggoreng tu, kena tambah gula sedikit ke dlm adunan kuih.
- Semasa membancuh adunan kuih ni tak boleh bnyk cakap petua org tua.
Sumber: Norhamah Said dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
3. Resepi Kuih Penyaram
Bahan-bahan
- Gula putih satu cawan
- Gula merah satu cawan
- Air panas dua cawan setengah
#Cairkan gula putih + gula merah dengan air panas tapis dan sejukkan - Tepung beras 2 cawan
- Tepung gandum 2 cawan
Cara buat kuih penyaram
- Masukkan gula merah + gula putih yang telah sejuk tu ke dalam adunan tepung beras + tepung gandum.
- Gaul sebati sehingga adunan nampak halus tiada biji tepung lagi. (Nak lebih halus,boleh blend).
- Biarkan semalaman.
- Sebelum goreng, keluarkan dari ice box dalam setengah jam, kemudian boleh la goreng dengan minyak yang sikit.
#Teknik goreng tu kena selalu buat baru nampak cantik.
Sumber: Cik Sue dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Semoga perkongsian resepi kali ini dapat memberi sedikit idea untuk anda.
Nak lagi menu untuk kudapan petang seperti cakoi? Jom semak di sini!