Nasi Ambang adalah hidangan nasi yang popular di Johor, Malaysia. Hidangan ini terdiri daripada nasi putih yang dihidangkan dengan lauk-pauk seperti ayam masak merah, sambal goreng, bergedil kentang, serunding ayam, telur dadar, dan sayur-sayuran seperti kacang panjang goreng.

Untuk menyediakan Nasi Ambang, nasi putih dimasak seperti biasa. Lauk-pauk disediakan berasingan – ayam dimasak dengan rempah merah, kentang ditumbuk dan dibentuk menjadi bergedil, kacang panjang digoreng dengan udang kering, dan telur didadar nipis. Semua lauk ini kemudiannya dihidang di atas nasi putih.

1. Resepi Nasi Ambang

Bahan-bahan

Ayam kicap

  • Ayam
  • Serbuk kunyit
  • Bawang merah, putih, halia dan lengkuas
  • Kayu manis, bunga lawang, cengkih dengan serai
  •  Sos cili, sos tiram dan sedikit air

Serunding kelapa

  • Kelapa parut putih
  • Bawang merah, putih, serai, cili kering, ketumbar, 2 beradik jintan
  • Gula 4 sudu, garam 1 sudu

Mee goreng simple

  • Mee kuning
  • Bawang merah, putih, cili kering 8 batang
  • Kicap pekat dan kicap lemak manis sesudu

Sambal goreng jawa

  • Kacang panjang, carrot, cili merah, bawang merah bawang putih
  • Suhun, tauhu kering
  • Tauhu, tempe
  • Bawang merah putih, kacang panjang dan carrot

Hiasan

  • Ikan masin bulu ayam

 

Cara buat nasi ambang

Ayam kicap

  1. Ayam gaul garam kunyit, goreng separuh masak, ketepikan.
  2. Bawang merah,putih,halia lengkuas tumbuk lumat halus.
  3. Tumis kayu manis,bunga lawang,cengkih dengan serai diketuk dan bahan-bahan tumbuk.
  4. Tumis sampai naik bau. Masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit air.
  5. Masuk ayam dan terus letak kicap, letak air sikit terus tutup dengan tudung periuk bagi ayam betul-betul masak dan mesra dengan kuah, masukkan dengan gula garam secukup rasa.

Serunding kelapa

  1. Kelapa parut putih.
  2. Bawang merah, putih, serai, cili kering, ketumbar, 2 beradik jintan, kisar hancur.
  3. Terus masukkan dalam kelapa parut.
  4. Masukkan gula 4 sudu, garam 1 sudu, gaul rata baru letak atas dapur.
  5. Goreng sampai kering, masa masak tu untuk bau wangi.

Mee goreng simple

  1. Mee kuning-basuh dan tos
  2. Bawang merah, putih, cili kering 8 batang kisar hancur.
  3. Tumis sampai pecah minyak, masukkan kicap pekat dan kicap lemak manis sesudu.
  4. Dah naik bau masuk mee.

Sambal goreng jawa

  1. Kacang panjang, carrot, cili merah, bawang merah dan bawang putih (dihiris halus).
  2. Suhun,tauhu kering rendam sampai lembut (toskan)
  3. Tauhu, tempe- potong dadu,  goreng dan letak tepi.
  4. Tumis bawang merah putih masukkan kacang panjang dan carrot.
  5. Letak air sikit bagi lembut.
  6. Masukkan semua sayur lain goreng sampai masak. Perasakan dengan garam dan gula.

Sumber: Hafiz Fizzainal dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Serunding Kelapa Nasi Ambang

Bahan-bahan

  • Kelapa parut
  • Udang kering / ikan bilis (tumbuk kasar)

Bahan kisar

  • Cili kering
  • Halia
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai
  • Jintan manis
  • Jintan putih
  • Kunyit hidup
  • Perasakan dgn garam, gula & aji

 

Cara buat serunding kelapa

  1. Masukkan bahan kisar dan udang kering dalam kelapa parut.
  2. Sangai sehingga ringan (kering) ikut suka nak kering mcm mana.
  3. Masukkan garam, gula & aji.

Sumber: Sina Said dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Urap (Nasi Ambang)

Bahan-bahan

  • Cili padi dan cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Udang kering
  • Belacan
  • Cekur wajib ada
  • Kelapa parut putih

 

Cara buat urap

  1. Tumbuk bahan  sampai lumat dan tumis dengan sedikit minyak.
  2. Tumis sampai garing. Kemudian masukkan kelapa parut, masukkn garam secukup rasa, aji, gula dan air asam, goreng sampai kelapa agak garing.
  3. Biarkan sejuk. Nak makan baru gaul dengan sayur  yang di sukai (taugeh, kacang botol, pegaga, ulam raja, bayam brazil).

Sumber: Eryana Mohamad dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

Menu Nasi Lain Yang Enak Dimakan begitu Sahaja.

Selain Nasi Ambang, banyak lagi nasi lain yang enak sama seperti Nasi Ambang. Selain enak dimakan begitu sahaja, nasi-nasi ini juga ada padanan lauk yang tersendiri. 5 antara nasi tersebut adalah:

1. Nasi Minyak

Nasi Minyak adalah hidangan nasi yang dimasak dengan santan, susu, minyak sapi, dan rempah ratus seperti bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan daun pandan. Hidangan ini biasanya dihidangkan bersama rendang ayam, acar timun, dan sambal.

2. Nasi Briyani

Nasi Briyani adalah nasi yang dimasak dengan rempah ratus, susu, yogurt dan minyak sapi. Hidangan ini biasanya dihidangkan dengan ayam masak merah, daging masak kurma, telur rebus, acar buah dan papadom.

3. Nasi Tomato

Nasi Tomato merupakan hidangan nasi yang dimasak dengan jus tomato, bawang, halia dan rempah ratus. Hidangan ini biasanya diserikan dengan ayam masak merah, telur rebus, acar timun dan sambal.

4. Nasi Bukhari

Nasi Bukhari adalah nasi yang dimasak dengan rempah ratus khas, kismis dan kacang gajus. Hidangan ini lazimnya dihidangkan dengan ayam masak kurma, telur dadar, dan acar sayur.

5. Nasi Arab

Nasi Arab atau Nasi Al-Mandhi adalah nasi yang dimasak dengan rempah ratus Arab seperti kapulaga, kulit kayu manis dan bunga lawang. Hidangan ini biasanya dihidangkan bersama ayam panggang berempah, kurma dan kacang badam.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply