Kunafa merupakan pencuci mulut tradisional Timur Tengah yang diperbuat daripada mee vermiseli halus yang digoreng, dilapisi dengan keju atau krim, dan disiram dengan sirap gula. Bahan-bahan utama termasuk mee kunafa kering, mentega cair, keju mascarpone atau ricotta, kacang pistacio, air mawar, dan bahan-bahan untuk sirap gula seperti gula, air, dan jus lemon.

Untuk memasaknya, mula-mula larutkan mentega dan gaul dengan mee kunafa. Susun separuh campuran mee ke dalam loyang bulat, tambah lapisan keju, kemudian tutup dengan baki mee. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 30-35 minit sehingga keemasan. Selepas masak, tuang sirap gula dan tabur dengan kacang pistacio.

1. Resepi Kunafa Cheese

Bahan-bahan

  • 500gm doh kunafa
  • Keju cheddar
  • Keju mozarella
  • 250gm cream cheese
  • 1/2 tin susu pekat
  • 50gm gula
  • 1 sb esen vanila
  • 70gm mentega
  • Kacang pistachio

Untuk inti : Cream cheese, susu, gula, esen vanila & mentega di pukul sehingga sebati.

Cara buat kunafa cheese

  1. Sapu loyang dgn mentega.
  2. Cairkn 2-3 sb mentega & campurkan kedalam doh kunafa.
  3. Kemudian tabur separuh doh kunafa kedlm loyang & mampatkan.
  4. Masukkan pula inti.
  5. Tabur kan pula mozarella & cheddar cheese.
  6. Kemudian tutup dengan baki doh kunafa & ditekan sedikit (untuk mampatkan).
  7. Bakar suhu 200c 15-20min. atau sehingga keperangan.
  8. Kemudian tabur dengan kacang pistachio.

Sumber: Noor Hayati Othman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Kunafa / Kunafe

Bahan-bahan

  • 250 grm tepung jagung
  • 200grm tepung gandum
  • 300ml susu kotak cair full cream
  • 75 ml air bertapis
  • 200ml minyak zaitun
  • Garam 1 sk

Filling kunafe

  • 500ml susu cair penuh krim yg kotak punya
  • 3 sb tepung gandum
  • 3 sb butter
  • 250ml whipping cream
  • 2 sb gula pasir
  • 1 sb esen vanila
  • Mozarella chess
  • Toping atas kacang pistachio, bunga mawar merah racik

Syrup rose

  • 1 1/2 cwan gula pasir
  • 1 1/2 cwan air
  • 1 sb jus lemon
  • 1 sb esen rose

 

Cara buat kunafa / kunafe

  1. Masukkan tepung jagung, tepung gandum dalam bekas masukkan sedikit air demi sedikit, putar kelajuan sederhana biar sebati adunan mcm roti jala dan tapis adunan.
  2. Buat kon plastik yang pertama gunting hujung, plastik yang kedua biarkan jadikan 1 kon letak dalam cawan, masukkan adunan sikit sikit, gunting lubang kecil pada plastik lagi satu, supaya hasil jala sehalus bihun. Ulangi hingga habis.
  3. Panaskan kuali non stick, api kecil.
  4. Dah siap buat mee kunafa biar sejuk, gunting mee.

Filling kunafe

  1. Panaskan periuk masukkan butter biar cair, masukkan tepung gandum kacau rata akan berketul.
  2. Masukkan susu cair hingga habis kacau sentiasa.
  3. Adunan pekat sikit je, masukkan whiping cream dan esen vanila dah mendidih tutup api biar sejuk.

Melapis kunafa

  1. Sapu butter atau marjerin keliling acuan letak mee kunafa atdi bahagikan 2. Lapisan pertama ratakan permukaan acuan dan tekap guna tangan letak filling cair tadi semua biar meresap lepas tu letak baki yang ada, ratakan.
  2. Dah siap bakar di oven.

Syrup rose

  1. Satukan semua bahan dalam periuk dah sebati mendidih ganas tutup api.
  2. Siap.

Sumber: Noraini Ujang dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Kunafa Cream

Bahan-bahan

  • 250g kunafa dough atau lebih (ikut besar loyang anda)
  • 1 cawan ghee atau butter yang dicairkan

Cream

  • 1 cawan susu
  • 2tbsp gula
  • 3 tbsp tepung jagung
  • 1 cawan cream

Shira

  • 1 cawan air
  • 2 cawan gula
  • Perahan lemon/limau nipis ikut suka

 

Cara buat kunafa cream

  1. Ceraikan kunafa dough sehingga jadi cebisan kecil. Curahkan butter atau ghee dan gaul sebati.
  2. Sapukan loyang dengan butter/ghee.
  3. Spreadkan campuran kunafa tadi dalam loyang. Pastikan semua lubang tidak kelihatan dan mampatkan.

Noted: Anda boleh gunakan loyang kecil atau pun muffin tray ataupun apa acuan untuk dapatkan bentuk yang diingini.

Cream

  1. Campurkan semua bahan dalam periuk dan kacau. Buka api sederhana dan kacau sentiasa sehingga jadi pekat.
  2. Biarkan sejuk sebentar.
  3. Ratakan cream tadi ke atas loyang yang diletak kunafa tadi. Ratakan sekata.
  4. Taburkan lebihan kunafa tadi dan ratakan keseluruhan loyang. Mampatkan. Bakar suhu 200c selama 35-45 minit.
  5. Dah masak tuangkan Shira gula keseluruhan kunafa

Hiasan (Shira)

  • Dalam Shira gula boleh masukkan sedikit rose water atau orange blossom. Kalau suka letak perisa lain pun letak lah. Kalau nak, hiaskan dengan pistachio atau apa ikut suka anda.

Sumber: Nur Jamil dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Pencuci Mulut Timur Tengah Yang Popular?

Jika sebelum ini telah dikongsikan sajian dari timur tengah. Kali ini pencuci mulut pula. Antara 5 pencuci mulut timur tengah yang mula mendapat perhatian di Malaysia adalah:

1. Baklava

Baklava adalah pastri berlapis yang diperbuat daripada pastri phyllo yang nipis, diisi dengan campuran kacang dan disirami dengan sirap gula atau madu. Ia merupakan pencuci mulut yang sangat popular di seluruh Timur Tengah dan Mediterranean.

2. Ma’amoul

Ma’amoul ialah biskut tradisional yang dibuat daripada tepung semolina dan diisi dengan kurma, kacang pistacio atau walnut. Biskut ini selalunya dihias dengan corak tradisional menggunakan acuan khas.

3. Halva

Halva adalah manisan yang diperbuat daripada tahini (pes bijan) atau tepung semolina dan dicampur dengan pelbagai perisa seperti coklat, pistacio atau vanila. Ia mempunyai tekstur yang unik dan merupakan pencuci mulut yang digemari.

4. Turkish Delight

Turkish Delight atau Lokum adalah manisan kenyal yang dibuat daripada kanji dan gula, serta ditabur dengan serbuk gula. Ia boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti ros, bergamot dan kacang.

5. Basbousa

Basbousa adalah kek yang diperbuat daripada tepung semolina, kelapa parut dan sirap gula. Ia selalunya dihias dengan kacang badam atau pistacio dan mempunyai rasa yang sangat manis.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply