Kuih Kaswi adalah sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada tepung beras, tepung gandum, gula melaka dan santan. Bahan-bahan lain yang diperlukan termasuk garam, air pandan, dan daun pandan untuk hiasan.

Untuk memasaknya, campurkan semua tepung dan garam, kemudian masukkan air pandan dan santan sedikit demi sedikit sambil mengacau. Setelah itu, tapis bancuhan dan masukkan ke dalam acuan yang telah dilapik daun pisang. Kukus selama 20-25 minit sehingga masak.

1. Resepi Kuih Kaswi Gula Merah

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam dan daun pandan

Bahan B

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 3 cawan air biasa
  • 1 Sb air kapur

 

Cara buat kuih kaswi gula merah

Bahan A

  1. Semua bahan diatas dimasak sehingga gula larut dan tapis ketepikan, air gula yang dimasak jadikan 2 cawan.

Bahan B

  1. Satukan semua bahan kemudian masukkan kedalam blender.
  2. Campurkan sekali air gula merah tadi.
  3. Blend sehingga sebati.
  4. Sapu loyang dengan sedikit minyak.
  5. Tuangkan adunan tadi dan kukuh sehingga masak.
  6. Kukus selama 45 minit.
  7. Guna loyang 9×9.

Sumber: Nor Afidah dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Kuih Kaswi Pandan

Bahan-bahan

  • 2 cawan tpg gandum rose
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 3 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 1 cawan air pandan
  • 1/2 cawan air kapur
  • Pewarna hijau

 

Cara buat kuih kaswi pandan

  1. Bancuh semua bahan, tapis dan masak atas api hingga sedikit pekat.
  2. Kukus 25 minit dan 5minit lagi angkat tudung periuk.
  3. Biar 3 jam bagi sejuk baru boleh potong.

Sumber: Siti Zaleha dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Kuih Kaswi Gula Merah (Sukatan Cawan)

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan Tepung Gandum
  • 1/2 cawan. Tepung Ubi
  • 1/2 cawan. Tepung Beras
  • 4 1/2 cawan air
  • 1 sudu teh air Kapur
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula merah
  • Sedikit kicap pekat manis
  • 2 helai daun pandan
  • 1 biji isi kelapa parut

Cara buat kuih kaswi (sukatan cawan)

  1. Masukkan daun pandan, gula pasir dan gula merah bersama air hingga mendidih. Sejukkan.
  2. Masukkan tepung, kicap serta air kapur ke dalam air gula yang telah disejukkan. Kacau menggunakan whisk @ blend pun boleh.
  3. Setelah itu tapiskan ke dalam bekas yang telah disapu minyak. Sama ada loyang @ acuan kecil.
  4. Kukus dalam 15 minit utk acuan kecil @ 40 minit untuk dalam loyang.
  5. Setelah sejuk bolehlah digaulkan bersama isi kelapa parut bergaram yang sudah dikukus terlebih dahulu.

Sumber: Rozanah Ismail dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Selain Kuih Kaswi, Apa Lagi Kuih Yang Popular?

Selain Kuih Kaswi, terdapat 5 hidangan kuih tradisional Melayu yang juga popular iaitu kuih koci, kuih seri muka, kuih lapis, kuih talam dan kuih onde-onde.

1. Kuih Koci

Kuih Koci adalah kuih tradisional yang mempunyai kulit lembut diperbuat daripada tepung pulut yang diisi dengan kelapa parut yang dimasak dengan gula melaka.

2. Kuih Seri Muka

Kuih Seri Muka merupakan kuih dua lapis yang terdiri daripada lapisan bawah pulut dan lapisan atas yang diperbuat daripada tepung gandum, telur dan santan yang diwarnakan dengan jus pandan.

3. Kuih Lapis

Kuih Lapis adalah kuih berlapis-lapis yang diperbuat daripada tepung beras, tepung jagung, santan dan gula, serta pewarna makanan untuk menghasilkan lapisan warna yang berbeza.

4. Kuih Talam

Kuih Talam adalah kuih dua lapis yang terdiri daripada lapisan bawah yang diperbuat daripada tepung beras dan santan, manakala lapisan atas menggunakan jus pandan.

5. Kuih Onde-Onde

Kuih Onde-Onde adalah sejenis kuih bulat yang diperbuat daripada tepung pulut dan diisi dengan gula melaka. Bahagian luarnya dibalut dengan kelapa parut.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply