Omelette ialah sejenis masakan telur yang dipukul sehingga sebati dan digoreng dalam bentuk leper. Ia biasanya diisi dengan sayur-sayuran seperti cendawan, tomato, bawang dan lada benggala, serta boleh ditambah keju mengikut citarasa.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah 2-3 biji telur, sedikit garam dan lada sulah, minyak masak, dan isi pilihan. Cara membuatnya: Pukul telur sehingga sebati, masukkan perasa. Panaskan minyak dalam kuali leper, tuang telur dan ratakan. Masukkan isi pilihan di atas telur semasa ia masih basah, lipat dua dan masak sehingga kekuningan.
1. Resepi Omelette Chessy Chives
Bahan-bahan
- Telur
- Cheesedale keping ( any Cheddar cheese will do)
- Daun kuchai
Cara buat omelette cheese
- Semua bahan disatukan bersama.
- Goreng seperti telur dadar.
- Masukkan cheesedale, masak sampai telur kekuningan dan angkat.
Sumber: Danita Daniels dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Bread Omelette Chicken Ham
Bahan-bahan
- Roti
- Chicken ham
- Daun ketumbar
- Cili hijau
- Capcicum yellow
- Bawang merah
- Telur
- Cheese
- Mayonnise
- Serbuk Kari
- Serbuk lada putih
- Serbuk knorr
Cara buat omelette chicken ham
- Gaul sebati kesemua bahan.
- Masak seketik chicken ham.
- Masak telur dan bahan-bahan lain serta cheese.
- Letak sekali chicken ham diatas telur dadar.
- Sapu butter, letak mayonnise dan letakkan roti atas permukaan, masak sehingga garing dan angkat.
Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Potato Omelette
Bahan-bahan
- Minyak masak (kalau france guna olive oil)
- Bawang besar (kalau di France mereka pakai bawang Holland)
- Kentang
- Garam
- Serbuk lada putih
- Telur
Cara buat potato omelette
- Bawang potong dadu secara halus, selepas itu goreng samoai layu, angkat dan tos.
- Potong kentang secara nipis, goreng sampai empuk, angkat dan tos.
- Masukkan kedalam mangkuk kedua-dua bahan yang dah digoreng tadi, masukkan telur, letak garam dan serbuk lada putih dan gaul.
- Apabila kuali dah panas letak edikit minyak dan gorengseperti nak buat lempeng. Api kecik sahaja sebab nak bagi telur dalam masak. Sewaktu nak balik kan, ambil piring leper, basahkan sikit piring itu, balik kan dan letak balik dalam kuali.
- Boleh dimakan bersama mayonis dan sos cili.
Sumber: Rohayati Mujari dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Omelette, Apa Lagi Makanan Yang Popular?
Selain Omelette, terdapat 5 jenis hidangan yang juga popular. Maklumat lanjut mengenai 5 jenis hidangan ini adalah seperti berikut:
1. Scrambled Eggs
Telur yang dipukul dan dimasak dengan dikacau perlahan-lahan sehingga menjadi ketulan-ketulan lembut. Biasanya ditambah susu, garam dan lada sulah untuk menambah rasa.
2. Sunny Side Up
Telur mata yang digoreng tanpa dikacau atau diterbalikkan, di mana kuning telur masih cair dan putih telur masak sepenuhnya.
3. French Toast
Roti yang dicelup dalam campuran telur, susu dan sedikit gula, kemudian digoreng sehingga keemasan pada kedua-dua belah.
4. Telur Separuh Masak
Telur yang direbus dalam air mendidih selama 2-3 minit, menghasilkan putih telur yang masak dan kuning telur yang masih cair.
5. Telur Dadar
Telur yang dipukul dengan garam dan lada sulah, kemudian digoreng rata tanpa lipatan seperti omelette. Boleh ditambah dengan daun bawang atau cili.