Pavlova mini ialah sejenis pencuci mulut yang berbentuk kek meringue kecil, diperbuat daripada putih telur yang dipukul hingga kaku dengan gula, dibakar pada suhu rendah sehingga rangup di luar tetapi lembut di dalam. Ia biasanya dihias dengan krim putar, buah-buahan segar dan sos buah-buahan.

Untuk membuatnya, anda perlukan putih telur, gula kastor, tepung jagung, cuka putih dan perisa vanila. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil memukul hingga membentuk puncak tegar. Gaul tepung jagung, cuka dan vanila. Bentuk bulatan kecil di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 120°C selama 30 minit, kemudian kurangkan suhu kepada 90°C selama 1 jam.

1. Resepi Pavlova Mini / Comey

Bahan-bahan

  • 6 biji putih telur (telur gred A)
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sb esen vanilla
  • 1 sk jus lemon
  • 2 sb tepung jagung

Cara buat pavlova mini

  1.  Putar putih telur menggunakan mixer (kalau tiada mixer boleh pkai hand whisk) sehingga membentuk soft peak (agak-agak dah jadi sekali ganda dr kuantiti asal). Kemudian, baru tambahkan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga habis.
  2. Putar sehingga meringue kelihatan berkilat (glossy). Nak tau meringue jadi ke tak, bila kita angkat whisk, meringue akan bertanduk.
  3. Masukkan esen vanilla. Kacau guna spatula.
  4. Masukkan jus lemon. Kalau nak pkai cuka makan pun boleh.
  5. Masukkan tepung jagung. Kacau sehingga semuanya sebati.
  6. Masukkan ke dalam piping bag. Kalau tiada piping bag boleh gunakan plastik biasa tu, potong sedikit di hujung.
  7. Letakkan sedikit meringue di atas dulang sebagai gam kepada baking paper. Pipekan meringue di atas baking paper. Jangan lupa buatkan sedikit lubang di tengah pavlova supaya mudah nanti nak isikan whipped cream.
  8. Bakar meringue pada suhu 120 degree celcius selama 60 minit, api atas bwh sehingga meringue masak.
  9. Sejukkan meringue. Hiaskan dengan whipped cream & buah-buahan segar di atasnya.
  10. Ayakkan sedikit snow powder (bukan icing sugar tau) untuk effect yg mewah.
  11. Siap dan sedia utk dinikmati!

Whipping Cream

  1. Putar whipping cream sehingga kental dan bertanduk. Jgn overmix nanti cream akan jatuh/berair.
  2. Boleh juga pkai heavy cream dan tambahkan sedikit gula.

Buahan Segar

  1. Elok pkai buah-buahan yg masam mcm strawberi, anggur, kiwi dan peach.

TIPS PENTING UTK MERINGUE

  1. Pastikan telur berada pada suhu bilik.
  2. Pastikan tiada air atau minyak (walapun sedikit) sebab dua-dua ni musuh kepada meringue.
  3. Pastikan putih telur tidak bercampur dengan kuning telur.
  4. Boleh gunakan tisu, titiskan beberapa titik cuka makan. Swipe pada bowl mixer unttk hilangkan kesan air + minyak.

Sumber: Khairul Hasrol dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Mini Pavlova Nutella

Bahan-bahan

Bahan meringue

  • 4 biji putih telur
  • 200g gula castor
  • 1 sb tepung jagung
  • 1 sb cuka
  • 1 st esen vanilla

Cara buat mini pavlova nutella

  1. Pukul telur guna mixer sampai kembang (berbuih). Masukkan gula sedikit demi sedikit dan esen vanilla semasa memukul telur.
  2. Bila dah kembang “fluppy“, masukkan tepung jagung dan cuka dan kacau sahaja sampai sebati. Siap meringue.
  3. Letakkan meringue atas kertas pembakar ikut saiz dikehendaki, bentukkan.
  4. Bakar suhu 100 guna kipas selama 1jam 15min (ikut oven masing2 tapi masa bakar anggaran 1-11/2 jam) bila siap bakar jangan keluarkan terus, biarkan dengan pintu oven terbuka sikit selama 15min supaya meringue tak mendap dan merekah.

Topping guna fresh cream

  1. Pukul fresh cream sampai kental. Tunggu sejuk baru letak atas meringue , dan hiaskan dengan buah-buahan.

Sumber: Wa Fatiwa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Pavlova Mini Mudah

Bahan-bahan

  • 2 biji putih telur
  • 100gm gula kastor
  • 1sk tepung jagung
  • 1sk cream of tartar
  • 1sk vanilla powder

Cream

  • 1/2 cwn non dairy whipping cream
  • 1 sb susu segar

Cara buat pavlova mini mudah

  1. Putar telur hingga softpeak,
  2. masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga bertanduk dan berkilat.
  3. Masukkan tepung jagung, kacau guna spatula, masukkan cream of tartar kacau guna spatula, buat camtu gak dengan vanilla powder.

Cream

  1. Putar sehingga jadi cream dan paipkan atas pavlova.
  2. Hias dengan buah kegemaran.

Sumber: Zaza Rahman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Pencuci Mulut Comel Dan Enak Yang Popular?

Selain rasa yang enak, rupa yang comel juga dapat menaikkan selera. Ini ada 5 lagi pencuci mulut yang bukan sahaja enak malah turut mempunyai rupa bentuk yang comel dan menyelerakan.

1. Macarons

Macarons ialah sejenis biskut Perancis yang dibuat daripada tepung badam, putih telur dan gula, dengan pelbagai perisa dan warna. Ia mempunyai permukaan yang licin dan kaki (feet) yang khas di bahagian bawah biskut.

2. Cream Puffs

Cream puffs atau puff krim ialah sejenis pastri ringan yang diperbuat daripada doh choux yang dibakar sehingga mengembang dan berongga, kemudian diisi dengan krim putar yang lazat.

3. Lemon Meringue Tart

Lemon meringue tart ialah sejenis tart yang mempunyai lapisan pes lemon yang masam-manis, ditutup dengan lapisan meringue yang dibakar sehingga keemasan di atasnya.

4. Chocolate Soufflé

Chocolate soufflé ialah pencuci mulut yang dibuat daripada coklat, telur dan mentega, yang dibakar sehingga mengembang tinggi dengan tekstur yang ringan dan gebu.

5. Crème Brûlée

Crème brûlée ialah pencuci mulut klasik Perancis yang terdiri daripada lapisan krim puding yang lembut, ditutup dengan lapisan gula karamel yang keras dan rangup di atasnya.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply