Pasembor adalah sejenis salad yang popular di Malaysia terutamanya di negeri-negeri utara. Hidangan ini menggabungkan pelbagai sayur-sayuran segar seperti timun, lobak merah, taugeh, kacang panjang, dan suhun, bersama dengan tauhu goreng, telur rebus, jejari ketam, dan keropok udang.
Untuk menyediakan pasembor, sayur-sayuran perlu dipotong halus dan disusun di atas pinggan. Kemudian, hidangan disiram dengan sos kacang yang dibuat daripada campuran kacang tanah kisar, gula, garam, cili, dan sedikit jus limau nipis. Selepas itu, taburkan serbuk kacang tanah goreng dan keropok udang yang dihancurkan di atas hidangan.
1. Resepi Pasembur Ala Mamak (Mee Rojak)
Hidangan 5-6 orang makan
Bahan-bahan
A) Bahan kuah
- 500g ubi keledek oren rebus hingga lembut, simpan air rebusan
- 1/2 cwn kacang tanah, sangai buang kulit
- 15 biji cili kering goreng hingga rangup
- 1 biji bwg besar goreng hingga layu
- 2 ulas bwg putih goreng hingga layu
- 3 sdm udg kering digoreng
- 2 sdm asam jawa campur 1 cawan air
- 5 sdm gula/gula melaka atau ikut selera
- 2 sdk garam
- 5 keping biskut marie utk pekatakn kuah (jika perlu)
B) Bahan cucur kelapa
- 1/2 cawan tpg beras
- 1/2 cawan tpg gandum
- 1/2 cawan kelapa parut
- 1-2 ulas bawang kecil dihiris
- 1/2 sdk yis segera
- 1 sdk garam
- 3/4 cwn air suhu bilik
C) Bahan Cucur kembung
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan air suhu bilik
- 3 sdm kucai dihiris
- 1/2 biji bwg besar dihiris
- 2 sdm taugeh
- 1/2 sdk yis segera
- 1 sdk garam
- 1 sdk serbuk kunyit
- 1/2 kiub bilis
- Udang secukupnya untuk topping
Bahan pelengkap
- 450g mee kuning dicelur
- 2 keping tauhu goreng
- 2 biji kentang direbus
- 4 biji telur rebus belah 2-4
- 2 batang fish cake
- Sedikit sengkuang, timun, taugeh, daun salad
- Cucur kembung
- Cucur kelapa
Cara masak pasembur ala mamak
A) Cara masak kuah
- Kisar kering kacang dan udang kering.
- Kisar keledek bersama cili kering, bawang besar, bawang putih dan biskut marie. Guna air rebusan keledek.
- Dalam periuk satukan kacang, udang kering, bahan kisar keledek bersama baki air rebusan keledek.
- Tambah air ikut kepekatan yang dikehendaki. Didihkan kuah dan kacau selalu.
- Perasakan kuah dgn air asam jawa, garam dan gula didihkan lagi hingga nampak pekat.
- Hidangkan bersama cucur kelapa, cucur kembung dan bahan pelengkap.
B) Cara masak cucur kelapa
- Satukan semua bahan dan masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan nmpk kental.
- Perapkan adunan selama 1/2 jam baru goreng macam cucur biasa hingga perang keemasan.
C) Cara masak cucur kembung
- Satukan semua bahan kering.
- Masukan air sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
- Masukkan bahan basah kecuali udang dan kacau semuanya hingga adunan elok sebati.
- Perapkan selama 1/2 jam.
- Panaskan minyak. Guna senduk besi dan rendamkan senduk kedalam kuali berisi minyak panas.
- Masukkan adunan kedalam senduk. Letak udang diatasnya dan goreng seketika.
- Gunakan sudu untuk menanggalkan tepung dari senduk.
- Goreng hingga keemasan menggunakan minyak yang sederhana panas agar masak sempurna.
Sumber: Kerororyz Royz dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
2 .Resepi Cucur Udang Pasembor
Bahan-bahan
- Udang
- 2cawan tepung gandum
- 1cawan tepung beras
- 2sudu besar tepung jagung
- Setengah paket mauripan
- 1sudu besar baking powder
- Taugeh
- Kucai
- 1 labu bawang besar hiris nipis
- Garam
Cara buat cucur udang pasembor
- Satukan semua bahan dan gaul sebati. Selepas itu letak air suam sedikit sehingga adunan sebati. Peram sekejap dan dah nampk naik buih dah boleh menggor
- Panaskan minyak, minyak kena banyak. Sediakan senduk bulat dan celupkan dalam minyak panas. Apabila minyak dah panas ambik senduk dan tuangkan adunan tepung tadi.
- Selepas itu boleh letak udang atas adunan tepung dan tekan-tekan sikit udang .
- Dan masukkan dalam minyak panas.
- Goreng smpai cucur tu garing.
Tips: Kalau taknak guna senduk, adunan tempek tepi kuali, bila adunan tu dah mula merekah tepi dia tu dan terus cungkil masuk dalam minyak.
Sumber: Pn Lia Harif dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Kuah Pasembor
Bahan-bahan
- 2 biji ubi keledek direbus
- 1 genggam cili kering direndam dengan air panas
- 1 ¹/² bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 batang serai
- 1/2 cawan sos tiram
- Setengah cawan kacang tanah goreng ditumbuk hancur
- Belacan sebesar ibu jari
- Satu sudu makan tepung jagung
- Gula
- Garam
Cara buat kuah pasembor
- Kisar ubi keledek, cili kering, bawang putih, bawang besar, halia, serai dan belacan.
- Panaskan sedikit minyak kemudian masukkan bahan kisar.
- Tambah air secukupnya (tidak terlalu pekat/cair).
- Masukkan sos tiram.
- Masukkan kacang tanah.
- Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
- Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau.
- Biarkan hingga kuah mendidih dan mencapai tahap kepekatan yang sepatutnya.
Sumber: Somad Musa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Alternatif Bagi Pasembor?
Jika kurang menggemari pasembor, ada beberapa lagi makanan yang seakan sama tetapi dengan rasa yang berbeza. 5 daripadanya adalah:
1. Indian Rojak
Indian Rojak adalah hidangan yang terdiri daripada pelbagai jenis gorengan seperti tauhu goreng, kentang goreng, telur goreng, dan sayur-sayuran yang dihidangkan dengan sos kacang yang khas.
2. Fruit Rojak
Rojak buah adalah campuran buah-buahan segar seperti jambu batu, nenas, mangga, dan timun yang dihidangkan dengan sos rojak yang manis dan pedas, serta ditabur dengan kacang tanah.
3. Gado-gado
Hidangan ini mengandungi sayur-sayuran rebus seperti kacang panjang, kubis, taugeh, dan kentang, dihidangkan dengan sos kacang yang pekat dan ditabur dengan emping.
4. Som Tam
Som Tam ialah salad yang dibuat daripada betik muda yang dihiris halus, kacang panjang, tomato ceri, dan limau, disiram dengan sos yang manis, masam dan pedas.
5. Yee Sang
Hidangan ini terdiri daripada campuran sayur-sayuran segar, hirisan lobak merah, lobak putih, hirisan halia, limau mandarin kering, dan keropok, disiram dengan sos istimewa yang manis dan masam.