Aglio olio ialah hidangan pasta Itali yang ringkas tetapi penuh dengan rasa. Hidangan ini menggunakan bahan-bahan asas seperti minyak zaitun, bawang putih, lada hitam, garam, dan pasta jenis spaghetti. Boleh ditambah dengan udang atau ayam untuk menambah protein, serta cili kering untuk memberi sedikit kepedasan.
Cara masaknya mudah – rebus spaghetti hingga al dente. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan, masukkan cili kering (jika suka), garam dan lada hitam. Masukkan spaghetti yang telah direbus dan gaul rata. Boleh tabur dengan daun parsli dan parmesan cheese untuk hiasan.
1. Resepi Aglio Olio Simple
Bahan-bahan
- 1 paket spaghetti
- 1 mangkuk udang
- 5 ulas bawang putih
- 1 sudu besar chilli flakes
- 1 sudu besar lada hitam
- 2 sudu besar serbuk oregano
- Sedikit daun parsley (dihiris halus)
- 1 kiub ayam
- 3 keping cheese
- Tomato
Cara buat aglio olio
- Rebus spaghetti bersama minyak masak dan sedikit garam selama 7-8 minit. Toskan dan simpan sedikit air rebusan.
- Panaskan minyak masak @ olive oil. Tumis bawang putih yang telah dicincang sehingga naik bau.
- Masukkan chilli flakes dan daun parsley. Kemudian masukkan udang dan masukkan selama minit.
- Masukkan air rebusan tadi sedikit. Kemudian, masukkan oregano, lada hitam, cheese dan kiub ayam. Masak seketika.
- Masukkan spaghetti dan tomato. Boleh letak sotong atau sosej jika suka.
Sumber: Nur Masri dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Aglio Olio Seafood
Bahan-bahan
- 1kg seafood
- 500g spaghetti
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 3 sudu besar oregano flakes
- 3 sudu besar parsley flakes
- 3 sudu besar chili flakes
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
- 1 kiub pati ayam
- 2 sudu sos adabi seafood
- Minyak masak
- Brokoli
- Lobak merah
- Cherry tomato
Cara buat aglio olio
- Rebus spaghetti sehingga masak. Toskan.
- Rebus seafood dan tak perlu letak air. Toskan dan simpan air rebusan yang keluar dari seafood.
- Buka api perlahan dan tumiskan bawang putih.
- Masukkan semua flakes, kiub pati ayam, lada hitam dan sos seafood. Gaul sebati.
- Masukkan air rebusan seafood dan masukkan sayuran.
- Gaul rata dan masukkan spaghetti, diikuti dengan seafood. Gaul dan sedia untuk dihidang.
Sumber: Lina Kasmani dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Aglio Olio Pedas
Bahan-bahan
- 1 paket spaghetti
- 400g udang
- 400 sotong
- 10 biji cendawan butang
- 5 batang cili padi hijau (dihiris)
- 5 barang cili padi merah (dihiris)
- 1 biji bawang Holland (dipotong dadu)
- 7 ulas bawang putih (dicincang)
- 5cm mentega
- 5 sudu besar minyak zaitun (minyak masak pun boleh)
- 1 sudu kecil serbuk parsley
- 1 sudu kecil oregano
- 1 sudu kecil basil
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 sudu kecil serbuk cili / chilli flakes
- Garam dan serbuk perasa
- 2 senduk air rebusan spaghetti
Cara buat aglio olio
- Masak air sehingga mendidih. Masukkan garam, minyak masak dan spaghetti.
- Rebus sehingga masak dan toskan.
- Panaskan mentega dan minyak zaitun pada api sederhana.
- Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan bawang holland dan masak lagi.
- Masukkan udang dan sotong. Gaul sehingga masak.
- Masukkan cili padi, lada hitam, parsley, basil, oregano, serbuk cili, garam dan serbuk perasa. Masak seketika.
- Masukkan spaghetti dan gaul sebati. Tuang air rebusan dan adjust mengikut citarasa.
Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni
4. Resepi Aglio Olio Simple
Bahan-bahan
- Spaghetti
- Udang
- Ceri tomato
- Parsley
- 1 labu bawang putih
- 4-5 tangkai cili kering
- Parmesan cheese
- Chili flakes
- Olive oil
Cara buat aglio olio
- Rebus spaghetti sehingga masak. Ketepikan.
- Dalam kuali, tuang sedikit minyak zaitun. Tumiskan bawang putih yang dicincang halus. Masukkan cili kering.
- Masukkan kepala udang dan goreng sehingga garing.
- Masukkan spaghetti, gaul rata. Tambahkan air jika kering.
- Seterusnya, masukkan udang, tomato dan parsley. Gaul lagi.
- Perasakan dengan chilli flakes, garam dan parmesan cheese.
Nota kaki 1: Cili kering potong panjang-panjang je. Lebih kurang 4cm. Jangan blend.
Nota kaki 2: Nak gantikan garam dengan chicken stock pun bolehh.
Sumber: Sya Shamsuddin dari Masak Apa Hari Ni
Selain Aglio Olio, Apa Lagi Hidangan Pasta Yang Popular?
Jika aglio olio merupakan pasta kering tanpa sos, ini disenaraikan 5 jenis sos yang dapat menambah rasa ke atas pasta iaitu carbonara, arrabiata, pesto, alfredo dan marinata. Maklumat lanjut mengenai 5 jenis sos ini adalah seperti berikut:
1. Carbonara
Pasta carbonara adalah hidangan klasik yang dibuat dengan sos krim, telur, keju parmesan, dan daging ayam atau sosej. Hidangan ini sangat popular di seluruh dunia dan merupakan pilihan utama di kebanyakan restoran Itali.
2. Arrabiata
Pasta arrabiata terkenal dengan sosnya yang pedas. Hidangan ini menggunakan sos tomato yang ditumis bersama bawang putih, cili merah, dan herba-herba Itali. Boleh dihidang dengan ayam atau sayur-sayuran.
3. Pesto
Pasta pesto menggunakan sos hijau yang dibuat daripada daun basil, walnut atau pine nuts, keju parmesan, bawang putih dan minyak zaitun. Hidangan ini menawarkan rasa segar dan berbeza daripada pasta biasa.
4. Alfredo
Pasta alfredo merupakan hidangan yang kaya dengan sos putih berkrim. Ia dibuat menggunakan mentega, krim masak, keju parmesan dan bawang putih. Selalunya dihidang dengan ayam.
5. Marinara
Pasta marinara adalah hidangan yang menggunakan sos tomato yang simple tetapi lazat. Sos ini dibuat dengan tomato, bawang, bawang putih dan herba-herba Itali. Boleh ditambah dengan ayam atau makanan laut untuk menambah kelazatan.