Sambal penyet adalah hidangan yang berasaskan sambal yang dihancurkan atau “dipenyet” bersama bahan-bahan lain. Bahan utama termasuk cili merah, bawang merah, bawang putih, belacan, garam, dan gula. Ia selalunya dihidangkan bersama ayam goreng, tempe goreng, atau tauhu goreng.
Untuk memasaknya, goreng semua bahan sambal sehingga layu, kemudian tumbuk kasar menggunakan lesung batu atau penumbuk. Setelah itu, “penyet” atau tekan bahan-bahan yang telah digoreng seperti ayam atau tempe bersama sambal yang telah ditumbuk.
1. Resepi Sambal Ayam Penyet Ummph!
Bahan-bahan
- 3 Biji bawang Besar
- 5 ulas bawang Putih
- 10bijj cili api hijau
- 10biji cili api merah
- 5biji cili masak
- 3biji tomato
- Belacan
- Garam
- Gula
- Cukup Rasa
Cara buat sambal ayam penyet ummph
- Gorengkan semua bahan sampai layu.
- Angkat dan sejukkan.
- Blender kasar dan masakkan kembali dalam kuali. Perasakan dengan garam, gula dan cukup rasa.
- Dah siap.
Sumber: Norzy Yusuff dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Sambal Ayam Penyet Ala Khairul Aming
Bahan-bahan
- Goreng bawag merah sebiji
- Cili merah besar 4biji
- Cili padi 10 biji (boleh kurangkan)
- Belacan besar ibu jari
- Tomato 2 biji
- Air asam jawa
- Gula
- Garam
Cara buat sambal ayam penyet ala khairul aming
- Masak sampai layu semua bahan di atas.
- Ambil bahan goreng tadi, dan blender kasar, minyak tadi jangan buang.
- Blender masuk balik dalam kuali tadi, goreng balik letak gula dan garam sedikit, air asam jawa sikit.
- Goreng smpai pecah minyak siap.
Sumber: Sha Hendary dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Sambal Ayam Penyet (Tiada belacan dan Ikan Bilis)
Bahan-bahan
- 3 biji tomato
- 1 biji bawang besar (bawang holland)
- 4 biji cili besar
- 1 genggam cili padi
- 4-5 ulas bawang putih
Cara buat sambal ayam penyet
- Goreng dengan minyak sampai layu, tunggu sejuk.
- Blend sekali dengan minyak.
- Siap blend tumis semula hingga masak.
- Tambah minyak sikit. Masuk garam, gula dan perasa. Siap. Pedas desikkkk.
Sumber: Juniyatie Aqilah Mat Jusoh dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Mudahkan nak buat sambal ayam penyet. Buat banyak-banyak boleh simpan sebagai stok nanti.
Kami turut menyediakan pelbagai resipi mudah untuk anda cuba di rumah.
Selamat mencuba!